Bab 21 : Campak Bunga Dibalas Campak Duri

27 5 0
                                    

Bunyi riuh-rendah, paluan kompang menjadi tanda rumah agam ini dipenuhi orang-orang luar. Aku melihat dari dalam, ramai daripada mereka memakai baju bewarna merah jambu, tema sekeluarga pada hari ini. Aku hanya tersenyum sendiri terkenangkan masa lalu. Sejak dari pagi tadi, mungkin sedang sibuk bersiap.

Aku berjalan ke dapur untuk menolong Mak Yam serba sedikit.

"Mawar, adakah betul apa yang kau inginkan ini, nak?" tanya Mak Yam sambil mencedok gulai ke dalam mangkuk.

"Mak Yam, mungkin inilah takdir Mawar. Mawar redha, Mak Yam." Balasku. Mata tua itu redup melihatku yang agak pudar serinya pada hari ini. Aku terasa titis demi titis air mata Mak Yam menitis ke atas tanganku. Aku hanya tersenyum. Lirikan mata Mak Yam benar-benar membuatku sangsi walhal aku sudah bertekad. Bunyi loceng memaut kami berdua ke realiti sebelum kami hanyut ditenggelami air mata.

"Nanti semasa akad nikah, engkau duduk diam-diam di dapur. Tidak usah mengintai segala. Ha, tolong Mak Yam tu sediakan makanan untuk tetamu di luar. Sudah banyak yang datang."ujar bonda kasar. Aku hanya mampu menutup mata dan tersenyum sebelum aku mengangguk perlahan.

Aku bingkas menolong apa yang patut di dapur. Pinggan-pinggan kotor di dalam sinki yang tidak tersentuh kubasuh dengan linangan air mata. Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi deruman enjin yang kuat dari luar rumah. Aku berjalan ke tingkap, menyelak langsir untuk melihat suasana di luar. Beberapa kereta mewah yang tak kukenali jenamanya tersusun di luar. Keluarlah seorang permaisuri hari. Cantiknya bukan alang kepalang. Mahu dibandingkan dengan aku, kami umpama langit dan bumi. Kedengaran bunyi sorakan dan jeritan para gadis apabila melihat pengapit-pengapitnya juga turun dari kereta tersebut.

"Cantiknya Puteri..." bisikku perlahan, menganggumi kecantikannya. Aku terasa malu. Mungkin dirinya yang kulihat sebelum ini hanya 1% dari perwatakannya. Puteri betul-betul macam bidadari. Rambutnya diikat sangul rapi,  baju kembang bewarna coklat itu diangkat sebelum dia memasuk ke dalam rumah.

Berdebar jantungku apabila mendengar suara tok kadi dengan alat pembesar suara. Aku menggigit bibir. Mereka menyediakan alat pembesar suara bagi semua tetamu menjadi saksi perkahwinan mereka.

Aku mendengar suara Najmuddin mula melafazkan ijab qabul, memperisterikan Puteri dengan sah. Lututku terasa lemah saat para wali berkata "sah" untuk mengikat hubungan mereka, aku mengenggam erat bajuku. Perlahan-lahan tubuhku jatuh terduduk. Ya Allah, aku mendengar suara suamiku, nada suamiku, butir-butir ayat yang sama ketika dia mengahwiniku. Suara yang sama menggamit cintanya kepadaku setiap hari, suara yang sama mengalun merdu perasaan rindu kepadaku setiap hari. Aku mendengarnya dengan telingaku sendiri. Air mata yang jatuh berjujuran tidak kuhiraukan. Aku tidak mampu bercakap apa-apa, tak mampu melihat semua yang terjadi pada hari ini.

"Mawar..." Aku mendengar namaku disebut berkali-kali. Mataku kabur melihat Mak Yam yang perlahan-lahan mendekatiku dan memelukku erat ke dalam pelukannya.

Ya Allah, setulang rusukku terbenam di dalam tubuh suamiku. Sekecil hati suamiku terikat ketat di dalam jiwaku. Adakah benar setiap lagu hanya berdendang untuk dua jiwa yang merayu? Jikalau betul, bagaimana pula denganku? Mengapa laguku memainkan wayang berkaitan tiga jiwa? Adakah benar lagu itu dinyanyi untuk dua hati yang terhibur, atau ku perlu serahkan segalanya kepada tangisan untuk mengarang lirik-lirik lagu yang sayu? Ya tuhan, ampunilah aku. Pada hari bahagia ini, tidak perlu kurayu. Kau tatapkanlah sabar di setiap pelusuk hatiku, andainya perjalanan hidupku persis ini yang Engkau aturkan, kau redhailah setiap sabarku.

##

" Mawar, bangun nak." Sayup-sayup kedengaran suara Mak Yam. Aku membuka mata perlahan-lahan. Mataku silau apabila lampu bilik menyuluh tepat ke bebola mataku.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now