BAB 283

82 5 3
                                    

Selepas tiga bulan.

𝓒antik ciptaan Allah yang terbentang luas didepan mata. Sesekali dia menarik nafas dan udara yang menyegarkan. Ombak laut menghempas pantai seolah-olah mendendangkan lagu yang cukup indah di halwa telinganya. Dia tersenyum puas.

"Hai, boleh saya duduk sini?"

Senyuman terukir di bibir dan dia menganggukkan kepala.

"Awak dah berkahwin?" Tanya Shahrul.

"Dah."

"Oh kiranya saya tak boleh mengorat lah ni?"

"Boleh, Tunggu saya jadi single dululah baru awak boleh mengorat saya."

Shahrul mengetap bibir.

"Sayang ni, Saja lah dia ni." Ucap Shahrul dengan pandangan yang redup.

Janna ketawa melihat muka muncung suaminya itu. Shahrul menarik nafas dan memandang laut hadapan. Sesekali dia pandang jam di tangan.

"Kenapa tak pakai jam tu?" Tanya Janna.

Shahrul berpaling.

"Sayang nak pakai jam ni takut calar"

Janna menganggukkan kepala.

"Kalau sayang, kena simpan dekat rumah."

Shahrul menggelengkan kepala.

"Hubby nak bawa jam ni kemana saja hubby pergi. Seperti hubby bawa cinta sayang kemana-mana."

Janna mengangkat tangan Shahrul. Jam rolex milik Shahrul di lepaskan.

"Kalau macam itu, kena lah pakai. Nanti hilang." Ucap Janna seraya menyarung jam berjenama Pasha De Cartier di tangan Shahrul.

"Cantiknya" ucap Janna perlahan.

Shahrul hanya memandang wajah Janna.

"Sayang" panggil Shahrul perlahan.

"Ye."

"Sayang ingat lagi tak macam mana pertemuan kita?"

Janna menganggukkan kepala.

"Mesti lah ingat. Masa tu saya di balai lama dan lapor diri dekat tempat awak. Masa tengah jalan tu saya berlanggar dengan Hisham dan saya terjatuh. Lepas tu tiba-tiba ada seorang hero ni datang nak selamatkan saya padahal hero tu dah gelakkan saya terlebih dahulu. Nasib baik lah ada abang kesayangan saya a k a Hisham angkat saya. Jahat tau. Dan semenjak dari itu lah awak tak henti-henti usik saya kacau saya. Eee" ucap Janna.

Shahrul ketawa disebelah.

"Bukan hubby nak gelakkan sayang masa tu. Tapi masa sayang jatuh tu macam kelakar tau. Dah lah sayang masa tu berambut pendek. Hubby ingat ke sayang ni lelaki. Sekali bila sayang mengerang sakit tu hubby macam 'eh perempuan ke' tu yang hubby tolong."

Janna menjeling ke arah Shahrul.

"Eleh."

Suasana menjadi sepi seketika. Hanya kedengaran kuat ombak yang berada di depan mata.

"Sayang"

"Ye"

"You know what?" Tanya Shahrul.

"Apa tu?" Tanya Janna seraya memegang bahu kiri yang terasa sakit sedikit.

"Hubby menyesal. Menyesal cintakan sayang, rindukan sayang, sayangkan sayang dari dulu sampai ke sekarang."

Janna menelan liur dan tak lama tu dia bersuara.

"Kenapa menyesal?" Tanya Janna perlahan.

Shahrul berpaling memandang Janna. Airmatanya bertakung.

"Sebab hubby tak mampu hidup tanpa sayang. Hubby takut kehilangan sayang. Dari dulu sampai sekarang. Baik sayang ada lelaki lain, ada tunang, hubby sentiasa nak tengok sayang nak ada dekat dengan sayang. Bersabar dan Hubby tahu hati sayang belum terbuka lagi untuk cintakan hubby tapi..."

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now