Bab 3 : Ke Mana Tumpahnya Kasih?

106 8 0
                                    

  "Assalamualaikum, Nenda!" laungku dari tangga di luar rumah. Berbeza di rumah agam bewarna putih, aku lebih memilih untuk tinggal di rumah nenda. Rumah kayu yang serba sederhana.

  "Waalaikumusalam, Din! Ya allah cucu aku! Rindunya aku!" Dia menerpa badanku sebelum memelukku dengan erat. Tangan tuanya belum sempat pun aku salam dan cium.

"Nenda apa khabar?" tanyaku sambil memanjat tangga yang kecil itu.

 " Khabar baik, nak. Persis ini sahajalah nenekmu.  " Nenda menjawab sambil membuka tirai jendela. Rumah nenda sangat sesuai untuk dijadikan tempat aku menghilangkan tekanan. Apa tidaknya, jendela yang menghadap ke arah sawah padi yang menghijau itu amat memberi ketenangan kepada mata-mata yang melihatnya.

 "Najmuddin terjumpa Ahmad tadi. Kawan sepermainan dahulu. Masih ingat lagikah, Nenda?" Aku membuka kemeja hitam yang membalut tubuhku. Disangkutnya kemeja itu sebelum aku menyenteng lengan baju kemeja putih hingga ke paras siku.

"Oh, Ahmad si anak Malek Perahu? Ahmad tu baik budaknya. Selalu tolong nenda. " Nenda ujar seraya keluar dari dapur bersama dulang di tangan.

  "Susah-susah sahaja nenda ni. Kalau Najmuddin haus, pandai-pandailah Najmuddin cari air di belakang. " Aku tersenyum melihat nenda yang tak lekang melayanku. Nenda masih lagi cantik walaupun usia kian meningkat.

Rambutnya yang beruban diikat kemas menjadi sanggul. Digayakan lagi dengan baju kurung Pahang yang bercorak bunga kecil berwarna merah jambu. Senyuman manis yang tidak lekang dari wajahnya menambahkan lagi kecantikannya.

 Nenda duduk bersimpuh di hadapanku. Mataku sempat menjamah setiap sudut di dalam rumah nenda. Terdapat beberapa bingkai gambar terhias elok pada dinding-dinding kayu jati rumahnya.

  Selang beberapa minit, suara lembut menyapa gegendang telinga. Sungguh lembut nadanya. Mendayu dan perlahan sahaja.

 "Nek Som. Mawar ada bawa ikan kembong dari pasar ni. "

 "Ha, Najmuddin. Pergi tolong ambilkan bakul ikan tu. " menjuih bibir nenda menghala ke arah pintu. Nenda mengurut lembut kakinya yang semakin bengkak kerana banyak berjalan.

  "Nenda ni ikan—"

  "Terima kasih. " Aku tersenyum. Matanya yang bulat dan bersinar bagai cahaya mentari menusuk ke dalam kalbu. Bakul ikan bertukar tangan apabila dia menghulurkannya kepadaku.

  "Masuklah dulu. Panas ni. " Aku pelawa sambil mengesot badanku ke tepi.

  "Eh, tak mengapalah, Tuan. Saya ada banyak kerja lagi hendak dilakukan. " Mukanya berona merah. Dia tertunduk malu dan membetulkan alas kepalanya. Aku tak pasti jika mukanya merah dek cahaya matahari ataupun menahan malu.

 Gadis di sini sangat berbeza dengan di bandar. Mawar dengan Puteri bagaikan langit dan bumi. Jangankan diajak berbual, mataku lansung tidak dipandang Mawar. Berbanding dengan Puteri, tidak diajak berbual pun dia menegurku selamba.

  "Kenapa engkau memanggilku Tuan?"  Aku bertanya. Ingin jugaku tahu sebabnya kerna dari awal pagi tadi aku terserempak dengannya, masih juga memanggil aku Tuan.

 Mukanya aku tatap lama. Dia mengerling matanya ke arah kemeja yang tersangkut di kerusi nenda.

 "Maafkan saya. " Dia turun dari tangga perlahan-lahan, menyarung seliparnya dengan kasar dan meninggalkanku terkebil-kebil tanpa jawapan.

 Aku naik semula ke atas rumah. Bakul berisi ikan aku simpan di dalam peti ais.

"Najmuddin. Tolong picitkan kaki nenda. " lemah enda bersuara. Tangannya melumur minyak gamat yang serba hitam.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now