Bab 33: Cinta yang Bersayap, Benci yang Tidak Berkaki

23 4 0
                                    

*NAJMUDDIN*

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Aku bersendirian di ruang tamu yang mewah ini. Tengah hariku hanya dihiasi dengan bunyi yang dihasilkan oleh jarum jam apabila dia bergerak memintas saat dan deruan enjin kereta-kereta yang lalu-lalang di hadapan rumahku.

Aku termenung seorang diri. Sengaja mindaku mencari kembali situasi aku menceraikan Mawar. Aku tidak bersalah dalam hal ini. Mawarlah angkara cintaku dan Puteri binasa dan Ilyas pula, hasil persetubuhan aku dan Mawar tanpa kerelaanku. Mawar hampir meracuniku. Dia hanya mahu bersama denganku atas alasan wang dan harta. Tanganku mengepalkan penumbuk, hangat marahku terasa meluap-luap di dalam dada.

"Tuan Muda, ini kopi yang diminta." Mak Yam datang membawa sedulang kopi yang kupesan. Aku hanya mengangguk perlahan. Mataku tertumpu kepada surat kecil yang diberikan oleh Ilyas. Surat itu masih terletak di atas meja bersebelahan dengan pintu.

"Mak Yam, tolong ambilkan kertas itu." suruhku sambil menunjukkan kertas berlipat itu. Kertas itu bertukar tangan. Aku melihat Mak Yam yang kerap kali memerhatikan jari-jemariku.

"Kenapa Mak Yam?" Aku bertanya sambil menatap jari-jariku yang runcing.

"Di mana cincin ... yang Tuan Muda selalu pakai?" tanyanya. Dia mendekatkan dulang ke dadanya. Teragak-agak dia bertanyakan soalan itu.

"Saya simpan. Kenapa dengan cincin itu? Tidak elok, ya?" tanyaku lagi.

"Puan Muda yang hadiahkan cincin itu kepada Tuan Muda semasa di Melaka." ujarnya lagi. Aku tersenyum. Jari manis yang dihiasi cincin perkahwinanku dan Puteri digosok berulang-kali.

"Jadi, Puteri belikan cincin itu untuk saya?" tanyaku. Aku menggelengkan kepala dengan senyuman,

"B-bukan, Tuan Muda. Puan Muda Mawar yang belikan." Tergagap-gagap dia menyebut nama Mawar di hadapanku. Telingaku terasa panas dan berdesing. Entah kenapa timbul perasaan marah dan tidak tenang apabila mendengar nama perempuan itu.

"Sudahlah, Mak Yam! Selepas talak tiga, kami sudah berakhir. Dia tidak akan ganggu lagi hubungan rumah tangga saya dan Puteri. Mak Yam boleh berhenti menyebut namanya sekarang!." Aku tidak sengaja menjerkah wanita tua itu. Dia tersentak. Aku mengepal buku lima, seolah-olah menahan amarah yang hampir sahaja bergelodak keluar daripada dadaku. Kopi yang dihidangkan itu kutinggalkan begitu sahaja. Aku meniti anak tangga dengan laju, mengambil cincin yang tersimpan elok di dalam laci.

"Mawar, Mawar, Mawar! Bagaimana walid dan Mak Yam boleh mengagung-agungkan perempuan kejam itu?" bentakku di dalam hati. Kotak itu kuambil lalu menuju ke bilik yang bertentangan. Ya, bilik aku dan Mawar. Aku mahu membuang segala memori-memoriku bersama Mawar. Aku mahu melupakan Mawar dalam hidupku. Kehadirannya mengancam Puteri.

Semerbak bau kasturi mencucuk hidungku. Pintu itu kubuka terpelahang. Beberapa jejak kuambil sebelum aku tiba di tengah ruang bilik yang kosong itu. Almarinya kosong, katilnya pula kemas. Tiada lansung sebarang kedutan di kain itu. Aku tersengih. Apa yang diceritakan Puteri itu betul, Mawar betul-betul tidak kisah tentang aku.

Apa yang dia mahu hanyalah wang dan harta.

Buktinya?

Tiada satu pun helaian baju yang ditinggalkan, dia pergi membawa segala-galanya. Membawa diri dan egois. Aku perika setiap genap dan sudut di bilik itu. Kosong.

Meja kayu di tepi tingkap itu kuperhatikan lama. Tergerak hatiku untuk memeriksa isi ketiga-tiga laci yang hampir reput dimakan anai-anai. Laci pertama hanya diisi dengan surat-surat milik walid, mungkin surat daripada pejabatnya. Tanganku lincah membuka laci kedua. Mataku tertumpu pada buku nota kecil yang permukaannya bewarna putih kekuningan, bekas basahan air masih terlihat jelas di kulitnya.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now