Bab 2 : Mawar Kasturi Kekasih Hati

124 11 0
                                    

Jati gagah menjadi lawan;
Tiada tandingnya akar berduri,
Teringatkan cinta hati tak keruan,
Cinta hatiku, Mawar Kasturi.

●●

Aku tiba di Pelabuhan Melaka, salah satu warisan di Tanah Melayu. Sejarah negeri junjungan abadiku ini telah tersemat dalam semua buku dan jurnal Melayu.

 Di sinilah aku membesar sebelum aku berpindah ke bandar. Ingatan aku masih segar tentang setiap pelosok kampung di sini. Malangnya budaya dan adat di sini amat berbeza berbanding di bandar. Aku sudah lupa kegembiraan bermain pasir di pantai, memanjat pokok dan bermain layang-layang pada waktu petang.

Angin laut menyapu mukaku lembut apabila aku keluar dari kapal. Hidung aku menangkap bau-bauan ikan bercampur air masin. Aku berjalan meniti jambatan sebelum tiba di perkarangan.

"Lain betullah gadis di sini..."

  "Najmuddin?" aku berpaling tatkala terdengar namaku disebut.


 "Eh, tunggu. Engkau Ahmad?" Tak disangka lagi, ini Ahmad! Kawan sepermainanku sewaktu aku kecil.

  "Hai, lahabau!" Dia tersenyum lebar. Bahuku ditampar berkali-kali.

 Tuhan permudahkan segala urusanku. Sudah berapa tahun aku tidak pulang ke kampung ini. Gadis-gadis di sini melihat aku dengan tanda tanya. Mana tidaknya, hanya aku seorang yang memakai kemeja hitam moden ini. Semua jejaka di sini masih berseluar lusuh dan berbaju carik dek membanting tulang di laut.

Satu lagi yang aku tahu, budaya di sini amat berbeza. Sesiapa yang datang ke Melaka akan disambut dengan cacian jika mereka tidak faham tetapi bagi penduduk di bumi sejarah ini, itulah persahabatan.

 " Aku nak jumpa Nenda Kalsom. " kataku sambil berjalan melalui jalan sawah padi. Suasana di sini nyaman sekali. Ibu-ibu yang berumur sedang mencabut padi di sawah manakala lelaki-lelaki muda yang gagah perkasa memikul beberapa guni beras untuk dihantar ke pelabuhan. Kenderaan di sini pun tidak banyak. Yang ada hanyalah basikal dan motorsikal buruk sahaja.

" Oh, mari mari. Aku juga mahu pulang ke rumah. Jalan yang sama. " ujar Ahmad sambil tersenyum. Aku mengekori Ahmad dari belakang, memberi laluan kepada penunggang basikal.

"Berapa lama engkau duduk sini?" Ahmad memulakan perbualan.


 "Tidak lama. Sebulan sahaja."  jawabku.

"Jika boleh, tinggallah lama sedikit. Aku bukan apa, Din. Kasihankan nenda engkau yang sudah uzur tu. " balasnya lagi. Aku mengangguk perlahan.

 Kami dikejutkan dengan pekikan budak kecil yang lari dari arah bertentangan.  Seorang budak berbaju putih dan berseluar pendek berlari melepasi kami tanpa memakai selipar.


"Ya allah, Mawar!" Ahmad menjerit, terkejut.

Aku meluru ke arah gadis yang jatuh terjelopok ke atas tanah apabila budak itu tidak sengaja melanggarnya.

    "Hei, mahu jadi apa engkau ni Tuah! Pergi balik!" Ahmad memulas kasar telinga budak itu. Aku menghulur tanganku, ingin menolong gadis tersebut tetapi dia menolak dengan sopan.

 "Maafkan saya, Tuan. " Dia bangun sambil membetulkan kain batik di kepalanya sebagai alas. Matanya melirik ke arahku dan laju sahaja dia berpaling ke arah lain.


 Dia tertunduk malu dan berjalan laju meninggalkan kami berdua.

 "Ha, itu Mawar Kasturi. Anak Pak Rashid. Sudah, sudah. Engkau pun mahu jadi macam anak muda di sini juga?" Ahmad ketawa dan meluku kepala budak itu sebelum dibiarkannya pergi.

  "Maksud engkau?" Aku menggaru kepala. Tidak faham apa yang diujarkan Ahmad.

 "Mawar tu terkenal sangat di kampung ni! Banyak anak muda di sini menagih hati si Mawar tetapi kesemuanya dia tolak. " ujar Ahmad sambil meneruskan perjalanan. Aku kaku di tempat tadi.

 Mawar Kasturi namanya.

Oh, indahnya nama, indahnya lagi dipadankan dengan tuannya!


Selaut KasihWhere stories live. Discover now