Bab 37: Kasih yang Hilang

28 4 0
                                    

Suasana di luar sungguh meriah. Halaman rumahku dibanjiri dengan orang-orang kampung yang datang untuk turut serta dalam majlis itu. Kanak-kanak berlari keriangan. Orang-orang muda riuh-rendah di tepi rumah, mengacau gulai di dalam kawah dan mengangkat kerusi dan meja untuk tetamu yang baru sahaja hadir.

Aku tersenyum seorang diri melihat Ilyas dan Tuah melayan anak-anak kecil yang mengelingi seekor kambing milik Tuah. Tidak terkecuali juga Ali, budak kecil yang berusia 9 tahun sekarang. Kaki montoknya berjalan ke sana dan ke sini, mengambil cenderahati untuk diberikan kepada tetamu yang sudah ingin pulang ke rumah.

"Ramai pula orang yang datang."ujar Mawar daripada belakangku. Aku merangkul pinggangnya sambil menikmati suasana yang riuh-rendah itu.

"Baguslah. Lebih meriah."balasku. Dia tersenyum. Dari atas rumah, aku dapat melihat pasangan mempelai yang tiada tanding serinya sedang melayan tetamu-tetamu itu. Bagai pinang dibelah dua, mereka kelihatan secocok dengan baju berwarna putih itu. Talib mengenakan baju melayu yang kemas, cukup adatnya berserta songkok baldu, sampan dan keris di pinggangnya manakala Dahlia ayu berbaju songket putih, rambutnya dicucuk dan disanggul manakala lehernya dihiasi dengan seutas dokoh berwarna emas.

"Mawar, perkahwinan kita bagaimana?" tanyaku sambil mencium ubun-ubunnya.

"Nantilah Mawar tunjukkan. Mawar simpan gambar-gambar kita di dalam bilik."balasnya sambil mendukung Nur Kasih. Kami bertiga berdiri berhadapan jendela, menyahut dan melayan tetamu yang ingin juga melihat Nur Kasih, anak perempuanku yang baru lahir.

Dua buah kereta berwarna hitam berkilat itu tiba di perkarangan rumah. Orang-orang kampung yang tidak pernah melihat kereta mewah seperti itu sudah menjauhkan diri. Majlis yang riuh-rendah dengan jeritan, usikan dan tawa sekarang sudah pun menghilang. Aku melihat susuk tubub Talib, menghampiri kereta itu.

"Najmuddin, engkau tidak mahu melihat siapa yang datang? Mungkin itu bonda dan walid."ujar Mawar sambil menepuk-nepuk lenganku. Perasaan curiga bertandang di hati. Aku tiada kereta seperti itu.

Mawar dan aku turun bersama-sama. Kami menuju ke kereta itu, begitu juga Dahlia. Talib mengetuk cermin keretanya beberapa kali.

"Ini majlis engkau, Talib?" tanya seorang lelaki di dalam kereta itu.

"Ya, ayuhlah masuk. Aku kenalkan engkau dengan perempuan dan ipar-iparku." Ujar Talib. Dahlia hanya tersenyum pahit, tidak mengenali lelaki itu. Kami duduk di satu meja yang agak jauh daripada tetamu-tetamu itu. Lelaki itu tampan bergaya. Wajahnya juga seperti seseorang yang tidak kukenali.

"Engkau Najmuddin?" tanyanya. Dia menghulurkan tangan kepadaku untuk bersalaman. Aku hanya menyambutnya tanpa segan-silu. Talib sudah bagai cacing kepanasan. Dia meraup wajahnya, membuka songkok baldu dan meletakkkannya di atas meja. Lelaki itu pula sebaliknya, dia hanya tersenyum dan melihatku.

"Nama aku Yusuf."

---

Engkau tuliskan cerita tentang aku dan dia. Engkau pahatkan memori-memori di tiang-tiang hati, biar ia kekal walau dimamah hari. Namun, engkau lupa tentang cerita aku dan engkau. Satu hati tersakiti kerana satu hati yang meragui, satu jiwa terpecah-belah melihat jiwa yang pergi. Perlahan-lahan aku cuba mencari, menggapai sedikit bingkisan cinta yang ditinggalkan. Namun apa yang tinggal hanya sisa duka. Engkau bawa jauh cintaku, engkau bawa jauh hatiku, engkau bawa jatuh segala tawa, seri dan senyumku. Apa yang tinggal hanyalah kesedihan dan kesakitan yang tidak terluah, yang menunggu masa untuk diri yang kosong ini jatuh, yang mengira detik untuk diri yang sunyi ini rebah.

"Talib, engkau ada apa-apa cerita untuk aku dengarkan?" ujarku selepas Yusuf memperkenalkan dirinya. Yusuf tenang, seperti biasa.

"Apa yang engkau tidak beritahu kepadaku, Talib?" tanya Dahlia. Dia menampar lengan Talib. Talib hanya terhambur ketawa sambil mengaduh kesakitan. Semua orang sudah menunjukkan riak yang tegang, seolah-olah ada asap hitam yang berkepul-kepul di sekeliling kami.

"Baiklah. Yusuf kawan aku. Aku berjumpa dengannya di bandar, ketika aku mencari kerja. Dialah yang menolongku semasa keberadaan aku di sana. Dia juga yang menolongku untuk mendapatkan kerja dan...." Talib berhenti daripada bersuara. Dia melihatku, aku tahu bahasa itu. Aku hanya mengangguk.

"...Yusuf juga bercinta dengan Puteri. Sudah beberapa tahun."ujarnya. Aku tidak terkejut, mahupun terkedu. Aku sudah tahu tentang hubungannya dengan Puteri tetapi aku tidak sangka dunia ini begitu kecil. Mawar menggelengkan kepala. Dia mengusap pehaku lembut, seolah-olah memberikanku semangat. Dahlia sudah terlopong, sekali lagi dia menampar lengan Talib kerana tidak memberitahunya tentang berita itu.

"Aku minta maaf, Najmuddin. Bukan maksud aku hendak menggangu rumah tangga engkau dan Puteri. Dia sendiri yang memberitahu aku bahawa dia akan tinggalkan engkau sebaik sahaja engkau sedar ketika engkau masih terlantar di hospital." sambung Yusuf. Dia mengeluh. Senyuman yang tidak lekang tadi kelihatan kekok.

"Sudahlah, yang berlalu biar berlalu. Bagaimana engkau mendapatkan gambar itu?" tanyaku kepada Talib. Talib tersengih.

"Aku memberitahu Yusuf hal yang sebenarnya, lalu dia yang menyuruhku untuk menangkap gambar ketika Puteri keluar bersamanya." ujar Talib. Masing-masing hanya mengeluh, tidak mampu berkata apa.

"Aku tahu engkau dalam rangkulan Puteri, Najmuddin. Jika aku lunturkan kata-kata di hadapan engkau, engkau tidak akan percaya. Cukuplah gambar sebagai mata engkau yang tersembunyi. Jauhilah Puteri. Dia tidak sebaik yang engkau sangkakan, Najmuddin. Bina hidup baharu dengan Mawar di kampung ini." ujar Yusuf. Dia bangun dan menepuk bahuku sambil tersenyum. Yusuf berjalan menghampiri barisan orang yang beratur panjang untuk mengambil makanan.

Aku menghela nafas lelah. Mukaku yang berpeluh diraup perlahan-lahan. Mawar menggosok belakangku berkali-kali, dia cuba menenangkanku. Sesekali kepalanya terlentok di bahuku, bermanja.

"Sudahlah, kasih. Lupakanlah yang keruh. Buanglah. Tidak perlu engkau ingat lagi." ujar Mawar. Aku memeluk bahunya. Perasaan bersalah berhambur dalam diriku, bagai tiada lubang untuk perasaan itu keluar. Dia terus menghuni dalam diriku.

Aku cuba mengusir perasaan itu. Perasaan itu membuatkanku lemah. Air sirap yang sejuk itu kuteguk dengan rakus.

"Ikut aku pulang ke Kuala Lumpr petang ni, Mawar." Kataku sambil melihat Talib yang sibuk melayani orang-orang kampung itu.

"Mengapa pula? Engkau mahu mengambil barang?" tanyanya penuh prihatin. Dia mencebik.

"Aku mahu kenalkan engkau, isteriku yang satu kepada keluargaku." balasku. Matanya bersinar. Senyumannya lebar. Dia memeluk lenganku erat sambil terjerit riang. Sungguhpun begitu, wajahnya yang berseri tadi kembali mendung.

"Najmuddin, tak bisakah kita mulakan hidup baru bersama Puteri? Engkau mahu membuangnya daripada kehidupan engkau?" tanyanya lagi.

"Untuk kali ke-seribu, aku tahu engkau akan menyerahkanku kepada wanita itu lagi dan aku tidak akan mendengar segala kata-kata engkau kali ini, sayangku Mawar." balasku sambil bangun daripada kerusi, aku mencuit hidungnya dan kembali mendukung Nur Kasih yang sejak tadi terrangkul kemas dalam kendongan ibu mertuaku. Dia tersenyum melihatku. Mukanya merah menahan malu Aku mengeyitkan mata apabila melihat wajahnya yang comel itu.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now