Bab 27: Hari Tidak Selamanya Panas

28 4 0
                                    

*NAJMUDDIN*

Aku melihat Mawar sudah tersedak, hidungnya merah manakala matanya berair manakala adiknya, Dahlia menampar belakangnya berkali-kali. Aku hanya tersenyum.

"Baiklah kalau bonda berkata begitu." ujarku sambil melihat Puteri yang makan tanpa bersuara. Mataku menjamah pemandangan di hadapanku. Kelihatan Mawar amat sayang akan Ilyas. Tatkala Ilyas bercakap, dia selalu menjawab dan tidak pernah mengabaikannya. Berbeza dengan Puteri, dia memilih untuk berbisu dan hanya melakukan kerjanya sahaja.

Malam ini, aku harus tidur dengan isteri keduaku. Agak tidak masuk akal bagaimana aku boleh berkahwin dua. Apa yang membuatkan aku berkahwin dua? Bagaimana aku berjumpa dengan Mawar dan Puteri, yang lagak mereka saling berbeza bagai langit dan bumi? Pelbagai soalan yang terukir di dalam minda tetapi satu pun tidak ada jawapannya.

Aku melihat Mawar, mungkin dia tahu semuanya tentang diriku. Dia isteri pertamaku dan kini, sudah berbadan dua, sudah mengandungkan anakku yang kedua. Pada pagi ini, aku hanya berehat di rumah. Bonda dan Puteri keluar atas urusan kerja, Ilyas sudah siap sedia untuk ke sekolah.

"Ilyas, walid mahu ikut Ilyas, boleh?" tanyaku sambil melihat anak itu.

"Wah, walid mahu ikut? Boleh! Walid boleh berjumpa dengan guru kelas Ilyas. Semasa walid sakit, tiada penjaga pun mahu pergi ke perjumpaan itu." Ilyas berkata dalam nada yang sedih. Aku cuba untuk sesuaikan diriku dalam keluarga ini. Aku lansung tidak ingat apa-apa. Apa yang aku tahu, aku bangun daripada tidurku. Seperti lemas dalam lautan, aku tenggelam dan cuba untuk merangkak ke permukaan.

Gadis yang berada di hujung pintu itu hanya menangis tatkala aku cuba menggapai tangannya. Aku tidak nampak nampak begitu jelas siapa gerangannya; yang pasti aku agak terkesima apabila dia tidak membantuku.

"Ilyas, Pak Mail sudah tunggu di luar. Mahu bonda ikut sekalikah?" tanya Mawar sambil merapikan rambut Ilyas yang sudah kusut. Ilyas melompat kegirangan apabila aku dan Mawar ingin menghantarnya ke sekolah. Mawar menolak kerusi rodaku ke depan pintu. Aku cuba untuk berjalan dan memimpin sendiri badanku sehingga ke kereta namun kakiku masih lagi tidak berdaya.

"Biar aku tolongkan. Janganlah engkau memaksa, Najmuddin. Makin sakit nanti." ujar Mawar lembut. Dia tersenyum ketika aku cuba menggagahkan diriku untuk bangun juga. Lehernya kupaut kejap manakala tangannya memegang badanku.

Aku terasa bersalah apabila Mawar yang sudah sarat berbadan dua masih hendak menolongku. Tidak pernah lagi aku mendengar dia mengeluh atau merungut. Aku mengusap kepala Ilyas di saat dia membuka pintu kereta dan menolong untuk mengangkat kaki agar masuk di dalam kereta dengan sempurna.

Semasa dalam perjalanan, Pak Mail memberitahuku sedikit sebanyak tentang aktiviti harianku. Pak Mail seorang yang peramah namun dia hanya menjawab apabila bertanya. Ilyas pula sibuk berborak dengan Mawar tentang aktiviti yang dirancangkan di sekolah pada hari ini. Sesampainya kami di hadapan sekolah Ilyas, aku melihat budak-budak sebayanya yang berlari masuk ke dalam sekolah. Ada yang berjalan dipimpin ibu bapa mereka, ada yang menangis dan tidak mahu ke sekolah dan ada yang sudah berdikari untuk datang sendiri ke sekolah.

Tangan kecil itu tiba-tiba mencuit bahuku. Aku menoleh ke belakang.

"Ilyas pergi sekolah dulu, walid." Ujar Ilyas sambil menyalami tanganku. Dia bersalam denganku dan Mawar sebelum melompat keluar dari kereta dan berlari-lari ke arah kawannya.

"Mawar dan Najmuddin mahu ke mana-mana? Pak Mail boleh hantarkan." Ujar Pak Mail.

"Engkau mahu ke mana, Najmuddin?" tanya Mawar. Aku hanya membisu. Pergi ke mana? Tempat di sini pun aku tak tahu. Aku melihat di sekeliling.

Selaut KasihWhere stories live. Discover now