Bab 6: Hasrat yang Terluah

75 5 0
                                    

*Najmuddin*

 Hari-hariku bersulamkan senyuman. Aku sudah gila barangkali. Ingatkah engkau Mawar sewaktu aku menghadiahi engkau sehelai selendang dan aku pernah mengujar sesuatu. Aku akan pulang ke bandar.

Tapi itu hanya penipuan. Hatiku patah. Mindaku resah. Tidak mungkin aku membuang engkau ke pelosok gaung selepas engkau menolak cintaku. Tidak mungkin aku melupakan kau sepantas itu.

Kesabaran aku membuah. Sejujurnya, Mawar. Aku tidak menyangka perasaan aku sebenarnya terbalas dalam diam. Tidakku mampu mengungkap kata cinta. Tidakku mampu mengungkapkan rasa bahagia yang kian bertali-tali dalam hatiku.

 Jika engkau ikhlas meyakiniku, mencintaiku. Apa lagi mahu engkau tunggu? Aku akan mempersuamikanmu dengan diriku sendiri.

  Fikiranku merawang ke dalam pautan imaginasi. Mindaku melakar senyuman manisnya memakai baju bersulamkan satin putih bersama mawar putih diselitkan ditelinganya.

  "Najmuddin?" Aku merasa pipiku ditampar lembut. Ini pasti sentuhannya. Apakah aku sudah berkahwin? Tidak mungkin aku tidur sekamar dengannya.

 "Najmuddin, bangun. " Dia mengoncang tubuhku seraya memekik ditelingaku. Matakuku buka perlahan-lahan. Senyumanku mati.

  "Ya allah budak ni! Matahari sudah sejengkal kepala masih lagi tidur!" Nenda membebel. Aku meraut wajah dengan keluhan. Mataku terkebil-kebil melihat cahaya mentari menusuk ke bebola mata.

 "Pukul berapa, Nenda?" Aku meramas rambutku.

  "2:30 petang. " Nenda menjawab dari luar kamar.

  Kepalaku terasa berat. Badanku lenguh. Aku kembali meniarap di atas katil. Mataku ku pejam rapat. Akhirnya, aku kembali ke dunia uanh sebenar.

Aku tidak patut memikirkan Mawar, melakar senyumannya yang bisa menimbulkan ghairahku, melakar bentuk tubuhnya yang ramping tatkala dia berjalan

 "Najmuddin!!!" Nenda menjerit namaku.

     "Ya, ya nenda. " Aku berlari sambil mencapai tuala di atas kerusi. Kakiku lemah berjalan ke kamar mandi.

  Usai mandi, aku makan tengah hari bersama Nenda. Tekakku mual. Badanku terasa panas. Aku hanya tersadai di kusyen nenda sepanjang hari.

 "Assalamualaikum, nenda. " Suara manis itu memberi salam. Nenda terlebih dahulu menerpa pintu. Aku tidak ada kudrat untuk bangun dan menyahut salamnya. Derap tapak kakinya kedengaran semakin jelas apabila dia menaiki tangga lalu masuk ke dalam rumah.

  "Selamat Tengah Hari, Najmuddin. " katanya.

 "Selamat." Aku tersenyum pahit. Tekakku terasa bengkak dan perit apabila aku bercakap.

 Najmuddin ni, demam hari ini. Maaflah, Nenda menyusahkan kamu pula, Mawar. " ujar Nenda lalu membawa periuk yang berisi bubur ke dapur.

  "Eh, tidak mengapalah Nek Som. Saya terhutang budi dua kali dengan Najmuddin ni. " sahutnya.

 Mawar meluru ke arah kusyen. Duduk bertentangan denganku. Matanya penuh kasih melihatku. Aku sengaja memicit kepalaku yang tidak sakit, mempamerkan riak wajahku kononnya dalam kesakitan.

   "Masih sakit lagikah kepala engkau, Najmuddin?" soalnya.

   "Tidak sesakit diriku menahan rindu kepadamu. " aku mengusiknya. Mukanya berona merah. Dicapainya kusyen itu sebelum mencampakkan ke mukaku. Aku menangkap kusyen itu lalu meletakkannya di bawah kepalaku sebagai alas. Mawar tersipu malu. Dia melarikan matanya dariku.

  "Engkau pula bagaimana? Sihat-sihat sahaja?" Aku bangun dan duduk dengan betul. Mataku tertanca pada selendang putih pemberianku. Sempat lagi aku memuji diriku, bijaknya aku! Padan sungguh selendang itu dengan Mawar. Akulah pengangum wajah manismu, Mawar.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now