Bab 40: Selaut Kasih

68 4 0
                                    

Sengaja aku meninggalkan serpihan cinta kita di atas meja yang usang itu. Segala memori yang terpahat di dalam minda, kucoretkan sebanyak yang mungkin di atas ruang yang ada. Sengaja aku meninggalkan buku kecil itu untuk bacaanmu, untuk tatapanmu. Aku tidak mampu untuk menerima kehilangan engkau, aku tidak mampu untuk memberitahu diriku bahawa engkau sudah tiada. Aku tahu cinta engkau semakin menipis, Najmuddin. Aku tahu tiada lagi hati engkau yang merintih merindukanku. Aku hanya mahu engkau mendengar kembali suaraku walau sekali, mengingat kembali memori kita walau sedikit, membaca luahan hati ini walau tidak engkau fahami. Najmuddin Haji Putera, tahukah engkau? Engkaulah penamat kepada kesengsaraan yang kuhadapi. Senyuman engkaulah yang membuat hariku berseri. Tawa dan rajuk engkau, jenaka dan kasih engkau, semuanya bagaikan sebuah kesempurnaan untuk hidupku. Apabila kita berpisah, ingat-ingatkanlah aku yang masih merinduikanmu, masih dahagakan cintamu. Kenang-kenangkanlah aku, isterimu, kasihmu yang dahulu. Moga coretanku menjadi ubat yang bisa mengembalikan cinta kita berdua. Ingatlah, kasih. Setitis air matamu kernaku, selaut kasih kuberikan demi cintaku padamu.

Kasih dan sayangmu,

Mawar Kasturi.

Najmuddin menatap gambar itu lama. Air matanya jauh berderai melintasi pipinya yang agak cengkung itu. Jari-jemarinya bergetar tatkkala dia menyentuh gambar perkahwinan aku dan dia di dalam buku nota kecil itu.

"Engkau sengaja tinggalkan aku buku ini, Mawar?" Dia bertanya sambil memelukku.

"Aku tahu terdorong hati engkau untuk memasuki bilik itu. Aku tinggalkan engkau sebuah hadiah sebagai kenangan." jawabku sambil membelai pipinya. Kepalaku dicium berkali-kali.

"Aku tidak memerlukan lagi buku ini untuk mengingatkan aku tentang memori dahulu." ujar Najmuddin. Dia menutup buku kecil itu dan meletakkanya di atas meja.

"Aku sudah ada empunya kepada kenangan itu untuk memberitahuku setiap kenangan yang kita kecapi." sambungnya lagi. Dia memusingkan tubuhku, menghadapkan kepada dirinya yang lebih tinggi daripadaku. Jarinya bertaut kepada daguku sebelum dia mendaratkan bibirnya di atas dahiku. Dengan izin Allah, aku kembali menjadi isterinya yang sepenuhnya. Kami berpelukan lama sebelum pintu terkuat luas daripada luar.

"Bonda, Ilyas sudah lapar! Sejak dari tadi, Ilyas tunggu bonda dan walid. Adik Kasih pun sudah menangis. Sudahlah bercinta di situ. Ayuhlah makan" ujar Ilyas. Dia mencebikkan bibir lalu meninggalkan kami berdua, tercengang.

Kami berdua berjalan berpimpinan tangan ke dapur. Talib, Dahlia, Mak Yam dan ibu semuanya sudah bermasam muka menunggu ketibaan kami.

"Siapakah yang hendak membaca doa makan hari ini?" tanya Talib.

"Ali mahu baca!" jerit Ali dengan gembira.

Selepas bacaan doa daripada Ali, kami semua menikmati makanan tengah hari dengan gembira. Keluargaku sudah bersatu bagai cebisan terkoyak yang dicantum semula. Aku melihat wajah-wajah yang tersenyum riang itu. Segala kehidupan mereka hanyalah perit dan duka, namun kesabaran mereka yang membuatkan perit dan duka itu menjadi perasaan yang indah dan bahagia. Buat Puteri, aku hanya mendoakan kesihatannya agar cepat sembuh. Setelah tekanan yang melampau, Puteri menjadi tidak waras dan telah disahkan menjadi pesakit mental. Aku dan sekeluarga hanya mampu mendoakan yang terbaik.

Syukur kehadirat Illahi, Dia menemukan keluargaku dengan restu-Nya, dengan rezeki-Nya, dengan kebahagiaan sebagai anugerah yang tidak ternilai.

Moga kehidupanku sentiasa diulit dengan cinta Tuhanku dan Tuhanmu.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now