BAB 248

61 5 0
                                    

Dalam tersedu sedan, Aman memejamkan mata. Dia perlu tidur sebab dia ingin berjumpa dengan Janna walaupun hanya dalam mimpi. Dia berharap sangat. Disebalik pintu, Puan Aminah menyaksikan perbuatan anaknya itu hanya mampu terdiam. Hati seorang ibu tersentuh melihat anaknya dalam keadaan macam itu.

"Sabar lah Aman" ucap Puan Aminah perlahan.








Janna mengeliat kecil dan dia menarik selimut menutupi tubuhnya.

"Morning sayang."

Cepat-cepat Janna buka mata dan secara automatiknya dia terus bangun duduk. Dia berpaling ke arah sofa. Kosong dan dirinya sekarang atas katil. Dahinya berkerut. Shahrul yang berdiri di depan cermin tengah bersiap hanya ketawa perlahan memandang isterinya itu pagi-pagi kelihatan blur.

"Hubby yang angkat sayang semalam. Tidur atas sofa tu dah kenapa?"

Janna berpaling memandang Shahrul.

"Again?"

Shahrul hanya mengangguk.

Janna mengeluh perlahan.

"Sekarang ni pergi mandi, pergi bersiap" ucap Shahrul yang berpakaian kasual tetapi tetap terserlah ketampanan Shahrul.

Dahi Janna berkerut.

"Nak ke mana?" Tanya Janna pelik.

Dia mengerling jam di dinding. Pukul lapan setengah pagi.

Shahrul melangkah menuju ke arah Janna. Dia memandang wajah Janna yang baru bangun tidur dan tanpa secalit alat makeup.

"Cantiknya lah hai" ucap Shahrul perlahan.

"Kau dah kenapa? Gila ke?"

Shahrul ketawa geli hati.

"Dah lah, malas nak layan" ucap Janna seraya bangun dan masuk bilik air.

Shahrul tersenyum lantas berpaling sambil menggelengkan kepala melihat isterinya itu. Dia terus bangun dan menuju ke arah dapur. Sarapan sudah disediakan oleh bibik Kalsom.

"Tuan nak sarapan?" Tanya bibik Kalsom.

"Bik, kan saya sudah cakap, jangan panggil saya tuan. Panggil saya Shahrul saja"

"Eh mana boleh macam tu, tuan. Saya pembantu rumah dan saya tetap kena panggil tuan dan puan. Saya kena hormat tuan rumah." Ucap bibik Kalsom yang berusia awal lima puluhan.

Shahrul ketawa perlahan. Jus oren dicapai lalu meneguknya.

"Suka hati bibik lah. Ni saya tak sarapan dekat rumah sebab kejap lagi saya dengan Janna nak keluar."

Bibik Kalsom hanya menganggukkan kepala. Shahrul capai secawan oren jus dan bawa naik ke atas, ke biliknya. Dia menuju ke arah balcony. Kerusi yang telah sedia ada, menjadi pilihan Shahrul untuk duduk. Telefon dikeluarkan.

Janna memulaskan paip air yang berada di dinding. Air membasahi kepalanya. Pagi ini dia tak berasa nak berendam kerana sejuk. Dia bernyanyi nyanyi kecil mendendangkan lagu AXL's AKULAH KEKASIHMU.

"Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati.
Ia akan menyesal suatu hari nanti apabila ia mengetahui, kekasihmu ini ingin kembali.
Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu walau beribu bisik janji ia merayu. kekasihmu ini terlalu ingin kembali semenjak ia mengetahui kekasihmu itu membuat kau bersedih.
Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
andai dapat bersama untuk selama-lamanya hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi.
Andai engkau berduka, aku yang pertama di sisi.
Andai engkau bahagia aku kan terus berdoa semoga suatu masa pintu hatimu kan terbuka dan kita akan kembali bercinta lagi.
Aku akan kembali walau jalan berliku
Kerna ku kekasihmu hingga ke akhir hayat."

Setelah siap semuanya, Janna terus keluar dari bilik air. Mengeletar tubuhnya bila masuk ke bilik. Dia mendongakkan kepala ngam-ngam pulak aircond terpasang. Memang cantik. Janna capai remote aircond dan menekan butang off. Dia cepat-cepat melangkah ke arah almari. Tshirt berkolar meron dan seluar jeans menjadi pilihannya ketika ini. Selesai berpakaian, Janna bernyanyi-nyanyi menuju ke arah meja solek.

"Sayang" panggil Shahrul

Janna berpaling.

"Sayang tak nak pakai baju sama colour dengan hubby ke?"

Lambat-lambat Janna menggelengkan kepala.

"K" ucap Shahrul sepatah.

Dalam hati Janna sudah mengekek ketawa melihat wajah Shahrul yang redup. Janna melangkah ke arah almari semula dan mencari baju sama colour dengan suaminya itu. Selesai semuanya Janna terus mengemas katil terlebih dahulu bagi rapi dan kemas. Janna melangkah ke arah Shahrul.

"Kita nak kemana sekarang ni?" Tanya Janna.

Shahrul berpaling

"Ada lah, Tapi sayang kena bawa baju lebih." Ucap Shahrul seraya menghulur cawan yang berisi jus oren.

Janna mengambil jus oren tersebut lantas meneguk.

"Cakap lah kita nak kemana? Tak suka lah nak rahsia-rahsia bagai."

"Mana boleh bagitahu. Rahsia kerajaan kan." Ucap Shahrul tersenyum.

Janna menghadiahkan jelingan untuk Shahrul. Dia berpatah balik menuju ke almari.

"Sayang! Baju hubby dengan kain tuala sekali." Jerit Shahrul kuat.

"Okay" ucap Janna perlahan.

Janna terus masukkan baju dia serta baju Shahrul di dalam satu bag. Apa yang perlu dia capai, dia akan capai dan masuk ke dalam bag. Seketika kemudian dia melangkah ke arah Shahrul.

"Dah?" Tanya Shahrul

"Hmm dah"

Shahrul tersenyum lantas bangun.

"Okay jom." Ucap Shahrul

Belum sempat Janna nak melangkah, Shahrul memahut pinggangnya. pipi Janna di cium.

"Thanks"

Dahi Janna berkerut.

"Apa cium-cium ni? Tak malu ke? Apa yang thanks?"

Shahrul ketawa perlahan

"Thanks lah sebab pakai baju sama colour dengan hubby." Ucap Shahrul seraya buka pintu bilik.

Bag yang berada di tangan Janna diambil oleh Shahrul.

"Hmm kalau tak pakai sama kang merajuk. Jadi kena lah pakai juga"

Shahrul ketawa.

"Haa tahu pun."

Janna buat muka. Handbag di capai lalu dia keluar dari bilik tersebut.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now