BAB 216

61 6 0
                                    

Janna berpaling. Tertera nama Aman di skrin telefonnya membuatkan Janna rasa sedikit annoying. Dia terus bangun dari katil dan melangkah ke arah bilik air.

"Malas aku nak layan." Ucap Janna perlahan.





𝓢ebulan telah berlalu, Farah dan Zack masih lagi di Thailand. Bukan tak nak balik ke semenanjung, tetapi dia takut sekiranya mereka menjadi buruan polis. Nasib mereka baik selepas membunuh Siti, dia minta king dan kuncu-kuncunya pergi tinggalkan malaysia. Dimana mereka, dia sendiri tidak tahu. Farah memandang buku bank yang berada di tangannya. Amount yang tertinggal hasil daripada peninggalan kedua orang tuanya tidak mencukupi untuk dia bertahan di sini. Dia mengeluh perlahan lantas memandang luar balcony. Mungkin dia tak ada pilihan lain dan kemungkinan dia kena berpatah balik ke semenanjung.

"Mungkin kita kena balik" ucap Farah tanpa memandang Zack yang berada di sebelahnya.

Zack ketawa perlahan

"You dah bersedia ke nak masuk penjara?" Tanya Zack minta kepastian.

Farah terus berpaling ke arah Zack. Hatinya tiba-tiba sakit dengan sindiran dari Zack.

"Kalau i masuk penjara, you tetap kena ikut i walau macam mana sekali pun."

Lambat-lambat Zack menggelengkan kepala.

"Kalau i balik, mungkin i akan keluar balik tapi bukan dengan you. I akan keluar sorang"

Farah memandang Zack.

"What?"

"I belum gila lagi lah nak masuk penjara." Sangkal Zack

"You lupa ke yang you ni pembunuh."

Zack menganggukkan kepala.

"I tak lupa tapi you jangan buat-buat lupa pulak, you yang rancang semua ni"

Farah mengacip bibir tanda sakit hati.

"Habis you nak i buat apa sekarang ni?" Tanya Farah kasar.

Zack mengangkat kedua bahunya.

"Mana lah i nak tahu dekat you apa yang you patut buat. Yang i tahu sekarang ni i dah tak nak ambil tahu dah pasal semua benda ni. I akan balik ke semanjung juga untuk hidup macam biasa. Tapi ingat, King dengan kawan-kawan dia tu jadi buruan polis dan kalau lah tertangkapnya mereka semua tu, you pun kena juga tau."

"You tak perlu nak takut takut kan i Zack"

Zack mengeluh perlahan.

"I cakap benda yang betul dan sahih. Jadi cakap dekat king, kalau you nak selamat jangan bagi mereka semua balik ke malaysia."

"You, kalau diaorang tak balik malaysia, diaorang akan minta duit dekat i. You tengok sekarang buku bank i ni. Dah tak banyak dah duit i." Ucap Farah seraya menunjukkan buku bank dihadapan muka Zack.

Perlahan-lahan Zack menolak

"Yang itu i tak nak ambil tahu." Ucap Zack seraya bangun dan berdiri di depan Farah.

"For your information, kerja i untuk bantu you dah lama selesai kan? So now tubuh you pun i dah dapat, jadinya kemungkinan i akan balik hari ni kot." Ucap Zack bersahaja.

Dia terus melangkah ke arah almari dan mengeluarkan semua pakaiannya. Dia seharusnya keluar dari sini secepat yang mungkin. Farah terus bangun dan melangkah ke arah Zack. Lengan Zack di pegang kuat.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now