Bab 13 : Tersesak Ke Rimba

46 4 0
                                    

Aku melihat lelaki yang berpakaian kemas itu. Daripada  pemakaiannya, aku tahu dia orang bandar.

"Ya saya. "

"Saya ada urusan yang hendak dibincangkan. " ujar lelaki itu. Aku melihatnya dari atas ke bawah diselangi dengan anggukkan.

"Marilah duduk di pondok. Anak saya kurang sihat sikit. " Aku mempelawanya untuk duduk di pondok berhadapan dengan rumah. Aku mengigit bibirku. Aku mula memikirkan perihal Mawar. Apa mungkin dia berasa resah melihat kewujudan lelaki itu di sini?

Aku mengeluh. Mawar yang sedar akan kunjungan tetamu datang untuk menghidangkan teh kepadanya. Dia menundukkan wajahnya, selendang dibetulkan.

"Ada apa hal Encik mencari saya?" Aku memulakan perbualan selepas Mawar naik ke atas rumah.

"Beginilah, Encik Najmuddin. Saya tahu encik ada kepakaran dalam bidang penggalian. Pendidikan encik juga terjaga. Saya datang ke sini dengan hajat menawarkan pekerjaan. Syarikat kami kekurangan kaki tangan. " jelasnya panjang. Aku melihat fail koko yang diletakkan di hadapanku.

Aku melihat nama syarikat yang tertera di atas dokumen itu. Prince & Will. Holdings. Cis.

" Tunggu, encik ni daripada syarikat Haji Putera kah? " Aku mengerutkan dahi. Dia tersenyum seraya mengangguk.

Aku melihat Mawar yang membelakangi langsir putih. Sesekali dia menjenguk ke luar jendela.

"Apa pun, terima kasih kerana usaha encik datang menemui saya. Saya akan berbincang dengan isteri saya dahulu. " Aku bangun dari pondok. Dia menghirup secawan teh sebelum meminta izin untuk pulang.

Fail bewarna koko itu ku genggam erat. Mana mungkin Mawar bersetuju. Pendirian aku pun masih teguh. Aku tidak akan bekerja dengan syarikat tersebut. Apa jua syarikat yang menguntungkan lagi orang yang aku benci.

Mawar menyambutku di hadapan pintu. Mukanya resah dan gelisah.

"Kenapa, Najmuddin? " Mawar bertanya tatlala aku masuk ke ruang tamu. Ibu mertuaku dan Dahlia sudah pulang ke rumah untuk mengambil baju-baju mereka.

"Pegawai dari syarikat Walid. Entahlah. Aku malashendak fikir. " Aku letak dokumen di atas meja kopi. Mata Mawar tertancap pada dokumen itu lama. Aku meluru masuk ke kamar, merehatkan diriku. Ilyas yang tertidur di atas katil ku peluk lama.

Adakah cukup nafkahku kepada Mawar dan Ilyas, Dahlia dan Ibu? Aku tidak mahu bekerja dengan British. Pendirianku tidak goyah. Tetapi seolah-olah keperluan kami sekeluarga tidak cukup. Adakah pekerjaanku mencari ikan masih tidak cukup?

Permainan mindaku kiat berligat dalam otak. Fizikal aku lelah. Mindaku letih. Perlahan-lahan aku menutup mata. Penglihatanku menjadi kabur. Apa yang aku nampak hanyalah kegelapan.

●●

*Mawar*

Aku tidak suka bertanya apa yang Najmuddin benci. Tubuhku juga terasa lemah di saat aku melihat suamiku bergelodak dengan api kemarahan. Mataku hanya tertancap pada dokumen itu di atas meja kopi itu. Ya, dokumen yang bakal mengubah kehidupanku. Jika Najmuddin bersetuju.

Fail itu kubuka perlahan-lahan. Aku mengerutkan dahi. Semuanya ditulis dalam bahasa Inggeris. Aku mengeluh. Pendidikan juga tiada bagaimana hendak aku menjadi setaraf dengan Najmuddin? Diriku terasa kecil.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now