Bab 5 : Hati yang Bertukar Rasa

62 7 0
                                    

*Mawar*

 Adakah aku terlalu kasar padanya? Najmuddin yang persis lelaki idamanku datang dengan sekelip mata. Aku suka akan keperibadiannya. Ramah dan santunnya tetapi aku tidak dapat menghalang fikiranku dari mengimbau masa lalu. Masa bapaku dibunuh British durjana.

Namun begitu, aku terkesima dengan tindakannya. Sungguh aku sudah mencacinya, menganggap remehnya perasaan Najmuddin kepadaku walhal dia seorang pemuda yang tidak berdosa.

   Aku menaruh hati, menaruh perasaan dan rasa yang sama tetapi mindaku bergolak untuk menolak cintanya.

 Aku tahu darjatku. Kami bagaikan langit dan bumi. Dia kuat berpasak dengan duit dan harta. Aku? Aku di sini sebagai seorang wanita miskin dan biasa, tiada apa. Hanya bermodalkan duit bayaran baju jahitan yang ditempah.

" Najmuddin!" Aku melaung namanya tatkala guruh menyapa. Dia masih lagi berdiri di situ, termenung. Entah apa jua yang dia fikirkan.

  "Maafkan aku. Aku sedang mengira ulat bulu. " jawabnya sambil ketawa.

"Ulat bulu?" Aku mengerut dahiku.

 "Maksudnya aku sedang termenung memikirkan sesuatu. " ujarnya lagi. Aku menggamit erat plastik di tanganku.

 " Sedang fikirkan apa, Najmuddin?"

 "Fikirkan engkau, Mawar. " berselamba sahaja dia berkata. Ah, rupanya lelaki ini tidak tahu bagaimana hatiku sedang tunggang-langgang sekarang.

 Aku melihat senyumannya. Walaupun kulitnya agak gelap namun senyumannya tetap menghiasi taman hatiku.

  "Ada sahaja engkau ni. " Aku menggeleng  kepala. Seperjalanan kami melalui lorong kecil itu, langkah Najmuddin terhenti.

 Dengan sepantas kilat, dia menarik kain pelekat yang membaluti pinggangnya.

   "Ayuh, kita cari tempat berteduh" Kami berlari-lari anak mencari rimbunan pohon yang redup sambil tangannya mendepang luas kain pelekatnya itu, melindungiku dari terkena hujan.

   Kami tercungap-cungap berlari. Sesampai sahaja di bawah bangsal yang usang, aku melihat Najmuddin terbongkok kepenatan.

   "Orang tua memang penat berlari ya?" ujarku sambil mengekek ketawa.

  "Apa maksud engkau? Aku masih mudalah. " Dia mencuit hidungku. Mata kami kembali bersatu. Bagaikan ada kuasa menarik, badan kami terdorong merapati antara satu sama lain. Aku boleh merasa hembusan lembut nafasnya

 "Mawar, adakah engkau fikir tentang apa yang aku luahkan pagi tadi?" Pandangannya yang manis menusuk ke dalam hatiku. Matanya bersinar, menghiasi gelap meskipun awan mendung berarak di kampung ini.

  "Sejujurnya aku salah menilai perasaanmu, Najmuddin. Maafkan aku. Aku...memang ada hati kepada engkau. Tapi ia tak semudah yang engkau fikirkan. " Aku mendongak, melihat matanya yang penuh dengan harapan. Riak wajahnya tenang, seperti dia tahu setiap butir jawapanku.

 "Mawar, aku tahu salah aku juga mencintai engkau. Tetapi apakan daya, mata hatiku tak pernah salah. Aku baru datang ke sini, jatuh cinta dan bagiku, aku merasakan itu dalam sekelip mata. Bodoh, bukan? Tetapi jika masa yang engkau inginkan, ambillah setahun dunia. Aku tidak kisah. " Najmuddin membalas. Dari lirik matanya, dari suaranya, aku tahu cintanya tulus.

  Aku tahu ada suara harapan yang mengetuk lembut pintu hatinya. Tapi bagaimana harus aku katakan padamu, Najmuddin? Cinta kita tak setaraf darjatnya.

   "Najmuddin, aku boleh ambil hanya sesaat untuk aku ungkapkan perkataan itu. Tapi aku...tidak boleh. " Aku tertunduk. Aku tidak mahu melihat kehampaan bergenang di matanya. Aku sedih. Aku patah. Aku sakit.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now