BAB 265

68 4 0
                                    

Satu tepukan membuat Janna dan Shahrul berpaling. Shahrul mengajak Janna duduk di kerusi yang telah di sediakan. Janna hanya mengangguk dan tersenyum dan menuju ke arah meja tersebut. Setelah mendengar taklimat dan sebagainya ada beberapa nama di panggil untuk menerima anugerah tersebut termasuklah Shahrul dan Hisham.

"Wow." Ucap Janna seraya tersenyum.

Shahrul tersenyum lantas melangkah ke arah meja tersebut. Ditangannya pegang trophy.

"Tahniah." Ucap Janna perlahan tapi didengar oleh Shahrul.

Shahrul merapatkan mukanya sedikit.

"Terima kasih sayang."

Janna tersenyum.

"Lepas ini naik pangkat lah dia. Makin sibuk lah ye?"

Shahrul hanya ketawa perlahan.

"Tak ada lah sayang. Kedudukan sekarang rasanya dah okay bagi hubby. Tapi kalau Allah nak bagi rezeki untuk hubby, hubby terima je dan Alhamdulillah."

"I am proud of you" ucap Janna perlahan.

Shahrul meletakkan trophy tersebut dihadapan Janna.

"Kalau sayang masih ada, mesti sayang pun akan sama-sama dapat macam dulu. Hubby, sayang dan Hisham dapat serentak."

Janna hanya tersenyum tawar.

"Tak ada rezeki kan. Nak buat macam mana." Ucap Janna sedikit ralat.

"Weh jom makan." Ajak Hisham tiba-tiba.

Shahrul mengangguk kepala. Seraya mengajak Janna makan sekali. Janna melangkah ke arah buffet yang berada di situ. Satu persatu di lihat tetapi satu pun tak kena dengan tekaknya. Tekaknya sekarang teringin nak makan mee goreng sotong mamak. Fuuuhh syahdu mat kalau dapat makan. Untuk mengelak dari si soal oleh Shahrul, Janna mengambil bihun sedikit serta sosej dan melangkah ke arah meja.

"Itu je sayang?" Tanya Shahrul lantas meletak pinggan di atas meja. Meriah betul lauk yang Shahrul ambil.

Janna menganggukkan kepala.

"Tak ada benda yang best. Awak jap lagi jom pergi mamak nak tak? Teringin lah nak makan mee goreng sotong."

Shahrul menganggukkan kepala.

"Boleh, kejap lagi kita pergi ye." Ucap Shahrul sambil mengunyah.

"Betul ni?" Tanya Janna.

Shahrul memandang ke arah Janna dan tersenyum.

"Ye sayang, janji." Ucap Shahrul perlahan.

Janna tersenyum.

"Thank you!"

"Eh. Hello" ucap Hisham seraya menjentik bahu kanan Janna.

Janna berpaling memandang Hisham.

"Sakit bongok." Ucap Janna seraya mengosok-gosok bahu tersebut.

"Ni kau tak payah nak thank you dekat sana. Ni thank you dekat sini sebab aku yang kena bawa kereta. Dia mana ada bawa kereta. Ohhhh tak adil betul."

Janna ketawa selepas memandang Shahrul ketawa.

"Oh yeke. Oh kesayanganku, abang aku yang paling hensem, yang paling baik di dunia. Terima kasih banyak-banyak ye"

Hisham memejamkan mata seraya menghayati kata-kata Janna.

"Haa baru betul."

Janna ketawa seraya menyambung makan. Shahrul mengambil daging dan hulur ke arah Janna. Cepat-cepat Janna menggelengkan kepala. Shahrul menjegilkan mata dan mengigit bibirnya sendiri. Tak lama tu Hisham ketawa kuat.

DENDAM ASMARA 2Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon