Bab 11 : Duri Antara Bunga

37 4 0
                                    

   Aku melihat rumah kayu bewarna hijau itu lama. Sinaran matahari menyerlahkan lagi rumah yang dipenuhi pelbagai jenis tanaman bunga itu.

 "Mawar... Sudah lama aku menantikan saat ini. " Aku mengigit bibir. Derap kakiku semakin laju menghampiri tangga rumah itu.

 "Aku akan pastikan kau jadi milikku... " Mulutku terasa senget tatkala aku tersengih seorang diri.

"Encik? " Suara ayu itu menyapaku dari belakang. Mawarku lihat menjujung bakul rotan yang diisi dengan ubi kayu.

 "Encik mencari suami sayakah? " Bakul itu diletaknya di atas tangga.

 "Eh, tidak. Saya menari awak. " Tanganku menggeletar. Aku mesti menjadikannya milikku.

 "Eh, kita kenal? " Mawar mengerutkan dahinya. Spontan tanganku memegang erat tangannya. Hujung jariku ditekan kasar ke dalam isinya.

"Encik, apa ni! Lepaskan saya! " Mawar mendengus kasar. Badannya meronta-ronta apabila tanganku mula menjalar.

 "Engkau mesti menjadi milik aku, Mawar. Mesti! " Tubuhnya kuheret ke ata tangga. Tempikannya bergema. Aku segera menekup mulutnya. Tiba-tiba kepalaku terasa berpinar. Wajah Mawar di mataku kabur, sayup-sayup kedengaran jeritan seorang anak kecil.

"Jangan sentuh bonda saya! " Aku toleh ke arah jeritan itu. Kelihatan seorang budak memegang penukul padi, matanya mencerlung ke arahku. Aku dapat merasai kemarahannya yang marak bagai api yang hebat.

 "Diam engkau, budak tak guna!" Badannya kutendang sehingga dia jatuh bergolek ke atas tanah. Mawar menjerit, cuba mendapatkan budak itu. Aku dengan pantas memeluk tubuhnya. Lehernya kubau saat selendang putihnya jatuh.

"Ilyas! Ilyas!" Aku menekup mulutnya yang sering menjerit memanggil budak itu. Budak itu masih dalam di atas tanah, matanya dibuka perlahan-lahan. Dia bangun sambil memegang perutnya. Matanya dibasahi air mata.

  Dengan pantas sekali lagi dia cuba menerkam aku dari belakang. Berkali-kali budak itu kutendang sehingga badannya dipenuhi luka. Mawar yang sedari kian lemah melawanku, aku heretnya ke atas rumah.

 Aku mencium bau di tanganku. Manis seperti wanita di hadapanku. Hilaian tawa ku memecah ruang sepi di dalam rumah ini. Mawar akan menjadi milikku. Mawar pasti akan menjadi milikku!

  Tanganku menjalar di mukanya dan sekali lagi, tubuhku didorong ke belakang.

 "Celaka kau! " Satu tumbukan hinggap di pipiku. Terjatuh aku ke tepi rumah. Aku memegang pipi yang terasa menyengat dan berdenyut.

Tak guna, Najmuddin.

Perabot-perabot di rumah jatuh bersepah tatkala tubuhku terdorong ke belakang.

 "Jantan tak guna! " Seorang lelaki sebayaku melihatku dengan pandangan kasar. Matanya merah seperti saga. Aku tersengih dan menyapu darah di bibirku.

 "Bodoh, aku yang sepatutnya mengahwininya. Engkau hanya penghalang.  Datang ke kampung ini hanya untuk mencemarkan Ma-" Tubuhku terasa lemah. Perutku terasa memulas apabila dia menendangku tepat ke situ.

   Aku berlari keluar daripada rumah puaka itu. Terhinjut-hinjut aku lari dengan tubuh yang sakit. Di hujung jalan, aku sempat mengerling ke arah rumahnya.

"Engkau tunggulah, Najmuddin. Hari ini mungkin hari engkau... "

  Aku berjalan pulang ke rumah. Tulang pipiku berdenyut kuat, terasa seperti dihiris. Aku mendegus kasar dan menghempaskan diriku ke atas katil usang itu saat aku tiba di rumah.

  "Bagaimana? " Aku menangkap suara gadis yang amatku kenali.

  "Aku hampir. Si bodoh itu datang mengacau. " Aku mendengus kasar sambil menjamah pemandangan sawah diluar.

Gadis itu ketawa. Selendangnya menutup mulutnya. " Sudah kukata, Talib. ini bukan masa yang sesuai. Engkau yang degil. " Dia menghampiriku. Baunya sama seperti Mawar. Manis dan mencabar.

 Gadis itu memegang kakiku lembut. Perlahan-lahan jari runcingnya berjalan ke atas hingga ke daguku.

"Engkau hanya perlukan bayangan. Bayangkan aku persis Mawar. Bayangkan aku. Dan aku akan membayangkan engkau seperti Najmuddin... " Suaranya merdu dan lembut. Lenggok suaranya menggiurkan.

   Wajahnya kutatap lama. Perlahan-lahan jariku memegang pipinya. Gadis itu kini sudah berada di dalam pelukanku.

"Engkau dan Mawar seperti langit dan bumi, Dahlia. " Aku tersenyum sindir.

  "Dan engkau dengan Najmuddin juga, Talib. "

Selaut KasihWhere stories live. Discover now