Bab 39: Matahari yang Menjelma Tidak Berkhabar

31 4 0
                                    

"Besarnya rumah ini." keluh Mak Yam. Sejak dari pagi tadi, Mak Yam hanya mengemas daripada tingkat atas sehingga tingkat bawah. Dia begitu teliti ketika dia membersih. Bukannya tiada orang gaji lain di rumah ini, tetapi mereka membuat kerja ala kadar sahaja. Secara selamba.

"Mak Yam, bilakah Mak Yam mahu berhenti?" tanyaku. Aku menyapu minyak herba ke perut Nur Kasih agar tidak kembung.

"Sepatutnya awal tahun inilah tetapi terlalu banyak perkara berlaku, Mak Yam tidak mahu susahkan Puan Besar." ujar Mak Yam. Aku mengangguk-angguk. Ternyata Mak Yam juga memikirkan keadaan orang lain, selain daripada dirinya.

"Sekarang semuanya sudah kembali seperti biasa. Mak Yam, mahukah Mak Yam tinggal di Melaka?" tanyaku. Terjatuh bulu ayam yang Mak Yam pegang, matanya terbuntang luas.

"Bolehkah, Mawar? Eh, tetapi di manakah Mak Yam mahu tinggal?" tanya Mak Yam. Dia mengambil bulu ayam itu kembali, membersihkan almari kaca itu.

"Dengan ibu. Dahlia sudah berkahwin dengan Talib. Mereka mahu berpindah ke kampung seberang. Kasihanlah ibu tinggal di rumah keseorangan. Mawar dan Najmuddin akan tinggal di rumah arwah Nek Som. Mak Yam kemaskanlah baju-baju dan barang." ujarku. Belum sempat aku menghabiskan ayatku, orang tua itu sudah menghilangkan diri. Kedengaran bunyi tapak kakinya yang berjalan ke sana dan ke sini, aku bangun untuk melihatnya. Alangkah gembiranya aku ketika melihat Mak Yam mengemaskan pakaian-pakaian ke dalam bagasinya yang agak besar itu. Sebuah kotak dibuka luas di atas katil untuknya meletakkan barang-barang peribadi.

Najmuddin turun dengan beberapa buah bungkusan kecil. Dia juga turut berkemas. Selepas melawat Puteri, kami berancang untuk pulang ke Melaka. Semuanya sudah selesai dimasukkan ke dalam kereta. Kali ini, Najmuddin yang memandu keretanya.

"Engkau tahukah di mana rumah Puteri?" tanyaku sambil mendodoi Nur Kasih. Aku membiarkan Mak Yam duduk di hadapan, bersebelahan tempat pemandu.

"Tidak tahu. Aku tidak tahu lansung jalan di sini. Mak Yam boleh tunjuk tunjukkan." jawabnya. Kereta itu perlahan-lahan meninggalkan rumah agam yang berwarna putih itu. Perjalanan kami diisi dengan gelak tawa.

Mak Yam dan jenakanya tidak pernah menghampakanku. Kering gusiku kerana terlalu banyak ketawa. Rumah Puteri tidak jauh daripada rumah bonda dan walid. Hanya beberapa minit, kami akhirnya tiba juga di rumahnya. Rumahnya besar dan dihiasi pokok-pokok bunga raya di sekelilingnya. Warna rumah yang berwarna kuning cair itu menambahkan lagi seri kepada mata-mata yang memandang.

Najmuddin memarkir kereta di bawah pokok yang redup. Kami bertiga jalan ke muka pintu dan aku tidak mampu menerangkan betapa gugupnya aku pada saat ini. Resah, gelisah, dan takut. Najmuddin mengambil Nur Kasih daripadaku setelah lama aku mengendongnya. Lengan-lengannya yang lebih besar dan kuat daripada lenganku dapat mengendong Nur Kasih dengan hanya sebelah lengan sahaja. Kami tiba di muka pintu. Belum sempat memberi salam, pintu terus dibuka daripada dalam. Wanita yang berusia separuh umur tu tersenyum apabila melihat kami.

"Jemputlah masuk, Najmuddin, Mak Yam."ujarnya. Matanya menatapku lama namun senyumannya tidak terpadam.

"Adakah kamu ini, Mawar?" tanyanya. Aku hanya mengangguk dengan senyuman.

"Jemputlah masuk." ujarnya sekali lagi. Bauan yang wangi itu menusuk ke dalam hidung. Kami dibawa untuk duduk di ruang tamu. Ruang tamunya juga mewah. Pelbagai peraot-perabot seperti meja, kerusi dan almari jam itu diperbuat daripada kayu jati. Aku meletakkan Nur Kasih di tepiku. Sofanya juga lembut seperti tilam, membenamkan punggung dan pinggangku yang terasa lenguh ini.

Bonda dan orang tuanya datang ke ruang tamu bersama-sama. Jelas terpancar lingkaran hitam di sekeliling mata bonda. Kami bertiga hanya mendiamkan diri sebelum bapa Puteri memulakan bicara.

"Najmuddin, ayah mahu minta satu permintaan kepada engkau, nak."ujar bapa Puteri, yang lebih gemar dikenali sebagai Encik Salman.

"Mengapa, ayah?" tanya Najmuddin. Dia meraba-raba tangannya pada seluarnya. Aku juga turut cemas.

"Ayah tidak sangka perkara yang terjadi akan menjejaskan hubungan kamu dan Mawar. Walaupun Puteri sah menjadi isteri kedua kamu, namun hubungan kamu dan isteri pertamamu perlu tetap teguh. Teguh seperti sebelumnya. Maafkan pak cik ya, Mawar? " ujar Encik Salman. Dia memandang kepadaku apabila dia meminta maaf. Kami berdua hanya mengangguk. Aku tahu Najmuddin hanya mahu mendengar permintaan Encik Salman.

"Apa yang berlalu biarlah berlalu. Saya tidak memegang seberang perasaan buruk terhadap Puteri." ujarku. Encik Salman tersenyum.

"Najmuddin, ayah berterima kasih kerana sudi datang ke sini, menyelesaikan masalah ini dengan cara yang betul." ujar Encik Salman lagi. Najmuddin melingkar tangannya ke bahuku, dia tersenyum.

"Jika ikutkan hati yang masih sakit ini, saya tidak mahu datang ke sini lagi tetapi Mawar memujuk juga saya untuk kembali ke bandar." jawab Najmuddin. Dengan senangnya dia memeluk bahuku, aku hanya tunduk tersipu malu.

"Beginilah, Najmuddin. Andai perpisahan itu takdirnya, ayah mahu kamu melepaskan Puteri dengan cara yang elok. Dengan cara yang sepatutnya digariskan dalam Islam." ujar Encik Salman. Aku menggigit bibir, resah.

"Bagaimanakah dengan Puteri?" tanyaku. Aku mahu mendengar luahan wanita itu juga. Walaupun perbuatannya salah, tetapi dia masih seorang wanita yang memiliki perasaan dan fikiran yang sama sepertiku.

"Dia tidak mengapa." jawabnya pendek. Matanya beralih kepada Najmuddin dengan cepat. Najmuddin menarik nafas yang panjang. Dia melihat bonda dan ibu puteri sebelum lafaznya menjadi saksi kepada telinga-telinga yang mendengar.

"Puteri binti Haji Salman, aku ceraikan engkau dengan talak satu bersaksikan Encik Salman dan Puan Salma, merangkap ibu bapa engkau sendiri." Lafaz Najmuddin dengan jelas. Aku menutup mata, berguguran air mataku bagai hujan merintik. Begitu juga bonda, Datin Salma dan Mak Yam.

Semua orang tidak boleh menyalahkan Najmuddin atas penceraian ini. Peluang untuk kami hidup bersama dengan Puteri masih ada jika Puteri tidak menodai kasih Najmuddin. Encik Salman tersenyum, dia mengangguk perlahan-lahan.

"Bolehkah kami berjumpa dengan Puteri? Adakah dia di sini atau keluar dengan rakan-rakannya?" tanya Najmuddin. Datin Salma dan Encik Salman berpandangan sesama sendiri. Si ibu hanya mengangguk lemah.

Aku meninggalkan Nur Kasih bersama Mak Yam di ruang tamu. Tangga yang beralaskan jubin putih itu kami naik satu per satu. Encik Salman membawa kami ke satu bilik. Pintunya besar dan berwarna coklat.

"Masuklah. Ayah tunggu di luar."ujar Encik Salman. Aku memegang tangan Najmuddin dalam ketakutan. Puteri mungkin berang melihatku di sini setelah apa yang terjadi. Kakiku menapak ke dalam bilik yang cerah itu, dindingnya berwarna merah jambu. Aku melihat Puteri sedang duduk di atas katil.

"Puteri, aku ke sini ingin melepaskan engkau. Aku berterima kasih atas segala kenangan manis engkau lakarkan dalam hidup aku. Aku minta maaf kerana terpaksa melepaskan engkau pergi. Aku tidak boleh menolak takdir yang tertulis." ujar Najmuddin sambil mendekatkan dirinya ke katil itu. Puteri memandang kami berdua. Dia tersenyum.

"Engkau berdua ini siapa?"

Selaut KasihWhere stories live. Discover now