BAB 242

55 6 0
                                    

Janna berhenti melangkah. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya memandang bangunan yang berada di hadapannya. Dan ketika itu juga, saat-saat m bersama Aman berlayar di dalam fikirannya.

"Awak nak tahu tak?" Tanya Janna suatu ketika dulu.

"Tahu apa tu sayang?" Tanya Aman Anaqi.

"Nanti saya nak akad nikah dekat masjid besi ni boleh?" Tanya Janna.

Aman tersenyum memandang Janna.

"Mesti lah boleh. Saya akan tunaikan permintaan awak untuk akad dekat masjid besi ni. Tetapi kenapa masjid besi ni sayang?"

"Masjid besi ni adalah masjid yang paling saya suka."

Aman Anaqi hanya menganggukkan kepala. Dia mengenggam tangan Janna.

"Janna" panggil Hani di sebelah.

Janna berpaling. Segala yang berlayar sebentar tadi hilang serta merta. Air mata yang mengalir di kesat perlahan.

"Jom." Ucap Hani lagi.

Janna hanya mengangguk kepala. Dia melangkah perlahan-lahan. Layarnya kembali menerjah di fikiran Janna.

"Selepas kita dah selesai akad nikah dekat sini, saya nak awak imam kan dekat sini juga. Boleh?"

Aman tersenyum dan dia menganggukkan kepala.

"Mesti lah boleh untuk awak orang yang paling saya sayang. Saya yang akan imam kan awak." Ucap Aman seraya mencuit hidung Janna.

"Janna" panggil Shahrul yang tengah sedia menanti kehadiran Janna.

Janna mengangkat wajahnya. Air matanya kian mengalir deras. Dia memandang wajah Shahrul yang turut memandang ke arahnya ketika itu. Lambat-lambat dia menggelengkan kepala. Shahrul tersentak lantas menurun anak tangga dan berdiri di hadapan Janna.

"Jangan macam ni Janna. Dekat dalam sana ramai orang tengah tunggu kita" ucap Shahrul perlahanZ

Janna menggelengkan kepala lagi. Shahrul ingin memegang tangan Janna tetapi sempat di halang oleh Janna.

"Jangan sentuh." Ucap Janna perlahan.

Shahrul mengucap panjang. Kedua bahu Janna di pegang.

"Allahuakbar, sayang kita selesaikan dulu pernikahan ini. Benda ni kita selesaikan kemudian. Tolong jangan buat macam ni. Please. Please" rayu Shahrul dengan suara yang mengigil.

Janna berpaling memandang ahli keluarganya dan juga ahli keluarga Shahrul. Tak lama itu dia menganggukkan kepala. Air mata yang masih mengalir, di kesat oleh Janna.

"Alhamdulillah, Kita masuk ye?" Ucap Shahrul

Janna hanya mengangguk dan mengikut Shahrul dari belakang.







Aman berlari-lari anak untuk mencari teksi. Dia sudah berjalan sejauh yang mungkin dari ampang untuk sampai ke masjid besi. Sesekali dia menahan kereta orang yang dia tak kenali untuk membantu dirinya tetapi hampa. Tak ada seorang pun yang sudi menolong dirinya ketika itu. Aman memandang jam di tangan. Lagi setengah jam nak pukul satu tengah hari. Janna akan di nikahkan sebentar lagi. Aman melepaskan lelah di bawah pokok.

"Allah." Ucap Aman sepatah.

Tengah Aman dalam keadaan macam itu, tiba-tiba.

Pin!!

Aman tersentak lantas dia berpaling memandang ke kanan.

"Aman" jerit Mariana dari dalam kereta.

Aman terus berlari dan masuk ke dalam kereta kakak sulungnya itu.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now