Bab 15 : Pinang Dibelah Dua, Jangan Hati.

29 4 0
                                    

*Najmuddin*

  Aku menapak ke dapur. Sinki telah siap dicuci. Ilyas sudah pun bertemu dengan rakan baharunya, tidak sampai seminggu dia sudah mendapat kawan di sini.

    Aku mencari kelibat isteriku. Sejak tadi entah ke mana dia menghilang. Tiba-tiba gegendang telingaku menangkap hilaian tawa dari belakang rumah.

"Di sini rupanya Mawar. " ujarku sambil mendekatinya.

"Kenapa,Najmuddin?" tanya isteriku manja.

 "Tiada apa. Dari tadi aku tidak nampak kelibat engkau, Mawar. Berbual apa dengan Mak Yam?" tanyaku sambil duduk di hadapan Mak yam.

 "Tiada apalah, Tuan Muda. Mawar ni, mahu tanya tentang kehidupan di bandar. " balas Mak Yam sambil mengunyah karipap di dalam mulutnya. Aku tersenyum melihat keakraban mereka berdua. Aku berasa lega kerana kewujudan Mak Yam di dalam rumah ini. Paling tidak, Mawar mempunyai taulan untuk bercerita.

  "Aku mahu membawa engkau dan Ilyas pergi bersiar-siar. Petang sikit nanti kita pergi, ya?" ujarku sambil mengusap rambutnya. Bunyi 'kchingg chingg' dari arah dapur menarik perhatian kami bertiga. Kami menoleh serentak apabila satu suara menyapa kami.

 "Najmuddin, apa yang kamu hendak tunggu lagi?" marah bonda sambil mencengkak pinggangnya.

     "Tunggu hari petang. Najmuddin ingat mahu membawa mereka pergi bersiar-siar. Kenapa, bonda?"

"Ya Tuhan, kamu berjanji dengan bonda mahu pergi ke syarikat dengan walid sekarang. Pergilah bersiap. Puteri sudah tunggu di dalam kereta. " ujar bonda. Entah kenapa hatiku tidak begitu selesa apabila bonda datang. Mungkin kerana hubungan Mawar dan bonda yang tidak begitu erat.

"Puteri pun turut serta? Kereta banyak di luar, bonda. Dengan siapa Mawar mahu ikut nanti?" tanyaku sambil menghela nafas yang panjang.

  "No excuses. Now. " keras bonda berkata. Aku menunduk dengan penuh kesesalan. Ya, kenapa aku pulang ke bandar semula?

 "Engkau pergilah, Najmuddin. Aku boleh berbual-bual dengan Mak Yam di sini. " tangannya menepuk bahuku. Dia menghadiahkan sebaris senyuman.

  "Puteri pun turut ikut. Itu masalahnya. " bisikku perlahan.

   "Lalu?"

"Saya tidak suka. " ujarku. Mak Yam sudah tercekik di situ.

 "Najmuddin, jaga adab ya? " Mawar tersenyum. Senyuman yang penuh makna dan agak menakutkan. Aku mengangkat kedua-dua belah tangan; pasrah.

 "Aku pergi dulu, ya? Assalamualaikum. " ujarku. Mawar menarik tanganku untuk bersalam sebelum dia menjawab salamku, begitu juga Mak Yam.

  Aku keluar ke perkarangan rumah. Ilyas sedang berbual-bual dengan kawannya di bawah pokok yang redup itu.

 "Ilyas, sini! " jeritku memangil Ilyas.

 Ilyas berlari-lari mendapatkanku. Dia memeluk kakiku erat.

 "Walid mahu pergi ke mana?" tanya anak kecil bermata bulat. Kulitnya persis Mawar. Putih, halus dan licin. Namun mukanya persis aku. Kacak.

"Walid mahu pergi kerja. Nanti petang sikit, Ilyas pulang awal ya? Mandi-mandi dan siap. Walid mahu bawa bonda dan Ilyas pergi bersiar-siar. " aku duduk mecangkung berhadapan dengan Ilyas. Dia mengangguk laju. Matanya bersinar-sinar.

   Dia berlari mendapatkan rakannya kembali. Melambai-lambai dia ke arahku apabila keretaku keluar dari perkarangan rumah. Aku meneruskan perjalananku ke pejabat. Sunyi sepi di dalam kereta. Kalaulah Mawar ada. Aku menghela nafas yang berat, bertambah berat apabila ada makhluk yang aku tidak suka di dalam kereta aku.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now