BAB 249

62 5 0
                                    

Lailya menjengukkan kepala memandang halaman rumah Encik Rahmat. Macam tak ada orang. Dia melangkah ke kanan untuk menekan bell.

Ding.. dong..

Lailya terdiam sekejap sambil matanya tetap memandang sekeliling. Tak lama kemudian, pintu utama dibuka dari dalam. Wajah sugul Aman menjengah di depan pintu. Lailya tersenyum lantas dia buka pintu pagar.

"Nak apa datang sini?" Tanya Aman

"I datang sini sebab nak jumpa you. Jom kita keluar nak tak?"

Aman tak menjawab soalan dari Lailya, malah dia memandang sekeliling. Dia menarik nafas panjang.

"I tak ada mood nak keluar jadi you pergi balik lah. Apa pulak jiran-jiran dekat sini cakap."

Lailya berpaling kiri dan kanan.

"Please, Kita pergi makan ke minum ke chill ke, please"

Aman memandang Lailya seketika. Tak lama tu dia mengangguk.

"Tunggu lah" ucap Aman seraya masuk ke dalam rumah untuk bersiap.

Lailya tersenyum lantas mengangguk kepala walaupun Aman tak nampak. Dalam hatinya happy sangat-sangat sebab Aman nak keluar dengan dia. Tak dapat di gambarkan.

"Dah" ucap Aman perlahan.

Lailya mengangguk lantas melangkah bersama dengan Aman ke kereta. Lailya terus buka pintu pemandu dan masuk sementara Aman pulak duduk di bahagian penumpang.

"You macam mana hari ni?" Tanya Lailya seraya memandang Aman disebelah.

Dia memutar stereng untuk keluar dari situ.

"I okay" ucap Aman perlahan.

"Okay so sekarang ni kita nak pergi mana? You cakap je dan i bawa"

"Mana-mana je lah Lailya." Ucap Aman tanpa memandang wajah Lailya.

Dia berpaling memandang ke luar tingkap. Ketika ini dia rasa sunyi dan sepi. Aman memandang jari manisnya. Cincin pemberian Janna dia pakai kerana dia terlampau rindukan Janna. Dia mengeluh perlahan.

"Jangan risau, i dengan Aakif akan sentiasa ada untuk you, Aman." Ucap Lailya sambil tersenyum.

Aman tak berbalas apa-apa. Dia hanya diam membisu.








"𝓚au okay?"

Janna berpaling memandang Hani disebelah dan tersenyum. Perlahan-lahan dia mengangguk perlahan.

"Tapi aku tengok kau macam tak okay."

Janna memandang Shahrul, Hisham dan Fikri tengah bakar ayam dan daging. Patut pun Shahrul minta dia bawa baju lebih dan juga tuala rupanya diaorang plan untuk mandi air terjun. Sungai Gabai menjadi pilihan Shahrul.

"Aku okay je" ucap Janna perlahan.

"Macam mana kehidupan selepas kahwin?"

Janna ketawa perlahan.

"Aku baru je dua hari kahwin. Semalam dan hari ni. Nothing special" ucap Janna.

"Mungkin sebab kau tak keluarkan sayang dan cinta kau tu sebab tu kau tak rasa manisnya perkahwinan."

"Entah lah Hani. Kalau Shahrul tak paksa aku untuk aku pergi dekat Aman hari tu kemungkinan aku berusaha untuk terima Shahrul dalam hidup aku dan kemungkinan aku tak akan lalui semua ini."

Hani menganggukkan kepala. Janna berpaling memandang Hani.

"Kau tahu tak, menerima keadaan yang macam sekarang ni bagi aku agak sukar. Memang pada mulanya aku yang minta Shahrul percepatkan perkahwinan ni tetapi bila aku kena menerima takdir aku sendiri aku rasa macam entah lah."

"Kau kena sabar Janna."

"Aku memang bersabar tetapi aku sendiri tak tahu dan tak pasti sampai bila aku akan jadi isteri yang macam sekarang ni. Shahrul memang tak akan ceraikan aku"

"Eh kau ni Janna. Dah kenapa sampai nak cerai berai. Tak baik lah gila. Macam ni, cuba kau buka hati tu untuk Shahrul dan aku yakin bila kau dah buka hati kau tu cinta tu akan hadir"

"Entah lah."

"Sayang!"

Janna berpaling ke arah Shahrul. Shahrul mengamit minta Janna datang ke arahnya. Janna terus bangun dan melangkah ke arah Shahrul.

"Kenapa?"

"Nak makan ke nak mandi?"

Dahi Janna berkerut.

"Makan nak, mandi tak nak."

"La kenapa?" Tanya Shahrul.

"Kenapa tak bagitahu nak mandi dekat sini. Kalau bagitahu tak adalah saya mandi dekat rumah. Betul tak Hani?"

Hani mengangguk kepala.

"Betul dan aku setuju. Diaorang ni kan kalau plan pun tak beragak. Dah mandi dah cantik-cantik kat umah tup-tup datang gabai sebab nak mandi. Ah stress aku." Ucap Hani sambil buat muka annoying.

Janna ketawa mengekek.

"Betul! Aku tadi tengok laki aku bukan main helok smart-smart tahu-tahu sampai sini nak mandi. Jem kepala aku."

Shahrul ketawa kuat bila dia diperli dengan Janna.

"Kan! Kau tengok Janna muka aku, makeup aku dah cair duduk kat tempat panas ni. Kalau iye pun nak buat kejutan, tak payah macam gini. Haaa orang dah cantik-cantik tau."

"Siapa plan semua ni?" Tanya Janna.

Lambat-lambat Hisham mengangkat tangan.

"Tak berguna punya Hisham." Ucap Janna seraya capai ranting dekat sebelah.

Belum sempat Janna nak baling ranting tu ke Hisham, Shahrul cepat-cepat menghalang.

"Bukan 100% Hisham punya plan sayang. Hubby tanya dia tahu tak tempat nak tenangkan fikiran dekat mana, Jadi Hisham suggestkan gabai ni. Masa dekat rumah tadi memang tak terfikir nak mandi sebab tu Hubby smart-smart" ucap Shahrul.

"Halah kau ni budak kecik. Dah sampai dah pun dekat sini. Mandi jelah" ucap Hisham.

Janna menjeling ke arah Hisham dan juga Shahrul

"Tak nak aku. Aku tak bawa baju lebih. Korang tak apa lah tak pakai baju dan hanya pakai seluar pendek tak ada siapa yang nak kecoh." Ucap Janna bebel.

"Eh hubby pakai baju okay. Badan ni hanya untuk tatapan sayang je. Ala sayang, jom lah yang."

Janna menggelengkan kepala lagi.

"Tak nak lah, Korang bertiga pergi lah mandi. Tak apa saya bakar-bakar kat sini."








"Masih teringat apa yang jadi semalam ke?" Tanya Lailya.

Aman memandang Lailya

"Kenapa you kena hadir dalam hidup i dulu?" Tanya Aman.

Dahi Lailya berkerut.

"Apa maksud you ni?" Tanya Lailya

"Kalau lah you tak hadir dalam hidup i, mungkin dulu kini dan selamanya i dengan Janna."

Lailya mengeluh.

"Itu dinamanya takdir. Takdirnya menemukan kita dan satukan kita"

Aman tak membalas, malah dia memandang tasek yang berada di depannya. Tasek ini lah dia dengan Janna pernah dating dulu.

"Apa yang berlaku adalah salah i. Kalau lah i tak tinggalkan Janna dulu, benda ni tak akan jadi macam ini"

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now