BAB 206

64 7 0
                                    

"Seratus persen cinta ku. Oh oh oh"

Fira yang tengah sibuk menyusun baju di dalam stor bernayanyi-nyanyi kecil lagu dangdut yang di pasang oleh pihak mall. Sudah seminggu dia bekerja di kedai pakaian tersebut. Bosnya dan pekerja-pekerja yang lain pun baik. Dia keluar dari Langkawi sebab dia dah tak tahan di buli dengan orang-orang di sekelilingnya. Sekarang ni dia perlu mencipta kerjayaan di tempat baru. Dia memandang sekeliling mana lah tahu kot ada benda yang dia perlu buat.

"Oi"

"Oi mak kau!" Latah Fira. Dia berpaling kebelakang.

"Janna!!!!" Jerit Fira lantas ketawa.

"Sibuk menyusun stok baru ke?"

"Itu ah tu. Tadi Encik Idlan bawa balik stok dan saya simpan lah di dalam stor."

Janna hanya mengangguk kepala.

"Macam mana kerja dekat sini? Okay tak? Diaorang ada buli kau tak?"

"So far alhamdulillah kejadian buli tak ada. Kerja dekat sini pun alhamdulillah best."

Janna memandang sekeliling.

"Bos kau mana?"

"Hmm Encik Idlan keluar kejap pergi beli sarapan."

Janna hanya mencebikkan bibir.

"Awak ada kerja ke kat sini?" Tanya Fira.

"Haah aku ada kerja kat area-area sini tu yang aku datang saja nak tanya kau okay ke tak. Tempat tinggal kau okay? Selesa tak?"

Fira ketawa. Terasa kembang sekejap kerana masih ada orang yang mengambil berat akan dirinya. Tak lama tu dia tersentak.

"Janna nak tanya sikit boleh?" Tanya Fira.

"Tanya lah" ucap Janna seraya membelek-belek baju yang ada di situ.

Belum sempat Fira nak bersuara, salah satu pekerja yang berada di situ datang menyapa.

"Maaf ganggu."

Janna berpaling dan kening Janna terangkat sebelah.

"Kenapa?" Tanya Janna.

"Encik Idlan tak ada untuk tanda tangan. Boleh tak kalau sis yang turunkan tanda tangan kat sini. Driver lori dah lama tunggu kat luar."

Bil yang berada di tangan Jenny di ambil lalu di baca. Selepas meneliti amount yang berada di atas bil tersebut, lambat-lambat Janna mengangguk kepala.

"Dekat mana?" Tanya Janna.

"Dekat sini sis."

Janna terus menurunkan tanda tangannya. Bila bil dah bertukar tangan, Janna berpaling memandang ke arah Fira yang turut memandang ke arahnya dengan riak wajah yang terkejut.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?"

Cepat-cepat reaction wajah Fira bertukar. Dia tersengih.

"Tak ada apa" ucap Fira

"Ha tadi kau nak cakap apa?"

Fira tak menjawab soalan dari dia malah dia cuba untuk mengingati apa yang dia nak bagitahu dekat Janna.

"Ha ni rumah yang saya duduk tu kan, saya rasa berhantu lah."

Dahi Janna berkerut.

"Berhantu?"

"Haah." Jawab Fira seraya mengangguk kepala.

"Kau kena kacau ke?"

Fira cepat-cepat menggelengkan kepala.

"Saya tak kena kacau tapi tiap kali bila saya bangun nak ke tandas, setiap kali tu juga bulu roma saya meremang area nak ke dapur tu. Bila siang tak ada apa masalah pun."

"Oh yeke. Perasaan kau tu kot."

"Ye ke?"

Janna hanya menganggukkan kepala. Dia sendiri tahu rumah Tia tu sememangnya sedikit keras disebabkan dendam dan busuk hati manusia. Kerana cinta di tolak, dihantarnya saka.

"Tak ada apa lah. Rumah tu sebenarnya okay dan kau tak payah lah nak takut."

"Yelah." Ucap Fira.

Janna berpaling memandang Jenny.

"Idlan tak masuk ke macam mana ni?"

"Encik Idlan masuk. Tapi tadi dia cakap beli sarapan."

"Lama nau beli sarapan. Tak apa lah aku balik dulu. Nanti bila Encik Idlan dah sampai suruh dia call aku." Ucap Janna seraya melangkah perlahan.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now