BAB 225

62 6 0
                                    

Shahrul buka tudung saji untuk melihat apa yang ada di bawahnya. Perlahan-lahan dia tersenyum senang. Mee goreng.

"Tak pasti lagi, free lah kot." Ucap Janna.

Janna hanya melihat saja tingkah laku Shahrul. Nampak mee goreng je Shahrul auto jadi gila.

"Tak kesah lah pasti atau tak. Yang penting kau kena ikut aku juga." Ucap Shahrul tanpa memandang Janna.

Matanya tak terlepas memandang mee goreng..

"Dah tu baik kau tak payah tanya aku gila. Aku lempang kang."

Shahrul hanya ketawa. Tak lama tu dia bersuara.

"Sayang nak bawa bekal mee goreng ni makan kat ofis boleh?"

"Yelah jap." Ucap Janna seraya bangun dan melangkah ke arah dapur.

Tupperware yang berada di dalam kabinet di ambil dan di bawa ke depan. Mee goreng di masukkan kedalam bekas tersebut bersama telor mata.

"Tak nak makan dulu?" Tanya Janna.

"Tak kot sayang, dah lambat sangat ni. Aku makan kat ofis je nanti." Ucap Shahrul seraya bangun berdiri.

"Okay" ucap Janna seraya menyerah bekas tersebut ke arah Shahrul.

Dengan senyuman Shahrul mengambil.

"Eh tupperware aku tu, pulangkan balik nanti." Ucap Janna.

"Ye sayang." Ucap Shahrul perlahan.

Shahrul melangkah ke arah pintu. Tak lama tu dia berhenti dan berpaling.

"Hari jumaat lepas habis kerja aku datang ambil kau eh?"

Janna terdiam. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.

"Boleh tapi dengan satu syarat"

Dahi Shahrul berkerut.

"Syarat?"

Janna mengangguk kepala.

"Ya." Ucap Janna.

"Okay apa syaratnya?" Tanya Shahrul.

"Bagi aku lagi lima bulan. Kalau tidak, aku tak nak ikut." Ucap Janna seraya tersenyum sinis.

Rayban yang di pakai oleh Shahrul dibuka. Lambat-lambat Shahrul ketawa perlahan. Dia melangkah semula ke arah Janna membuat Janna melangkah kebelakang. Oleh disebabkan meja di belakang, langkah kaki Janna mati.

"Pandai kau kenakan aku ye?" Ucap Shahrul perlahan.

Kedua tangan Janna di angkat sampai ke paras dada Shahrul.

"Mana ada."

Shahrul ketawa perlahan sambil menggelengkan kepala.

"Sayang sayang nasib baik lah belum kahwin lagi. Kalau kita dah kahwin ni, memang aku tak pergi kerja sekarang ni."

Dahi Janna berkerut.

"Apo?"

Shahrul mengeluh perlahan.

"Okay, Aku hanya tambah tiga bulan je lagi. Total semua jadi lapan bulan." Ucap Shahrul.

Belum sempat Janna nak menjawab, Shahrul terlebih dahulu buka mulut.

"Full stop!"

Janna mengeluh dan dalam masa yang sama dia menolak dada Shahrul.

"Ee yelah!" Ucap Janna sakit hati.

"Okay." Ucap Shahrul seraya memakai rayban hitam.

Menampakkan lagi kekacakkan Shahrul Anuar. Alahai..

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now