Bab 10 : Rumah Beratapkan Kasih

40 4 0
                                    

Mulus pipinya si gadis ayu,
Matanya laksana sinaran bulan;
Cinta dan kasih untuk yang satu,
Tipuku tidak dustamu jangan.

 "Cantik. " Aku memandang lirik matanya yang mempersona. Senyumannya benar-benar melemahkan aku tetapi aku tahu, rumah tangganya yang mengkhianati cinta aku sekarang.

 "Aku inginkannya. " Desis hatiku.

 "Aku mahukannya. " Bisikku.

" Aku cintakan dia, Mawar Kasturi. " Akui perasaanku.

  Dia diam seribu bahasa sebelum wajahnya yang terpapar umpama wayang hilang daripada mindaku.

  Aku bangun perlahan -lahan. Leher yang terasa basah itu kusapu. Peluh memercik di dahi, meninggalkanku dengan mimpi yang terasa sangat panas.

"Mawar, aku akan dapatkan kau... "

••

 " Najmuddin, engkau boleh tolong? " Mawar datang kepadaku. Aku melihat Mawar yang berusaha gigih untuk menangkap ayam kampung di bawah rumah. Aku yang sedari tadi mengait rambutan untuk dimakan berhenti seketika.

"Tolong tangkap ayam? " Aku ketawa. Bibirnya diketap dengan geram.

"Susah betullah tangkap ayam. Ayam selalu lari. " Terduduk Mawar keletihan di beranda rumah. Dia memeluk tiang mengenang nasib menangkap ayam.

"Itulah Mawar. Tadi aku suruh Ilyas tangkapkan,engkau takut Ilyas tercedera. Ha, tangkaplah ayam tu. " Aku menggeleng kepala sambil tersenyum. Kami berdua segera menoleh kepada Ilyas yang sudah pun berada di bawah rumah.

 Perlahan-lahan kakinya mengambil langkah ke arah ayam hutan yang sibuk mencari ulat di tanah. Mawar terjerit apabila Ilyas membaling bubu ikan dan mengepung ayam hutan itu.

   "Itu anakku. Engkau boleh lahirkan anak yang lain. " Keningku diangkat dengan penuh bangga. Mawar segera mendapatkan Ilyas yang asyik mengusik ayam hutan itu.

   "Ya Allah, bubu ikan bonda!!!" jerit Mawar bergema satu kampung. Aku bingkas bangun dan menyertai Ilyas yang sudah lari ke jalan seberang. Terkekek-kekek kami ketawa apabila Mawar cuba mengejar sambil mengangkat penyapu lidi

" Mengapa tu? " Dahlia berjalan menuju ke arah kami. Bakul kayu rotan itu dijunjung ke atas kepalanya.

 "Bubu ikan bonda rosak. Ilyas tangkap ayam tadi. " Ilyas menjawab sambil naik ke atas bangsal di tepi sungai. Aku menggosok kepalanya. Anakku, Ilyas. Tidak pernah degil. Bercakap bila perlu. Pandai dan sopan.


 "Macam-macamlah kamu anak bapa. Ini, Maksu sudah bawakan pekasam. Kegemaran Ilyas. Nanti suruh ibu masakkan ya? " Bakul rotan itu dihulur kepada Ilyas. Terkedek-kedek dia berlari sambil memegang erat bakul rotan itu untuk dibawa pulang ke rumah.

 "Abang Din. " Dahlia duduk di sebelahku. Aku tersenyum sebagai sahutan.

"Abang Din, cantikkah Dahlia memakai baju ini? " Dahlia bangun dan menghampiriku. Dia memusingkan badannya di hadapanku, menunjukkan baju kurung Pahang yang dibelinya. Aku sudah rasa tidak selesa. Lutut kami bersentuhan tatkala tubuhnya menghampiriku.


  "C-cantik, Dahlia. Seri macam Kak Mawar. " Aku menelan air liur. Air liurku terasa pahit, kerongkong bagai ditusuk hujung pedang. Lirikan mata Dahlia, persis Puteri, gadis bandar yang menginginkan kasih sayang daripada jejaka-jejaka yang bukan mahramnya.

 "Abang Din, ingatkah abang Dib waktu abang Din menziarahi ibu dengan arwah Nenda? Kacak betul abang waktu itu..." Dahlia sudah pun menghenyakkan punggungnya di sisiku. Aku mengesot ke tepi bangsal.

"Dahlia, abang Din mahu pulang. Kasihan Kak Mawar seorang mencabut bulu ayam. Abang Din pulang dahulu. " Aku bangun dan menundukkan wajahku. Dahlia sengaja menyilangkan kakinya yang putih itu.  Pantas aku melarikan pandangan.

Aku beristighfar panjang. Mulutku basah disirami kalimah-kalimah Allah. Daripada sepanjang-panjang zikir sehingga sependek-pendek istighfar kuhadam. Wajah Dahlia itu kucuba padam di dalam ingatan.

  Setibanya aku di rumah, aku disambut dengan bauan yang sangat enak. Bau itu seolah-olah memeluk batang hidungku. Perutku terasa lapar.

   "Najmuddin, puas ya engkau lari? Ini aku sudah masakkan gulai ayam kesukaan engkau. " Mawar menyindirku sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

  "Maaflah, Mawar. Aku bergurau sahaja. Nanti aku bawa engkau pergi ke kedai, belikan bubu ikan yang baru. " Aku bersila di tepinya.

  Memang sudah menjadi kebiasaan kami untuk menikmati makan malam sebelum Maghrib. Kata orang tua, makan sebelum Maghrib tidak akan menggemukkan badan. Semenjak aku Ilyas sudah berbapakan namaku, hendaklah aku menjaga tubuh badanku agar aku boleh menjaga keluargaku.


  Jam menunjukkan pukul 9:45 malam, Ilyas baru sahaja selesai mengaji Al-Quran bersamaku. Mawar di sebelah hanya menghafal zikir-zikir yang patut dihafalnya buat pendinding iman.

 "Ilyas mengantuklah, Walid. " Ilyas menguap sambil menggosok-gosokkan matanya yang hampir terkatup rapat. Aku mengusap kepalanya.

"Mohammad Maain Ilyas bin Najmuddin Haji Putera. Datang kamu dengan kalimah Allah. Pergimu pun Walid mahu dalam keadaan beriman. Jagalah tingkahmu, peliharalah lakumu, tapislah kata-katamu, tundukkan kepalamu kepada orang tuamu, hiduplah seperti burung yang senantiasa berzikir. Terbang tinggi di langit tetapi masih tunduk rendah kepada Allah s. w. t, Tuhanmu yang satu. " Aku mengusap kepalanya saat lutut kami bertemu apabila dia bersila di hadapanku. Dahi sempitnya kukucup perlahan-lahan.

 Seketika kemudian, dia menyalam tanganku dan Mawar. Ilyas segera berlari ke dalam kamarnya. Mawar pula dihadapanku, menyalam dan mengucup tanganku lama.

 "Aku mahu mememinta maaf. Andai aku tertinggi suara, terlukakan hati engkau, berpaling daripada pandangan engkau dan menoleh daripada panggilan engkau, mohon engkau maafkan aku. Sesungguhnya aku banyak kekurangannya untuk menjadi yang sempurna buat engkau. Aku kasihkan engkau, suamiku. " Mawar tunduk dan mengucup tanganku lama. Air matanya perlahan-lahan menitik di atas tanganku.

 Ubun-ubun isteriku, kuusap lembut. Aku merangkulnya ke dalam pelukan. Mukanya terbenam ke bahuku, menangis dalam kesepian.

  "Sesungguhnya aku sentiasa maafkan engkau dari bermulanya minit hari yang baru, dari bermulanya saat malam dan tiap-tiap hari yang mendatang, aku selalu maafkan engkau, isteriku" Aku mencium pipinya.

 Seperti diikat tali, tubuh kami bersatu dalam pelukan. Lama dan rapat. Esakan Mawar terhenti setelah sekian lama. Aku hanya mendengar hembusan nafasnya yang lemah.

Kami berpimpinan ke kamar tidur, merehatkan diri daripada kesibukan hari dan membawa diri nyenyak dibuai mimpi.

Moga hari yang mendatang lebih baik daripada hari yang pergi.


Selaut KasihWhere stories live. Discover now