BAB 226

60 6 1
                                    

Aman ketawa perlahan.

"Sekarang ni kan, i rasa i yang perlu selamatkan diri i dari you, Lailya. I tak tahu apa yang you dah berpakat dengan your mom. You ingat i tak tahu ke selama ni your mom suruh you tinggalkan i? I tak bodoh tau." Ucap Aman seraya melangkah.

"Aman!" Panggil Lailya

Lailya cepat-cepat memegang tangan Kanan Aman. Aman berpaling.

"Apa ni Lailya!" Ucap Aman seraya merentap tangan kanannya.

Oleh kerana rentapan itu, Lailya jatuh terduduk.

"Lain kali jangan suka-suka hati kau nak sentuh aku." Ucap Aman seraya menukar intonasi suara. Panggilan turut di tukar.

"Kau pergi balik sekarang." Ucap Aman lagi.

Dia terus masuk ke dalam rumah. Pintu di tutup kuat.

"Aman?"

Aman berpaling memandang Puan Aminah. Tak lama tu dia melangkah ke arah Puan Aminah dan mengajak ke dapur.







"𝓙anna"

Janna mendongakkan kepala. Dia memandang Fikri yang berada di hadapannya.

"Eh apahal tiba-tiba kau datang sini?" Tanya Janna seraya bangun berdiri.

"Aku nak jumpa kau. Ada benda sikit nak bercakap."

"Oh, duduk lah"

Fikri hanya mengangguk kepala lantas duduk di kerusi bertentangan dengan Janna.

"Kejap." Ucap Janna seraya berpaling.

"Mega, buat air" arah Janna.

"Okay sis." Ucap Mega seraya melangkah ke pantry.

"So, kau nak bercakap pasal apa? Hani ke?"

Fikri mengangguk kepala.

"Kenapa dengan dia?"

Belum sempat Fikri nak bercakap, Mega datang bersama dulang dan dua cawan air.

"Sebenarnya aku tak suka Hani duduk dengan kau. Dan aku tak suka Hani tengok apa yang kau buat setiap hari"

Dahi Janna berkerut.

"Apa yang kau merepek ni setan? Kelakuan buruk apa yang Hani tengok? Bagitahu sikit dekat aku."

"Shahrul, Hisham datang rumah kau. Lepas tu sekarang kau dengan Aman lepas tu dengan Shahrul pulak. So dekat situ kau bagi aura negatif dekat Hani."

Janna ketawa perlahan.

"Kenapa kau ketawa?" Tanya Fikri.

Janna memandang Fikri.

"Sebab kelakar."

Fikri membetulkan duduk.

"Janna aku tak buat lawak dan aku serius."

Janna mengeluarkan telefon bimbitnya dan campak di hadapan Fikri.

Fikri tersentak.

"Password 2403"

Dahi Fikri berkerut.

"Motif kau?"

"Call Shahrul atau pun Hisham. Kau cakap sendiri dengan dia"

Fikri terdiam.

"Kau baru saja muncul selepas beberapa tahun menghilang. Lepas tu dengan bodohnya kau cakap aku bagi aura negatif dekat Hani? Kau siapa? Kau bapak Hani ke atau kau ni abang dia? Selama aku dengan Hani, tak ada pulak ahli keluarga dia datang marah aku dan mengatakan aku ni bagi aura negatif dekat dia. Ni hello, Aku dengan Hani dah bertahun. Ada kau nampak dia jadi GRO? PELACUR? Ada ke? Aku rasa tak ada pulak. Elok je dia bertudung. Nak cakap dia keluar dengan Jantan lain, tak nampak pulak. Selalunya dia keluar dengan aku. Jadi apa masalah kau sekarang ni?" Tanya Janna seraya memandang wajah Fikri yang berada di depan. Janna berubah sofa duduk sebelah dengan Fikri.

Janna menundukkan wajahnya sedikit tetapi matanya tetap memandang ke arah Fikri.

"Kau jangan lupa siapa yang bagi no Hani tu dekat kau. Dan kau jangan lupa juga kalau tak kerana aku, kau tak akan dengan Hani sampai ke tahap sekarang dan kau jangan lupa juga yang kau bukan SUAMI Hani. Tetapi...." Ucap Janna seraya bangun berdiri.

"Kalau kau tak suka dia duduk sekali dengan aku di sebabkan aku ni bagi aura yang negatif, balik nanti aku halau dia terus. So sekarang baik kau berambus dari butik aku sebelum aku naik hantu. Silakan keluar." Ucap Janna sambil mundar mandir.

Kepalanya dah naik darah. Dia dah lama tak pukul orang.

"Janna bukan maksud aku macam itu." Ucap Fikri perlahan.

"Kau berambus sekarang!" Tengking Janna kuat.

Mega dan Tia yang tengah buat kerja tersentak lantas berpaling.

Fikri cepat-cepat bangun dan keluar dari butik Janna. Janna capai telefon dan mendial nombor Hani.

"Hello princess" ucap Hani

"Kau dekat mana?" Tanya Janna dengan suara yang agak tegang.

"Haa aku baru sampai rumah. Eh Janna kau apasal suara macam tu?"

Dada Janna berombak kuat.

"Kemas barang kau dan get out of my house!!!!!!" Tengking Janna kuat lantas punat merah di tekan.

Hani tersentak. Dia memandang skrin telefon.

"Ah sudah. Apa benda pulak ni?" Tanya Hani sendirian.

Dia cepat-cepat menekan nombor Shahrul.

"Hello" ucap Shahrul.

"Hello Shahrul"

"Ye"

"Eh kau dekat mana sekarang?" Tanya Hani.

"Aku dekat luar ni ha, asal call?"

Hani bangun berdiri.

"Kau bukan dengan Janna ke?"

Dahi Shahrul berkerut.

"Eh tak ada lah dia dekat butik dia lah. Kenapa?"

"Janna call aku tadi lepas tu dia mengamuk. Dia suruh aku keluar dari rumah. Kenapa eh?"

"Kenapa macam tu?" Tanya Shahrul.

"Aku tak tahu. Cuba kau call Janna ataupun kau pergi butik dia."

Shahrul terdiam. Otaknya ligat berfikir.

"Setahu aku Janna dah lama tak mengamuk. Yelah yelah jap aku call dia." Ucap Shahrul.

"Itu lah tu. Okay-okay." Ucap Hani seraya menekan punat merah.

Dia kembali duduk di atas sofa. Otaknya masih lagi memikirkan kenapa kawannya itu mengamuk.

Ting........

Hani cepat-cepat memandang telefon bimbitnya. Pesanan WhatsApp dari Fikri.

"Kemas barang dan i on the way ke rumah you.

Hani tak membalas pesanan Fikri, malah nombor Fikri di call. Panggilan bersahut.

"Hello."

"What happened?" Tanya Hani.

Fikri terdiam. Dia tak tahu nak bagitahu apa.

"Fikri?" Panggil Hani.

"Kemas je barang you"

"No, no, bagitahu dulu apa yang berlaku? Kenapa tiba-tiba nak suruh i kemas barang i pulak?" Tanya Hani.

Tak lama tu Hani tersentak.

"You tell me now! Janna mengamuk sebabkan you kan Fikri?"

Fikri mengeluh.

"Apa yang you dah buat ni Fikri? Apa?"

Fikri terpaksa berhenti kereta di tepi jalan untuk bagitahu hal yang sebenarnya dekat Hani.

"Listen here, i cuma bagitahu dekat Janna yang i tak suka you duduk dengan dia. Sebabnya i tak nak you ikut perangai dia sayang. I sayang you tahu tak Hani."

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now