BAB 36: Masih Darah Dagingku

27 4 0
                                    

"Aku kerja sebagai pegawai muziumlah. Kerja apa lagi yang aku mampu, Najmuddin?" jawabnya. Dahlia melihat renunganku, kemudian pandangannya beralih kepada Talib. Aku dapat menangkap wajah resahnya.

"Jadi, bagaimanakah engkau mendapat gambar-gambar seperti itu?" tanyaku lagi. Dia meraup wajahnya. Dahlia merenungnya lama.

"Gambar apa, abang Din?" sampuk Dahlia. Kami berdua terdiam. Aku menggarukan kepala.

"Gambar Nur Kasih." Jawabku.

"Oh, Talib dan Dahlia bawa jurugambar datang ke rumah tempoh hari selepas Nur Kasih dilahirkan. Rupanya Talib bawa gambar Nur Kasih ke bandar juga, ya?" terang Dahlia sambil tersenyum. Dia kembali menyuapkan bihun goreng itu kepada Ali. Aku menggarukan alis yang tidak terasa gatal.

"Ibu, saya pergi dan cari Ilyas dahulu, ya?" ujarku sambil keluar melalui pintu belakang. Ibu hanya mengangguk.

"Oh ya, Najmuddin. Alang-alang kamu hendak ke rumah Ahmad, tolong ambilkan kain-kain yang ibu pesan kepadanya semalam. Ibu mahu menjahit baju petang ini." Ujar ibu. Aku hanya mengangguk dan meneruskan perjalananku ke rumah Ahmad.

Rumah Ahmad dan rumah ibu tidak terletak jauh. Cukuplah sebagai pasu-pasu bunga sebagai pemisah antara dua buah rumah itu. Aku memasuki laman rumah yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang di tanam. Cantik, semuanya berwarna-warni. Baunya pula harum. Pandanganku beralih kepada seorang jejaka muda yang menambat lembunya di batang pokok pisang.

Dia tersenyum lebar apabila melihatku.

"Eh, Abang Din!" jeritnya. Aku memegang kepalaku yang tiba-tiba terasa sakit dan perit. Wajahnya seperti kulihat namun ingatanku masih kabur, lama aku cuba memikir tetapi tidak berdaya.

"Engkau siapa?" tanyaku.

"Saya Tuah, anak sedara Pak Cik Ahmad. Abang Din mencari apa di sini?" tanyanya lagi. Suaranya garau. Rambutnya hitam pekat. Keningnya tebal dan kulitnya cerah namun terdapat sedikit kekotoran pada wajahnya.

"Aku mencari Ilyas. Adakah engkau melihatnya di mana-mana?" ujarku sambil melarikan pandangan ke halaman rumah itu.

"Ada di atas rumah, mungkin. Sebentar saya panggilkan dia." balas Tuah sambil berlari-lari anak meniti tangga rumah itu. Aku duduk sebentar di pondok di tepi rumah, sesekali lembu Tuah menghampiriku.

"Tuah..." Aku menyebut namanya berkali-kali. Aku terasa seperti sesuatu hendak merangkak keluar daripada ingatanku. Kesakitan yang tidak terhingga membuatkan aku menderang kesakitan. Mataku terpejam lama, aku cuba menarik nafas dan melepaskannya beberapa kali dengan harapan kesakitan itu semakin pudar tetapi usaha aku hanya sia-sia.

Derapan kaki dari jauh menyedarkanku. Aku cuba untuk berperang dengan kesakitan ini. Anakku, Ilyas, dia hanya berjalan ke arahku. Lirik matanya dilarikan.

"Kenapa?" tanyanya sepatah.

"Teman walid ke pantai." ujarku. Dia hanya mengangguk. Kakinya laju meninggalkanku di belakang. Aku tersenyum.

"Bagaimana sekolah?" tanyaku, membasa-basi. Dia masih lagi memendam rasa marah kepadaku, dia tidak seperti Ilyas yang dahulu. Jika ditanya sepatah, maka sepatahlah dia menjawab. Dengan kudrat yang ada, aku cuba jalan beringingan dengannya. Namun begitu, kepalaku terlalu sakit. Aku cuba menumpukan perhatian kepada pergerakanku.

"Ilyas, mungkinkah besar nanti Nur Kasih akan ikut iras wajah Walid?" tanyaku lagi.

"Mungkin iras wajah bonda." Jawabnya. Dia menyepak batu-batu itu sambil berjalan. Sesekali terdengar dia mengeluh keras. Kami sampai ke pantai hanya dengan beberapa bualan yang boleh kukira. Tengah hari itu panas, matahari seperti sejengkal di atas kepala kami. Aku memilih untuk berteduh di bawah pokok-pokok pantai yang redup itu. Ilyas hanya berdiri dan menghadap pantai. Dia membaling beberapa batu ke dalam pantai tersebut.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now