BAB 278

64 5 0
                                    

"Dah, jom" ucap Shahrul seraya menarik tangan kiri Janna.

Dahi Janna berkerut.

"Nak kemana wahai Encik suami?" Tanya Janna.

"Ikut hubby balik bangi. Bawa bag tu."

Janna menggelengkan kepala dengan si Shahrul ni. Dia dan Shahrul terus melangkah keluar dari rumah tersebut. Janna terus masuk ke dalam kereta.

"Betul-betul budak kecik" ucap Hisham.

Janna seraya menumbuk Hisham dekat belakang badam

"Adoi"

"Kau tanya kawan baik kesayangan kau tu" ucap Janna geram.

Janna bersandar sambil peluk tubuh. Shahrul dan Hisham ketawa selepas melihat muka Janna masam.









"𝓘ni access kad dan ini kunci kereta. Sayang jaga diri elok-elok tau. Kalau sayang lapar, masak lah apa yang ada dalam peti ais tu. Ingat tau pesan hubby, jangan keluar kalau tak ada hal penting dan yang paling penting, every time text hubby." Ucap Shahrul.

Janna memandang wajah Shahrul yang penat.

"Betul ke ni tak nak rehat dulu? Sekarang masih pukul lima. Malam nanti kan duty?"

"Kalau ikutkan hubby memang nak rehat, tapi hubby nak kena settlekan apa yang patut sebelum operasi, sayang." Ucap Shahrul seraya kuis anak rambut Janna.

"Habis tak tidur?" Tanya Janna.

"Habis operasi macam biasa lah sayang, hubby tidur dekat ofis je lepas tu sambung pagi pulak. Tak larat nak drive."

"Janji lepas operasi tidur?" Ucap Janna.

Shahrul menganggukkan kepala seraya senyum ke arah Janna.

"Risau eh?" Ucap Shahrul seraya mencuit hidung Janna.

"Mesti lah gila. Haa kan dah kena"

Shahrul terus ketawa kuat.

"Janji la." Ucap Janna lagi.

"Okay-okay hubby janji. Habis hubby selesaikan apa yang patut, hubby text sayang. Hubby nak pergi operasi, hubby text sayang, nak tidur pun hubby text sayang. Janji." Ucap Shahrul panjang lebar.

"Okay." Ucap Janna seraya tersenyum.

"Okay lah sayang. Hubby nak gerak dah." Ucap Shahrul seraya menghulurkan tangan ke arah Janna.

Janna terus mencium tangan Shahrul dan tak lama itu Shahrul mencium dahi Janna.

"Take care tau."

"I will sayang." Ucap Shahrul seraya melangkah ke arah lif.

Janna memandang Shahrul dengan pandangan yang sayu sampai bayang Shahrul menghilang. Dia masuk ke dalam rumah dan memandang sekeliling. Terasa sepi. Bag di capai lalu dia masuk ke dalam bilik Shahrul. Perlahan-lahan dia duduk di tepi katil. Air matanya seakan mahu mengalir. Dia sendiri tak tahu kenapa dia berasa sedikit sedih ketika itu. Janna menarik nafas panjang-panjang lantas dihembus perlahan. Almari yang berada di hadapan di pandang lalu di buka. Sehelai tshirt Shahrul di ambil lalu di cium. Terasa seperti dia mencium tubuh suaminya ketika itu.

"Hubby." Panggil Janna perlahan.

Air matanya mengalir. Dia terus naik ke atas katil bersama baju tersebut dan baring. Telefon yang berada di dalam bag dikeluarkan lantas aplikasi WhatsApp dibuka.

"Saya rindu awak" ucap Janna seraya menekan butang sent.

Bip.. bip..

Shahrul terus keluarkan telefon di dalam poket seluar. Tiba-tiba bibirnya menyukir senyuman selepas membaca text tersebut dari Janna. Matanya berkaca.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now