BAB 214

59 6 0
                                    

"Oh ya, mungkin esok lusa i akan balik kampung."

Riaksi wajah Aman seakan terkejut.

"Kenapa?" Tanya Aman.

Janna menyedut air yang berada di depannya sebelum menyambung.

"Ada hal keluarga dan i ada bagitahu dekat my mom yang i dengan you."

"Apa your mom cakap?"

Janna mengangkat kedua bahunya.

"Nothing"

Aman menganggukkan kepala. Seketika kemudian dia menarik nafas panjang. Dadanya berdebar.









"𝓘tu dah pilihan Janna, mami. Shahrul langsung tak ada hak dekat atas Janna." Ucap Shahrul lantas duduk di kerusi kerjanya.

Dia agak terkejut bila dapat panggilan Puan Cherry sebentar tadi.

"Kamu ada pujuk dia tak?"

Shahrul menarik nafas panjang.

"Shahrul ada salahnya juga mami"

Dahi Puan Cherry berkerut seribu.

"Maksud kamu?"

"Kalau Shahrul tak izinkan Janna berkawan balik dengan Aman, benda ni tak akan jadi. Ini semua salah Shahrul dan Janna dengan Aman pun dah bercinta mami"

"Kejap, kenapa kamu buat macam itu?"

"Shahrul buat macam tu sebab nak dia bahagia tapi Shahrul yang sensara."

"Janna paksa Shahrul ke?"

"No, no. Janna tak pernah paksa Shahrul dan juga Janna tak pernah cakap untuk kembali pada Aman. Benda ni berlaku, Shahrul yang suruh."

Giliran Puan Cherry pulak yang mengeluh panjang. Dia sampai dah tak tahu nak faham dekat mana lagi percintaan zaman sekarang ni.

"Sekarang ni apa yang kita perlu buat supaya Janna tidak berkahwin dengan Aman?"

"Rasanya dah terlambat kot mami. Janna pun nanti nak jumpa dengan keluarga Aman dan Janna pun ada cakap yang dia nak bawa Aman jumpa dengan mami dan daddy dekat kampung."

"What?"

"Iye itu yang Janna bagitahu dekat Aman. So now everything is too late. Shahrul kena redha kena terima apa yang akan berlaku selepas ini. Sekarang ni pun Janna dah tak balas text atau pick up call Shahrul dah"

"Kamu nak mengalah macam ni je? Untuk pengetahuan kamu, mami dari dulu sampai sekarang tak suka dekat Aman tu. Sakit dalam hati ni mengelegak bila dengar Nama dia tau. Janna tu my daughter, dan mami sebagai mak, no matter what happens, mami akan halang dia dengan Aman. Itu janji mami dan mami akan cuba pujuk dia."

"Mami, Shahrul berharap sangat yang mami tak akan paksa dia. Bukan apa Shahrul tak nak dia memberontak. Tak nak jadi macam dulu."

Puan Cherry menganggukkan kepala.

"Yelah, mami faham. Ini nanti Janna nak balik kampung tau. Dia ada bagitahu dekat Shahrul tak?"

"Dia dah tak text Shahrul dah mami." Ucap Shahrul dengan suara yang sedikit kendur.

"Tak apa, Mami dah bagitahu kan"

Shahrul menganggukkan kepala walaupun Puan Cherry tak nampak.

"Ye mami, Mami Shahrul nak buat kerja dulu dan nanti kalau Shahrul ada masa, Shahrul akan call mami semula."

"Baiklah. Buat kerja tu elok-elok." Ucap Puan Cherry seraya menekan punat merah.

Dia mengeluh lantas duduk di atas sofa. Telefon dilekakkan kembali ke atas meja yang berada di ruang tamu tersebut. Sesekali Puan Cherry meraup wajahnya dengan telapak tangan. Kepalanya tak henti-henti berfikir pasal anak perempuannya itu.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now