BAB 212

59 6 0
                                    

Lailya hanya diam tak berkutik. Dia sendiri terkejut dan ketakutan sedikit sebab Aman tak macam ini sebelum ni. Dia betul-betul dah berubah. Amin melangkah ke arah Aman dan menarik tangan Aman naik ke tingkat atas.

"Sudah-sudah." Ucap Amin perlahan.

Dia perlu redakan amarah yang ada pada diri Aman. Kalau tidak, lingkup jadinya nanti. Lailya hanya memerhati dari meja sampai bayang Aman dan Amin hilang dari pandangan.

"Kau tak pernah tengok Aman macam itu kan Lailya?" Tanya Suraya sedikit berbisik.

Lambat-lambat Laiya menggelengkan kepala.

"Sekarang kau dah nampak kan? Jadi jangan cuba-cuba nak ganggu kebahagian yang dia nak gapai." Ucap Suraya dan bangun menuju ke dapur.

Kerja-kerja yang terbengkalai tadi disambung semula.







𝓓engan kira-kira 69 juta orang, Thailand merupakan negara ke-20 paling ramai penduduk di dunia. Orang Thailand berhijrah dari China barat daya ke tanah besar Asia Tenggara selama berabad-abad lamanya. Sebutan yang paling awal diketahui akan kehadiran mereka di rantau terbabit dengan eksonim Siam terdapat pada prasasti abad ke-12 di kompleks kuil Khmer Angkor Wat di Kemboja yang menyebut orang "syam" atau "perang tua". Kawasan itu pernah dikuasai oleh pelbagai negeri keindiaan seperti kerajaan-kerajaan Mon, Empayar Khmer dan negeri-negeri Melayu, bersaing dengan negeri-negeri Thai seperti Ngoenyang, Sukhothai, Kerajaan Chiang Mai, Lan Na dan Ayutthaya yang juga saling melawan. Orang Eropah tiba pada abad ke-16, bermula dengan misi diplomatik Portugis ke Ayutthaya pada 1511. Abad-abad berikutnya menyaksikan pelbagai kuasa penjajah Eropah merebut wilayah di kawasan Indocina, di mana Thailand kehilangan banyak wilayah kepada Perancis dan British tetapi kekal sebagai satu-satunya negara Asia Tenggara yang terselamat dari penjajahan.

Farah memandang diluar tingkap sambil berpeluk tubuh. Dia mengeluh perlahan kerana sekarang dia seolah seorang pelarian walaupun polis belum menjumpai apa-apa bukti untuk kaitkan dirinya.

"Sampai bila kita nak duduk dekat sini?" Tanya Zack yang turut berdiri di sebelahnya.

Farah berpaling lantas tersenyum.

"Kita duduk dekat sini sampai semuanya reda lepas tu baru boleh balik Kuala Lumpur."

Zack menggelengkan kepala sambil ketawa perlahan. Terasa dirinya bodoh mengikut apa yang farah mahukan. Sekarang dia dah terjebak dengan pembunuhan Tok Ngah dan Siti. Dan dia pun sudah jadi perlarian. Tujuan asal untuk mendapatkan Janna entah hilang kemana.

"I rasa bodoh sebab ikut apa yang you nak."

Farah tersentak.

"Sekarang you menyesal lah dengan i?"

Zack menganggukkan kepala.

"Kalau menyesal kenapa ikut i? You boleh kot kalau nak menolak."

"Nak menolak sekarang ni dah terlambat dah you" ucap Zack tanpa memandang wajah Farah. Kedua tangannya berada di dalam poket.

Farah memandang Zack di sebelah. Hatinya tiba-tiba sakit.

"You tahu kan kenapa i buat semua ni?"

"Tahu." Ucap Zack seraya mengangguk kepala.

"Tapi tak kan sampai membunuh. Orang yang tak bersalah pun you upah untuk bunuh dia. Sekarang kita berdua dengan kuncu-kuncu you jadi pelarian. Ini bukan life i Farah. Tujuan i untuk dapatkan ex i balik bukan jadi pembunuh."

Farah terdiam.

"Habis apa yang kita nak buat sekarang ni?"

Zack mengangkat bahu menandakan tak tahu.

"I sendiri dah stuck dengan semua ini." Ucap Zack

"Tapi i belum dapat apa yang i nak. Fikri masih lagi menjalin hubungan dengan perempuan tu."

"Lelaki tu dah tak nak dekat you, Farah."

"Habis ex you tu nak dekat you lagi lah?" Sangkal Farah seraya membuat muka

"Sekurang kurangnya i tak buat benda bodoh."

Farah kehilangan kata-kata. Dia masih lagi memandang wajah tenang Zack. Lambat-lambat dia mengeluh perlahan.

"Zack jangan lah macam ni. I perlukan you."

"You perlukan i lagi untuk jayakan apa yang u nak?"

Farah mengangguk kepala.

"Lepas dah selesai hal i, i akan tolong you dapatkan apa yang you nak. I promise" ucap Farah.

Zack ketawa perlahan.

"You nak buat apa?" Tanya Zack

"Buat lah apa saja untuk dapatkan apa yang you nak. Kalau perlu untuk buat macam sebelum ni i boleh lakukan." Ucap Farah.

"You ingat ex i ni macam perempuan yang you nak bunuh tu ke? No, dia tak macam perempuan tu. I kenal dia sangat-sangat. Silap-silap hari bulan, you yang kena getah balik dengan dia."ucap Zack seraya memandang wajah Farah di sebelah.

"Rasanya you dah nampak kot hari tu dan you sendiri tak mampu untuk berbuat apa-apa." Ucap Zack lagi.

"Habis tu you nak i buat apa?"

Zack mengangkat bahu.

"Entah i pun tak tahu" ucap Zack seraya masuk ke dalam.

"You, jangan lah macam ini. Okay i minta sekali je lepas tu i tak akan minta apa-apa lagi."

"Minta membunuh lagi?" Tanya Zack.

Lambat-lambat Farah mengangguk kepala.

Dahi Zack berkerut.

"Apa ni Farah?"

Farah hanya diam dan tak lama itu dia tersenyum.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now