Bab 29 : Terbang ke Samudera, Aku Masih di Sana

21 4 0
                                    

"Maksu, ayuhlah minum dahulu. Ilyas sudah dahaga ni." rengek Ilyas. Ali hanya terkebil-kebil melihat suasana yang kelihatan lain baginya. Ini juga kali pertama dia melihat suasana di pekan.

"Ayuhlah, kita makan dahulu di kedai sana." Ujar Dahlia sambil mencuit pipi Ilyas. Kami menikmati makan pagi dengan berselera. Masing-masing kelihatan lapar setelah penat berjalan, termasuk Ilyas yang sudah menambah nasi kali kedua. Aku hanya tersenyum melihat anak lelakiku begitu ceria.

"Ilyas, Ilyas rasa Ilyas suka sekolah di kampung atau di bandar?" tanyaku setelah selesai menjamah nasi.

"Di kampung. Di bandar itu, semua kawan-kawan Ilyas sombong tetapi Ilyas ada jugalah kawan di sana. Sekolah di sini amat berbeza dengan di bandar." Ujar Ilyas. Matanya memandang suasana sibuk di pekan. Kereta-kereta memenuhi jalan raya, pelbagai karenah manusia dapat dia fahami di sini.

"Kalau boleh Ilyas mahu sekolah terus di sini." sambungnya lagi. Aku hanya tersenyum. Mana mungkin Puteri mahu tinggal di sini juga?

"Minggu depan kita harus pulang ke bandar, sayang. Kita pulang ke Melaka hanya atas urusan keluarga. Fahamkan?" Aku mengusap kepalanya dengan lembut. Tidak pernah sekali pun Ilyas menyusahkan aku. Aku hanya mampu bersyukur Tuhan telah memberikan aku seorang anak lelaki yang bertanggungjawab.

Mata Ilyas tertumpu pada susuk badan di hadapan kami. Aku menggigit bibir tatkala Ilyas memerhatinya dengan pandangan tajam. Senyumannya terhenti.

"Saya macam kenal muka pakcik." ujar Ilyas sebaris. Dahinya berkerut-kerut, cuba menyelusur kembali ke dalam aliran memorinya. Talib kelihatan gelisah, mukanya pucat.

"Orang kampung ramai, mungkin Ilyas terserempak dengan pakcik." Terketar-ketar bibir Talib menjawab soalannya. Aku memalingkan pandangan.

"Hmm, baiklah." jawab Ilyas sepatah lalu menyambungkan kembali suapannya.

Sudah tentu engkau kenal, anakkku. Dialah lelaki yang memukul engkau dahulu tatkala engkau masih kecil.

Aku mengeluh. Nafasku terasa sekat di dada. Aku tahu Ilyas akan ligat memikir di dalam kepalanya jika dia tidak puas hati tentang jawapan. Dia mungkin akan ingat peristiwa yang berlaku, tetapi adakah dia mampu ingat? Dia masih kecil ketika itu.

"Mahu membeli-belah?" Talib tanya kepada Dahlia. Dahlia hanya mengangguk, sibuk menyuap Ali dengan suapan yang kecil. Ali tersenyum melihat kereta yang laju meluncur di jalan raya. Talib juga turut tersenyum.

"Mawar datang jalan kaki?" tanya dia lagi.

"Ya. Kami 5 orang berjalan kaki tadi ke sini." ujarku sambil mengusap kepala Ilyas.

"Lah, kenapa tidak bagitahu saya semalam? Jika tidak, saya boleh tumpangkan kamu semua. Saya pun sedang bercuti sekarang. Turun ke Melaka, mahu mencari bahan-bahan sejarah untuk dipamer di muzium." jawabnya lagi. Aku hanya tersenyum kelat, tiada jawapan yang sesuai bagi pelawaanya.

Dia masuk ke dalam kedai makan dan kemudian keluar kembali dengan seorang lelaki tua. Dia melihat makanan kami dan lantas mengira jumlahnya di atas bukunya yang lusuh, yang sudah tercampur dengan percikan lauk-pauk.

"Saya bayarkan, ya." ujar Talib. Dahlia hanya menggigit bibir. Dia masih tidak mampu bertentangan mata dengan lelaki itu. Hatinya mahu sahaja menolak permintaan lelaki itu untuk membelanja tapi Talib dahulu lebih pantas mengeluarkan wangnya untuk dibayar.

"Selepas ini, Dahlia mahu pergi ke mana?" tanya Talib. Ibu sudah selesai menghabiskan makanannya, dia pergi membasuh tangan dan berbual-bual sebentar dengan Pak Mat, pemilik warung makan ini. Aku berasa janggal berada di dalam situasi ini. Ilyas tidak berhenti melemparkan pandangannya kea rah Talib.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now