Bab 12 : Dibalik-balik Bagai Memanggang

47 5 0
                                    

*Najmuddin*

Aku tersenyum sendiri. Bakul rotan itu dipenuhi ikan keli. Mawar pasti suka. Setibanya aku di rumah, mataku terbuntang melihat anak lelakiku berkerut-kerut menahan sakit, dia cuba untuk bangun tetapi kesakitannya menghalang.

"Ya allah, Ilyas! Kau kenapa ni???" Berlari aku mendapatkan Ilyas.

"Bonda... Walid... bonda... " Jari kecilnya menunjuk ke dalam rumah. Telingaku panas mendengar Mawar menjerit.

"Celaka kau!!!" Satu tumbukan aku jamukan kepada mukanya. Aku melihat isteriku yang dicanai bajunya. Kainnya hampir terkoyak. Perlahan-lahan dia mengesot ke pintu kamar. Matanya merah menangis. Tubuhnya menggeletar ketakutan.

"Siapa kau, jantan tak guna?!" Aku mencengkam leher bajunya sebelum pipinya ku tumbuk bertalu-talu.

Dia berlari keluar sebelum sempat aku menumbuknya lagi. Kakiku pantas mengekorinya sehingga ke bawah rumah. Hidungku terasa bengkak dihembusi nafas yang panas seperti api. Urat leherku timbul di saat aku melihat Mawar dalam keadaan yang memilukan. Paling teruk, anak lelakiku yang masih kecil diranap teruk tubuhnya.

"Sini sayang, mari Walid angkat. " Aku perlahan-lahan mendukung Ilyas, membawanya masuk ke dalam rumah.

Mawar yang sedari tadi memeluk tiang dalam ketakutan kini kembali merangkul erat Ilyas yang turut menangis. Aku mencengkak pinggang. Debaran di dada kian terasa. Meluap-luap marahku hanya tunggu untuk meletup jika aku berjumpa lagi lelaki celaka ini.

Orang kampung yang kebetulan lalu di hadapan rumahku, kusuruh mereka untuk memanggil ibu mertuaku serta adik Mawar.

Aku duduk di hadapan pintu. Aku tak mampu melihat Mawar yang dalam keadaan sakit dan ketakutan. Aku menyapu buku lima yang terasa berdenyut. Berdenyut dan meminta untuk mendarat di atas lelaki itu lagi. Mawar mengesot tubuhnya ke arahku. Belakangku dipeluk dengan tangisan. Begitu juga Ilyas. Aku toleh ke belakang memeluk dua orang yang paling berharga

" Walid minta maaf." ujarku sambil mengusap kepala anakku.

"Engkau tak salah... Jangan salahkan diri engkau. Aku baik-baik sahaja...Ilyas tolong bonda, bukan?" Mawar juga turut mengusap kepala Ilyas. Dia melihat kepadaku, mencari kekuatan dalam akar mataku dan menyelam jauh ke dalam pangkal hatiku.

Ibu jariku mengusap lembut bahu Mawar. Aku hanya mengangguk dan tersenyum pahit. Tidak kusangka ujian Allah boleh datang tidak mengira masa. Siapakah lelaki tadi sebenarnya?

Mawar merehatkan tubuhnya, bersandar di dinding dengan mukany yang pucat. Ilyas sudah pun tidur beralaskan riba Mawar.

"Assalamualaikum, Najmuddin! " terkocoh-kocoh mak mertua aku meniti tangga rumah.

"Waalaikumusalam, ibu. " Aku menyalam tangan tua itu.

"Ya Allah, anak aku Mawar! " Ibu menghampiri Mawar. Air matanya gugur berjujuran. Berkali-kali dia beristighfar untuk menenangkan dirinya. Dahlia kulihat mendiamkan diri di sebelah Mawar. Lengan Mawar dipeluknya sambil menangis.

"Apa yang sudah terjadi, nak? " Mata ibu sayu melihat anak perempuannya sebegitu rupa.

••

Aku melihat isteriku, Mawar. Mukanya pucat. Tubuhnya lemah menyandar kepadaku. Sesekali tangan sejuknya itu memegang tanganku. Digenggamnya kuat saat dia merasakan aliran darah panas aku berkecamuk dalam api kemarahan.

Mataku tertancap pada anak sulungku, Ilyas. Habis satu badannya luka dan lebam. Mak mertua aku sedang menyapu ubat-ubat di badannya.

Mataku beralih kepada Dahlia yang membengkak matanya. Dia menangis tatkala dia mendengar berita buruk tersebut.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now