Bab 38: Kasih yang Hilang II

25 4 0
                                    

"Adakah barang semua cukup?" tanya ibu. Dia membelek-belek bungkusan di dalam kereta. Aku ketawa, Najmuddin hanya tersenyum.

"Mawar pulang hanya sebentar. Najmuddin mahu menguruskan kerja yang tertangguh. Esok tengah hari Mawar pulang ke sini lagi."ujarku, memeluk ibu. Ibu mendakapku erat. Aku mengambil Nur Kasih yang sudah nyenyak tidur di atas pangkuan Dahlia.

"Najmuddin, jaga diri ya nak."kata ibu. Dia memeluk Najmuddin, bersulamkan air mata. Selepas majlis perkahwinan Dahlia selesai, kami sekeluarga duduk di laman tamu, meluakan segala cerita yang menjadi rahsia antara Talib dan Najmuddin. Ibu menangisi kehidupan Najmuddin yang caca-merba selepas dia hilang ingatan.

"Kami pergi dulu, ibu. Dahlia, tolong jagakan Ilyas, ya?" ujarku sambil masuk ke dalam kereta. Najmuddin duduk di hadapan bersama pemandu manakala aku duduk di belakang. Perlahan-lahan kereta itu keluar daripada perkarangan rumah.

Aku meraba tapak tangan yang terasa berpeluh. Aku terlalu risau dan gementar. Bagaimanakah aku ingin berhadapan dengan walid dan bonda? Adakah mereka akan menyimpan dendam kepadaku? Bagaimanakah keadaan Puteri sekarang?

Bonda datang ke kampung bulan lepas untuk bertemu dengan Najmuddin. Itulah kali terakhir dia menjejakkan kaki ke kampung ini. Najmuddin juga sudah sebulan tidak pulang ke Kuala Lumpur. Sesekali aku menyuruhnya untuk bertemu dengan Puteri tetapi dia akan pura-pura tidur. Alasannya tidak mahu mendengar aku bercakap perkara-perkara yang aneh.

Puteri masih isterinya yang sah. Dia perlu berjumpa dengan Puteri. Jika tiada cara yang lain, jika perpisahan adalah sebuah pengakhiran, maka dia perlu lakukannya dengan cara yang betul. Oleh itu, kami pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Bungkusan-bungkusan yang dibeli daripada Melaka dibawa ke bandar sebagai cenderahati untuk orang-orang rumah di sana.

Perjalanan kami mengambil masa yang agak lama kerana Nur Kasih sering sahaja menangis kelaparan. Pemandu teksi itu pula hanya tersenyum apabila kami meminta izin untuk berhenti. Kami juga sempat berhenti untuk minum petang. Najmuddinlah yang membayar makanan dan minuman pemandu itu sebagai upah kerana perjalanan yang panjang ini.

Jam menunjukkan pukul 8:30 petang, langit yang cerah birunya di siang hari tadi sudah bertukar lusuh. Kami memasuki halaman rumah agam itu dengan sinaran bulan yang menghiasi langit berwarna biru tua itu.

"Terima kasih, Pak Cik." ujar Najmuddin kepada orang tua itu saat wang bertukar tangan, membayar tambang.

"Assalamualaikum!" laung Najmuddin dari luar. Kedengaran bunyi tapak kaki yang laju, terkocoh-kocoh dia lari untuk membuka pintu.

"Mak Yam!" jeritku gembira. Mak Yam kaget melihat kami di hadapan pintu. Kami berpelukan, berendam di dalam air mata kerinduan. Sudah lama aku tidak melihat Mak Yam, pasti sunyi dia keseorangan di sini. Mak Yam menerpa kea rah Nur Kasih yang dikendong oleh Najmuddin., Dia membiarkan Mak Yam mengendong Nur Kasih pula, wanita itu mengucup pipi bayi itu berkali-kali sehingga dia merengek.

"Bonda dan walid di mana?" tanya Najmuddin. Kepalanya terjengul di dalam rumah agam yang sunyi sepi itu.

"Ada di atas. Mahu Mak Yam panggilkan untuk Tuan Muda?" tanya Mak Yam. Dia mengagah Nur Kasih.

"Tidak perlu, biar saya yang panggilkan. Mak Yam tolong jagakan Nur Kasih sebentar. Saya dan Mawar hendak bercakap dengan orang tua saya." Jawab Najmuddin. Mak Yam kelihatan sangat gembira, senyuman lebar di bibirnya tidak lekang saat dia mengendong Nur Kasih. Bibir tuanya yang rekah itu mencium kepala Nur Kasih berkali-kali.

Aku dan Najmuddin meniti tangga, satu pa satu. Jantungku berdegup kencang. Di tingkat atas, terdapat sebuah halaman lenggang, yang digunakan untuk berehat. Najmuddin berlalu ke kamar mereka manakala aku menunggu di halaman itu. Penantian yang sungguh mendebarkan bagiku, seumpama aku dan Najmuddin baru berkahwin. Seumpama aku pada pertama kalinya melihat rupa orang tua mertaku.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now