Bab 7 : Hati Bersilih Ganti

46 6 0
                                    

   Aku melihat Mawar. Hatiku tidak salah memilih. Mawar sememangnya asli dalam tingkahnya, percakapannya. Bukan persis wanita-wanita di bandar. Apa yang mereka tahu hanya bersuka ria dan mengharapkan orang rumah sahaja. Mataku kemudian tertancap kepada orang tuaku yang kerap bertukar senyuman, bersalam-salaman dengan tetamu.

 Mawar tunduk malu apabila mata kami bertembung antara satu sama lain. Hari ini hariku. Hari raja sehari. Hari Najmuddin dan Mawar. Alhamdulillah. Hati kami terikat dengan cara yang sah dan aku tiada halangan untuk mencubit pipi moleknya itu.

Lima bulan kami bersama, aku memutuskan untuk mengahwini Mawar meskipun aku telah melamarnya dahulu. Nendalah orang yang paling gembira apabila Mawar dijodohkan denganku.

 "Tahniah, Din. Aku tidak sangka engkau rupanya peti hati Mawar. " Ahmad datang, menerpaku dari belakang dan menyiku lembut tanganku.

  " Akan aku jaga hatinya persis emas di dalam peti. " Mataku bersinar sambil berkata-kata, masih terletak pada muka manis Mawar yang kerap tersenyum apabila melayan tetamu yang datang.

 Puteri datang ke arahku. Lenggok pinggulnya menggiurkan para pemuda di kampung ini. Aku mendengus kebencian. Mawar sudah merenung ke arahku.

    " Apa yang engkau mahu? " Aku mengerut keningku. Aku terpaksa bertentang mata dengannya. Aku tidak lansung menjemput Puteri ke majlis perkahwinanku tetapi aku sudaj malas bertikam lidah dengan bonda dan walid.

 "Kenapa engkau berkasar sangat denganku? " Puteri memeluk tubuh. Bibirnya menghiris senyuman sinis sambil melihat ke arah Mawar.

"Engkau tidak diundang. Tidak malukah datang ke sini? " Aku meninggalkan Puteri yang tercengang. Mawar mengalihkan pandangannya kepada kanak-kanak yang bermain di sawah selepas mereka menikmati makanan yang disediakan.

  Aku merangkul pinggangnya erat. Dicium leher putihnya sebelum bibirku menjamah pipi comel itu.

   "Orang ramai, Najmuddin. " Dia menolak tanganku lembut. Mukanya berona merah. Makin malu dibuatnya apabila Ahmad dan rakan-rakannya mengusik kami berdua.

 "Mereka pun bermesra seperti ini juga sewaktu mereka berkahwin." Aku mencuit pipinya sebelum berlari ke arah Ahmad. Dia mengigit bibirnya, geram.

  Majlis perkahwinan kami berlansung selama 2 malam berturut-turut. Semalam, aku tidak dapat melihat bakal isteriku, Mawar kerana malam tersebut merupakan malam berinai di pihak perempuan.

  Majlis bersanding diadakan pada siang hari dan pada malam hari, kami mengadakan kenduri.

   Bersyukur ke hadrat Illahi kerana semua orang menyokong pendirianku untuk mengahwini Mawar. Mawar sangat terkejut tapi apakan daya, akulah cinta hatinya. Tak mungkin dia menolakku sebegitu rupa. Dan tida akan aku menolaknya walaupun habis sisa tubuhku dimakan masa.

 Aku tidak merancang untuk mengadakan perkahwinanku di bandar. Kaum kerabat orang tuaku boleh datang ke kampung jika ingin menghadiri majlisku.

  Riuh-rendah dibuat mereka apabila beberapa kereta mewah mereka melalui jalan kampung yang berbecak dan sempit. Ada sesekali mereka mendegus kasar apabila baju-baju mahal yang mereka pakai kotor akibat terkena tanah.

   Aku melihat bonda dan walid berbual-bual dengan keluarganya. Sesekali mereka melihat suasana kampung dengan muka yang menjengkelkan.

 "Najmuddin! N-nenda! " Mawar berlari memanggilku. Kain batiknya diangkat sedikit apabila dia berlari. Matanya hitam dibasahi air mata bercampuran celak arab.

 Aku berlari mendapatkan Nenda di dalam rumah. Muka Nenda berpeluh, pucat lesi. Aku menggenggam tangannya kuat.

   "Nenda! Dengar suara Najmuddin!" Aku megoncang tubuh Nenda. Matanya terbuka perlahan -lahan.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now