Bab 8 : Kehidupan Juga Persis Cuaca

51 3 0
                                    


Namaku Najmuddin. Najmuddin Haji Putera. Suami tercinta untuk Mawar Kasturi, iaitu isteriku yang disayangi.

Hari ini genap sebulan nendaku meninggalkan kami dan nenda tidak mengambil memori - dia hanya mengambil cebisan hati kami.

Mawar Kasturi, gadis kampung yang berjaya menarik hatiku. Buat kali pertama.
Pandanganku dikaburi dengan senyumannya. Apa yang aku tatap, itulah simbolik Mawarku. Sungguh cantik dan mempersona.

Genap sebulan jugalah kami menjadi pasangan suami isteri. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana Dia telah mengurniakan aku sekuntum bunga yang tak pernah layu dalam kehidupanku.

"Najmuddin, makanannya sudah siap. Ayuhlah kita makan. " Mawar tiba di hadapan kamar. Tangannya menyelak langsir yang digunakan sebagai pemisah antara ruang tamu dan ruang kamar.

"Baiklah. Engkau pergilah tunggu di dapur. Nanti aku datang. " sahutku seraya menoleh ke arahnya. Dia tidak terus pergi meninggalkanku malah Mawar masuk ke dalam bilik, melihat apa yang terbuka luas di atas meja kamar.

"Apa ni, Najmuddin? " Dia melihat foto-foto yang aku keluarkan dari sampul surat.

" Rumah kita. " Aku menjawab pertanyaannya. Tanganku melingkar membaluti pinggang si kecil molek itu.

"Engkau suka?" Aku merehatkan daguku ke atas bahunya. Matanya tertancap lama pada foto-foto yang dipenuhi dengan rumah agam bewarna putih.

"Hm, cantik. Sudahlah. Ayuh kita makan. " Mawar melepaskan pelukanku. Aku melihat riak wajahnya - ada sesuatu yang dia tidak suka. Pantas sahaja kakiku mengikutnya turun ke dapur.

Mawar menyenduk nasi lalu diisi pingganku dengan beberapa jenis lauk. Dia diam seribu bahasa. Waktu kami berdua terluang dengan sunyi sepi di meja makan.

"Aku bercadang untuk menetap di bandar. Engkau tahu bukan kehidupan di sana lebih baik? " Aku membuka bicara.

"Baik apanya, Najmuddin? Kita sudah berjanji mahu tinggal di sini. Kenapa engkau tiba -tiba mengubah fikiran? " Mawar melihatku. Matanya merjelung seolah-olah menyambarku dengan api kemarahannya.

"Kenapa, Mawar? Kenapa engkau tidak suka tinggal di bandar? " Aku cuba bertolak-ansur.

"Sudahlah, Najmuddin. Kalau engkau mahu pindah, pindahlah engkau seorang. Aku masih mahu tinggal di sini, di kampunga aku, di rumah nenda. " Mawar lantas bangun dan menuju ke sinki. Diletakkan pingganya dengan hempasan lalu meninggalkanku keseorangan di dapur. Derapan kakinya kendengaran begitu kuat tatkala dia meniti beberapa anak tangga.

Aku terdengar bunyi periuk jatuh di luar rumah. Mengendahkan nasi yang berbaki, aku meluru ke luar.

"Eh, Dahlia. Kenapa menjeluh kepala macam ni? Marilah masuk. " Adik iparku aku pelawa masuk ke dalam rumah.

"Tadi Dahlia sudah panggil akak Mawar dari depan rumah. Ingatkan tiada orang rupanya tengah makan. " ujarnya seraya tersenyum.

"Kak Mawar ada kat atas rumah. Pergilah tengok. Abang nak basuh pinggan jap. " Aku menjuihkan mulutku ke atas rumah. Dahlia mengangguk, berjalan meniti anak tangga sebelum suaranya menghentikanku.

"Abang, err, tadi... Dahlia terdengar perbualan Kak Mawar dan abang... " kata Dahlia. Aku tersenyum kelat, hanya diam membisu tanpa jawapan.

Jerita kegirangan Mawar aku dengar sebelum aku menyusul keluar dari pintu belakang. Bagus juga Dahlia datang bertandang, bolehlah sejukkan hati si Mawar.

"Mawar, aku pergi ke pantai ya! Jangan lupa kunci pintu dapur. Risau jika kambing si Tuah masuk! " jeritku dari bawah rumah. Basikal tua milik Nendaku tuntun hingga ke jalan kampung di hadapan rumah.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now