BAB 264

59 5 0
                                    

Shahrul memandang Janna dan tak lama itu dia menghulur tangan ke arah Janna. Janna berkerut dahi.

"Jom."

"Kemana?" Tanya Janna.

Shahrul menunjuk ke arah orang yang tengah menari sambil mengikut rentak lagu jazz. Janna cepat-cepat menggelengkan kepala.

"Eh tak apa, Jom Hisham." Ajak Janna seraya memandang Hisham disebelah.

Hisham menelan liur dan dia berpaling memandang Shahrul yang tengah berpeluk tubuh.

"Oh tak apa. Terima kasih wahai Janna kesayanganku. Bag kau ni aku pegang dan silakan silakan." Ucap Hisham seraya mengambil bag di tangan Janna lalu dikepit dibawah ketiak.

Janna mengetap bibir dengan Hisham. Shahrul melepas nafas dan dia menarik tangan Janna ke depan. Janna tergamam dengan sikap Shahrul yang menariknya sebentar tadi. Dah lah rata-rata orang dalam dewan ni kenal siapa dirinya. 'Eee selamber badaknyaaa laki aku ni......!' Shahrul terus mengambil tangan kanan Janna dan diletak ke dadanya. Tangan kiri dipegang erat oleh tangan kanan Shahrul dan tangan kiri Shahrul memegang pinggang Janna. Janna mendongakkan kepala dan mata mereka berdua bertaut. Rentak menari yang perlahan membuatkan suasana menjadi lagi romantik.

"Memang sengaja nak sakitkan hati hubby ke macam mana ni sayang?" Tanya Shahrul berbisik.

Janna mengeluh perlahan dan dia menggelengkan kepala.

"Habis tu?" Tanya Shahrul lagi.

Janna hanya diamkan diri. Dia tak berani nak menjawab sebab kegilaan Shahrul ni kadang-kadang tak di jangka. Shahrul masih lagi memandang wajah Janna.

"Tolong lah sayang, jangan lah buat hubby macam ni. Sayang tahu tak hubby dah lama geram dekat sayang ni. Hubby tak nak buat benda yang menyakitkan sayang tapi please jangan paksa hubby walaupun hubby boleh buat semua tu." Ucap Shahrul lagi dengan keadan berbisik.

"Bukan ke awak yang buat saya sakit hati dulu?"

"Okay hubby minta maaf dan selepas ni kalau ada orang lain tanya pasal status hubungan hubby dengan sayang, hubby akan berterus terang. Sayang okay kan?"

Lambat-lambat Janna mengangguk kepala. Dan Janna meletakkan kepala di dada Shahrul, aroma Shahrul menyenangkan hatinya. Janna memejamkan mata.

"Thank you wife."

Janna berkerut dahi lantas tersenyum walaupun Shahrul tak nampak senyumannya itu.

"You're welcome" ucap Janna perlahan.









Ketangg... ketang.....

Hani berpaling memandang ke arah Fira disebelah. Dia dan Fira yang leka menonton Tv tersentak dengan bunyi tersebut.

"Bunyi apa tu weh?" Tanya Hani.

Fira menggelengkan kepala menandakan tak tahu. Hani terus bangun dan mengintai dari tingkap. Suasana didepan rumah Atia yang gelap menyukarkan dia untuk melihat.

"Kenapa?" Tanya Atia baru baru muncul dari dapur.

Di tangannya ada sepinggan mee goreng yang dimasak oleh Hani sebentar tadi. Hani berpaling.

"Tak, tadi aku ada dengar bunyi sesuatu." Ucap Hani seraya melangkah perlahan ke arah sofa.

"Perasaan kau je kot." Ucap Atia.

Hani sengaja menumpang di rumah Atia malam ni sebab dia rasa tak sedap hati nak balik ke rumahnya. Nasib baik juga Atia okay dan tak ada masalah bab itu.

"Tak kan perasaan aku pulak sebab Fira pun dengar sekali." Ucap Hani.

"Oh yeke? Kejap." Ucap Atia seraya letak pinggan di atas meja dan lampu luar ditekan.

Dia melangkah keluar dari rumah dan meninjau-ninjau dihalaman rumahnya. Bulu romanya tiba-tiba menegak. Bila dia pastikan tak ada apa-apa, dia terus berpatah balik dan cepat-cepat grill di kunci serta pintu papan turut di kunci dari dalam.

"Ada apa-apa tak?" Tanya Hani.

Atia menggelengkan kepala. Pinggan mee goreng dicapai lalu dia sambung makan semula.

"Aku masih tak sedap hati lah." Ucap Hani.

Atia memandang Hani.

"Cuba cerita dekat aku apa yang terjadi sebenarnya?"

Hani menggelengkan kepala. Dia sendiri tak faham apa yang tengah berlaku sekarang ni.

"Entahlah, Aku ni sebenarnya tak ada musuh tau tapi aku nak kena bunuh. Kau rasa?"

Atia yang tengah makan lantas tersedak.

"Uhuk! Uhuk."

Fira cepat-cepat menepuk belakang Atia. Atia capai air dan meneguknya.

"Kenapa?"

"Sebab aku berkawan dengan seorang lelaki ni dan perempuan ni tak suka."

"Kalau tak suka kenapa kau berkawan juga dengan lelaki tu? Kau ni pun."ucap Atia.

"Masalahnya Atia, aku dah putus hubungan dengan lelaki tu tetapi lelaki tu still cari aku juga." Ucap Hani.

"Oh yeke"

Hani menganggukkan kepala.

"Cerita kau ni kan mengingatkan aku tentang kes aku yang sekarang ni."

Dahi Hani berkerut.

"Maksud kau?"

Atia membetulkan duduk dan dia duduk bertentangan dengan Hani dan Fira.

"Korang berdua kena berhati-hati dengan jiran sebelah rumah ni." Ucap Atia memulakan perbualan.

"Kenapa?" Tanya Fira.

"Hmm nak kata lama pun tak, nak kata baru pun tak. Ada lah satu hari tu aku kena kacau teruk dekat rumah ni. Aku muntah darah semua lah. Selidik punya selidik rupanya ada orang hantar guna-guna dekat aku. Selidik punya selidik rupanya orang yang buat aku tu tak jauh pun. Sebelah ni je. Bila di tanya kenapa buat macam tu, rupanya orang tu sakit hati sebab aku tolak cinta dia. Dia nak buat bagi aku merana lah apa semua lah." Cerita Atia.

"Serius lah?" Ucap Janna.

Atia menganggukkan kepala seraya menyuap mee goreng tersebut.

"Sebab itu lah kadang kalau macam tengah-tengah malam akan ada rasa seram sikit kan? Ha benda tu lah" cerita Atia lagi

"Habis tu Janna tak buat something ke?" Tanya Hani.

Atia cepat-cepat menelan mee tersebut.

"Eh apa pulak tak buat something. Mesti lah buat tapi buat macam mana pun orang tetap hantar lagi dan lagi. Sampai masa tu aku dah bertawakal lah kalau aku mati, mati jelah. Nak buat macam mana kan. Dan mungkin Allah dengar doa aku kot, lelaki yang selalu buat aku tu lumpuh satu badan."

Riak wajah Hani terkejut.

"Kenapa weh?" Tanya Hani.

Atia mengangkat kedua bahunya memanda tak tahu.

"Tak pasti lah sebab apa. So semenjak dari situ dah tak ada dah orang hantar apa-apa dekat aku cuma rumah ni lah kadang akan rasa seram sikit."

"Itu lah. Aku kadang-kadang nak ke tandas tu seram dia tak boleh bawa bincang. Hari tu aku ada tanya dekat Janna. Tapi Janna cuma cakap perasaan aku je. Jadi aku buat tak tahu lah."

Atia ketawa perlahan.

"Sis cakap macam itu sebab dia tak nak bagi kau takut lah tu. Tapi tu lah aku ingat macam nak pindah dekat rumah lain. Tapi tu lah susah sikit nak cari rumah yang okay."

"Itulah tambah-tambah duduk dekat kuala Lumpur ni memang susah nak cari rumah. Lepas tu mahal pulak tu." Celah Fira.

Atia hanya menganggukkan kepala seraya menyambung makan. Hani pulak dari tadi hanya gelisah. Hatinya berdebar-debar.

"Bip.. bip.."

Atia cepat-cepat menekan aplikasi WhatsApp. Dahinya berkerut.

"Malam nanti tak payah ambil sis. TQ - Shahrul"

"Yelah dan sama-sama" balas Atia.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now