BAB 20 : Roda Sudah Berputar, Hati Aku.

26 5 0
                                    

    Tidak tertahan sebak ketika aku pergi ke rumah arwah nenda. Sudah lama aku tidak kunjung rumah yang serba usang ini. Perlahan-lahan aku menjekakkan kakiku ke tangga yang sudah berhabuk dan kotor, satu per satu sebelum aku membuka kunci pintu.

 Perabot-perabot di rumah itu masih disusun seperti sebelumnya. Aku menggesek jariku ke meja di ruang tamu, berhabuk. Gambar-gambar yang tersusun elok aku tatap satu per satu. Jika nenda masih ada, dia tak akan biarkan aku runsing dengan ujian dunia seorang diri.

  Aku memeluk gambar nenda lama, mengimbas kembali waktu aku bersama nenda di kampung ini. Semasa aku kecil, semasa aku bersama Mawar. Aku hanya mampu tersenyum bertatahkan memori yang tak dapat aku lupa. Perlahan-lahan aku mengelap apa yang patut, membersihkan semua tempat. Rumah ini tak akan aku jual. Semua memori aku terpahat di setiap dinding di rumah ini.

"Najmuddin!" jerit Mawar dari bawah rumah.

"Ya, ya." Terkocoh-kocoh aku berlari mendapatkan Mawar.

 Sini rupanya engkau. Ibu suruh aku panggilkan engkau untuk makan tengah hari." Ujarnya lagi sambil mendongak ke arahku yang berada di atas rumah.

 "Masuklah dulu, Mawar. Panas ni. Rajin engkau berjalan tengah panas, ya?" sindirku sambil menolongnya untuk naik ke atas rumah. Dia hanya mencebik.

  "Oh ya, tadi bonda telefon. Bonda suruh kita pulang ke bandar. Banyak kerja tertangguh katanya." Sambungnya lagi.

 Aku duduk di hadapan pintu, mengibarkan kopiah ke mukaku dalam kepanasan.

"Malas pula aku mahu pulang ke kampung. Sini sudah cukup tenang." keluhku kasar. Aku melihat Mawar yang seakan teragak-agak untuk memberitahu sesuautu.

 "Kalau bonda suruh engkau berkahwin dengan Puteri, aku benarkan."  Ujar Mawar ringkas.

 Aku melihat matanya yang terkedip-kedip, dia mengigit bibir.

"Sejak bilakah engkau pandai korbankan hidup kita semudah ini? Engkau tak kasihkan aku, Mawar?" tanyaku sambil mengibas bajuku yang agak lusuh dalam kepanasan.

 "Aku masih cintakan engkau, Najmuddin tetapi bonda bersungguh-sungguh mahu satukan engkau dan Puteri. Aku juga yang sakit jika diungkit-ungkit, Najmuddin."
katanya lagi sambil menghela keluhan yang berat.

Dia menuruni anak tangga sambil menyeka air matanya.

"Aku juga ada hati, Najmuddin. Hati aku adalah engkau. Tak akan mungkin aku robekkan hati aku untuk engkau berkasih dengan Amelia tetapi aku tiada apa-apa. Tiada mewah. Tiada pelajaran. Apa keistimewaan aku untuk disbanding? Apa yang aku ada adalah kasih engkau. Aku hidup atas kasih engkau, Najmuddin." Dia berjalan laju dalam kepanasan, meninggalkanku sendirian di rumah nenda.

 Hati aku membara melihat air mata Mawar. Bilakah kali terakhir aku melihatnya menangis kerana derita?

          Aku menghela nafas panjang. Aku tidak boleh biarkan perkara ini berlarutan. Aku segera menyiapkan apa yang patut sebelum rumah nenda kukunci dan pulang ke rumah. Kelihatan Mawar yang sedang menyapu sampah di perkarangan rumah berlari ke pintu dapur melihat ketibaan aku.

         "Mawar, engkau dengar aku. Kita pulang ke bandar dan kita bincang dengan bonda, ya?" ujarku dari belakang sambil memegang bahunya. Kepalanya kukucup lama.

         "Apa yang hendak dibincangkan lagi? Bukankah bonda sudah tekad dengan pendiriannya? Bukankah dulu kita sudah cuba, Najmuddin?" sendu Mawar sambil menundukkan wajahnya. Bahunya terhinjut-hinjut dek tangisannya sendiri. Aku menjamah erat tangannya yang kuat mengenggam kerusi, menahan sedih.

        "Lepaskan apa yang terbuku dalam hati engkau, Mawar. Aku benci melihat engkau menahan." ujarku sambil memeluknya erat. Mawar hanya menangis dalam tangisan, tidak mampu berkata apa.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now