BAB 240

59 5 4
                                    

"Hai."

Janna mengangkat kepala memandang Hani di hadapan.

"Kau okay?" Tanya Hani.

Janna tak menjawab pertanyaan Hani malah dia hanya menganggukkan sahaja. Selepas kejadian Janna memutuskan hubungannya dengan Aman Anaqi, dua minggu Janna tak bercakap dan tak keluar rumah. Segala persiapan kahwin, Atia dan Mega yang uruskan termasuk Shahrul. Dia hanya tolong sikit-sikit. Itu pun kalau moodnya okay. Kalau tidak dia hanya duduk berkurung di dalam bilik. Habis kuat dia akan menangis. Hani menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Janna.

"Janna jangan lah macam ni. Dah lama sangat kita tak bertegur sapa. Aku tak ada tempat nak mengadu Janna. Hanya kau je yang aku ada. Lepas tu Fira."

Janna mengangguk perlahan.

"Kau nak mengadu apa dekat aku? Jujur aku cakap yang aku tak ada mood sekarang."

Hani mengeluh.

"Janna kau marah pasal hal Fikri lagi ke?" Tanya Hani.

Lambat-lambat Janna menggelengkan kepala.

"Ada lagi masalah besar yang perlu aku fikir dari masalah Fikri tu." Ucap Janna seraya bangun.

Dia melangkah ke arah dapur.

"Habis tu cerita dekat aku apa masalah kau yang sekarang ni? Aku dengar yang kau akan berkahwin dengan Shahrul?"

Janna mengangguk kepala.

"Ye"

"Serius lah. Habis tu Aman macam mana?"

Janna berpaling memandang ke arah Hani.

"Aku dah tak ada apa-apa lagi dengan dia."

"Dia ada call kau?"

Janna mengangguk kepala. Setiap masa dan setiap saat, Aman Anaqi akan menelefon dan menghantar text untuk Janna walaupun Janna tak membalas.

"Kau balas?" Tanya Hani.

Janna menggelengkan kepala.

"Kelakuan dia mengingatkan aku semasa dia tinggalkan aku dulu Hani. Aku call dapat tapi tak di angkat. Aku hantar text dibaca tetapi tak di balas. Aku nak dia rasa apa yang aku rasa dulu." Ucap Janna seraya mengesat air mata yang mengalir.

Hani menganggukkan kepala tanda faham. Dia menggosok bahu Janna perlahan.

"Kau kena kuat Janna. Kau kan nak kahwin dah dengan Shahrul."

Janna hanya menganggukkan kepala.

"Mesti mak aku suka sebab aku berkahwin dengan pilihan dia kan?"

"Tak apa lah membahagiakan mak ayah dapat pahala.

Janna hanya ketawa perlahan. Silap dia juga sebab dia sendiri setuju untuk tanda tangan perjanjian dia dengan Shahrul suatu ketika dulu. Nak menyesal pun tak guna dah. Mungkin ada sinar di masa yang akan datang.







"Kenapa tiba-tiba abang dengan kak Janna nak terus nikah mak?" Tanya Megat Iskandar semasa mereka anak beranak makan tengah hari di rumah Cik siah.

"Okay lah tu. Benda yang baik elok dipercepatkan." Ucap Megat Ismail.

"Tapi macam pelik lah abah."

"Apa yang nak dipelikkan? Benda elok kan?" Sampuk Cik siah.

"Tah kau ni Iskandar. Sibuk jelah." Ucap Suria pulak.

Iskandar melepaskan nafas.

"Aku cuma pelik je tapi kalau mak abah dah cakap tak ada apa-apa, tak apa lah" ucap Iskandar lantas menyambung makan.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now