Bab 17 : Bernyanyi Lagu Hidup

31 4 0
                                    

 Sudah jauh dipandang, inikan pula ingin mengenggam. Adakah lagu hidup ini tiada rentak? Atau pita kasetnya yang rosak? Lagu hidupku sentiasa layu; turun dan mendayu-dayu bagai menangisi kehidupanku yang seperti orang luar, yang tiada apa-apa.

*Najmuddin*

 Perlahan-lahan aku menuruti anak tangga, tangan Mawar kugenggam erat. Aku sudah tahu bahawa bonda hendak bercakap sesuatu tentang aku dan Mawar.

 Kami mengambil tempat berhadapan dengan orang tuaku.

  "Ada apa, bonda? " tanyaku perlahan.

 Bonda berdiri, mukanya menghadap ke tingkap yang terbuka luas. Kedengaran langsir putih yang berkibaran rancak mendebarkan lagi getaran di dada.

"Bonda mahu engkau kahwin dengan Puteri. " lantang suara Bonda bercakap. Ayat bonda bagai tusukan halilintar kepadaku. Tidak, Mawar yang lebih parah cederanya berbanding aku. Kami hanya berdiam diri, membiarkan bonda untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Walid hanya mendengus kasar.

  "Bonda malu di hadapan kawan-kawan bonda! Semua menantu kawan bonda pandai dan cantik! Engkau? Engkau apa ada, Mawar? " jerkah bonda sambil memalingkan wajahnya kepada Mawar. Aku menggegam erat tatkala Mawar tunduk ke riba.

    "Bonda, Najmuddin memang tak mahu bertikam lidah tentang hal ni. Najmuddin tahu Najmuddinlah anak tunggal bonda, tapi Mawar isteri Najmuddin. Mana mungkin Najmuddin menduakan Mawar. " ujarku berhati-hati. Bagiku, terlalu banyak perkara tak masuk akal yang bonda lakukan, terutama sekali memberitahu aku tentang Mawar. Aku kenal Mawar bukan sehari dua untuk aku menerima kata bonda bulat-bulat.

  "Najmuddin sudah dewasa. Biarlah dia mengatur rumahtangganya sendiri. " sampuk Walid ala kadar.

     " Bonda tidak kisah. Ceraikan Mawar atau kahwin bersama Puteri " jeritan bonda bergema dalam rumah agam yang serba kosong bagi aku. Aku berdiri, melepaskan kuat pegangan Mawar.

  "Baik. Najmuddin pun ada satu syarat untuk bonda. Najmuddin akan kahwini Puteri kalau Walid turut serta. " balasku dengan cabaran. Membuntang mata walid melihatku.

 "Turut serta apa? " tanya bonda kasar. Amarahnya masih membuak dalam hati, mungkin terkesan selepas aku menyatakan hasrat tersebut.

 "Najmuddin mahu ibu tiri. Biar walid kahwin dengan perempuan lain juga. Di kampung kita, banyak wanita tua cantik-cantik. " ujarku penuh yakin. Walid sudah pun melakar senyuman di bibirnya. Bola matanya berlari-lari membayangi sesuatu.

 "Nosense!" jerkah bonda. Mukanya tak ubah seperti ahli sihir. Selendangnya jatuh ke lantai. Mukaku tersenyum puas. Aku berpeluk tubuh.

" Masuk akal jugakah sedangkan Najmuddin sudah beristeri anak, bonda arahkan Najmuddin kahwin dengan perempuan lain? Kalau beginilah kehidupan Mawar, dikongkong ibu mertua sendiri, Najmuddin menyesal sangat. Menyesal berpindah ke bandar. " kataku lantang. Aku menarik tangan Mawar sebelum beredar dari ruang tamu yang terasa bahang marah bonda.

  Kakiku berdetak detuk di jubin lantai sebelum menghempaskan pintu bilik.

  "Lupakan apa yang bonda cakap. ujarku sambil mencengkak pinggan.

 "Najmuddin... " ujarnya perlahan. Seperti berjumpa malaikat maut, wajahku pucat melihat Mawar jatuh tejelepok ke atas lantai.

 "Ya allah, Mawar!" Aku mengusap rambutnya, membawanya ke dalam pelukanku sebelum dia merentap kasar tangannya.

 "Jadikan aku seperti dia, Najmuddin. Jadikan aku seperti dia! Jika itu membuatkan semua orang senang dengan kewujudan aku, jadikan aku seperti dia! " teriak Mawar bagaikan histeria. Aku sudah membisu, tidak mampu berkata apa.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now