Bab 1 : Najmuddin Haji Putera

310 15 0
                                    

 Kepalaku terasa berat. Bibirku lemah dalam berkata. Aku melihat bondaku yang tercinta. Ya, yang tercinta tetapi apa yang dia lakukan langsung tidak boleh terima dek akal!

"Bonda, Najmuddin sudah besar. Sudahlah tu. Bonda tahu bukan Najmuddin tidak minat lansung perniagaan bonda dan walid?" petah aku membidas tindakan bonda.

Bonda hanya mengeluh. Sejujurnya berita tentang keinginan mereka untuk aku mewarisi perniagaan bonda dan walid tidak lansung terlintas di fikiran.

Bonda dan walid merupakan usahawan ternama. Sudah banyak mereka berganding bahu dengan kerajaan British. Melabur sana sini walhal mereka tahu syarikat sekerja mereka adalah penjajah ternama di Tanah Melayu.

Aku mendengus kasar lalu meninggalkan bonda dalam keheningan.

 "Ayuh berangkat sekarang. " Aku berkata kepada Pak Mail selaku pemandu kepada empunya rumah agam ini.

 "Baik, Tuan tetapi adakah tuan pasti tentang hal ni?" Dia ujar selamba.

 "Teruskan memandu. " ujarku sambil membuang pandangan ke luar. Rumah agam dihiasi warna-warni bunga kutatap lama apabila kereta Pak Mail keluar dari perkarangan rumah.

Ah! Bukan salah aku yang ingin keluar daripada rumah agam tu. Besar tapi sunyi!

Penat berbalah dengan perasaan, aku dikejutkan dengan deringan telefon.

 "Assalamualaikum, nak. " Suara tua itu memeecah gegendang telingaku. Aku tersenyum lama sebelum aku menjawab salamnya.

 "Waalaikumusalam. Ya, Nenda. Najmuddin di sini. " Surat khabar di hadapanku, kubuka satu per satu sambil berbual-bual dengan nendaku, Hajah Kalsom.

"Tahulah saya, Nenda. Nanti saya sampai. Nenda berehatlah. Jangan risau akan saya." Aku menggeleng kepala apabila terkenangkan telatah nenda. Nendaku, Hajah Kalsom seorang yang degil. Apa yang diperkatakan ayahku, kadang kala semuanya ditolak. Dia suka mengikut caranya yang tersendiri. Sungguhpun begitu, beliau amat kasihkan aku. Akulah satu-satunya cucu dia yang rapat dengannya.

Aku tiba di pelabuhan kira-kira sejam setengah. Pak Mail menolongku untuk membuka pintu. Aku melihat mata tuanya, sungguh tabah orang tua ini menempuh dugaan dunia. Tangan uzurnya lincah mengambil bagasiku di belakang kereta. Aku tersenyum.

"Jangan beritahu Haji Putera. " Aku ujar dalam senyuman yang tak putus.

"Beritahu apa, Tuan?" Dia menunduk sopan. Badannya tidak lagi seperti orang muda sekarang, lurus dan gagah. Badannya persis kayu yang rapuh.

" Ini. Buat belanja anak dan isteri Pak Mail. " Aku mengambil not kertas berjumlah RM200. Pak Mail menolak tanganku. Beliau tertunduk, dihimpit rasa bersalah.

" Jangan, Tuan. Nanti Tuan Haji marah." Kepalanya masih menghadap ke tanah. Aku mengekek ketawa melihat riak mukanya yang dalam ketakutan.

"  Pak Mail anggap saja ini gaji Pak Mail. Tidak baik tolak rezeki. " Aku memegang kedua-dua belah bahunya. Badannya yang lemah aku peluk lama sebelum aku selitkan duit ke dalam sakunya.

  Serombong kapal Quadro menempik kuat di langit menandakan kapal akan berangkat tidak lama lagi. Aku tunduk dan menyalami tangan orang tua di hadapanku. Orang tua inilah yang sering ada di sisiku apabila bonda dan walid sibuk mengejar harta dunia.

"Najmuddin pergi dulu, ya? Pak Mail jaga diri.  Hubungi Najmuddin saja kalau ada kecemasan. Najmuddin pergi tak lama. " ujarku sebelum menggalas bagasi itu. Pak Mail senyum dan mengangguk laju.

 Aku berjalan menuju ke jeti utama. Ramai orang berpusu-pusu untuk masuk ke dalam kapal. Begitu juga aku. Aku rindu akan nenda. Nendaku, Hajah Kalsom.

"Nenda tunggu ya, Najmuddin datang!" teriakku dalam hati dengan penuh kegirangan.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now