BAB 1 : Cuci Tandas

4.4K 347 24
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°

• ~ •

BAB 1 : Cuci Tandas

Tubuh kurus itu dihempas ke dinding tanpa belas kasihan. Suara erangan kecil kedengaran daripada entiti itu. Kasihan, lemahnya dia pada pandanganku.

Aku mencangkung sedikit agar seiring dengannya yang sudah jatuh terduduk. Mata kasarku berjaya mengesan luka kecil di bahagian tepi bibirnya. Aku menghambur ketawa kecil. Wajahnya jelas memapar kemarahan akibat ilaian tawaku yang kedengaran sinis.

"Tak guna kau," marah entiti itu. Kamal namanya.

Tawaku henti. Pandangan aku tepat padanya yang sudah pucat lesi akibat ketakutan.

"Siapa yang kau gelar tak guna? Kau atau aku?" wajahku bertambah berang. Syafiq dan Iman di belakang hanya mendiamkan diri. Sesekali mereka memerhatikan keadaan sekeliling.

"Kau! Tak malu ke serang aku dengan geng? Kalau kau berani, datanglah serang seorang diri. Pengecut tak guna!"

Herdikan Kamal singgah di deria pendengaranku. Aku membelakangi Kamal buat beberapa saat. Geramku terasa mencecah tahap maksima. Tanpa disedari oleh Kamal, aku terus melancarkan serangan. Tumbukan padu mengenai rahang kanannya.

"Itu untuk kata aku tak guna."

Aku menarik kolar bajunya. Bush! Tumbukan kedua selamat mendarat di rahang kiri jejaka itu.

"Dan itu sebab kata aku pengecut."

Kamal akhirnya pengsan di situ juga. Amarah aku membuak-buak mengawal diri. Tidak puas dengan tumbukan, aku memijak-mijak tubuh Kamal sehingga lebam. Keberanian dia cuba melawan aku akhirnya membawa padah. Jangan, walau sesekali cari fasal dengan Farish Adham.

"Yang dekat sana tu, kamu buat apa?!"

Syafiq dan Iman terus kelam-kabut. "Weh Farish, lari! Akma dah datang!" seru Syafiq. Aku berdecit geram. Kalau boleh aku mahu hancurkan saja muka si Kamal ni biar lunyai.

Akma, kau datang tak kena pada masanya. Disebabkan Iman mendesak aku untuk segera beredar, aku terus bergegas melarikan diri.

******

"Ei bodohlah! Apasal kau gila sangat pergi bagitahu dia? Nanti apa tah yang dia fikir pasal aku."

"Alamek kau.. Macam orang bodoh je dok pendam perasaan tu. Kau fikir dia akan datang depan kau and confess dia suka kat kau balik ke?"

Astaghfirullahalazim.

Mudahnya bibir menghambur kata-kata kesat, sedangkan mahu berzikir terasa berat yang amat. Tanpa dia sedari, dua orang pelajar perempuan yang memperbodohkan diri masing-masing tadinya itu kini tertumpu padanya.

Faiqa tersenyum kekok. Namun, senyumannya itu dibalas dengan,

"Eii gila ke apa minah ni? Dok senyum-senyum sorang-sorang?"

'Oii, aku senyum dekat kaulah,' marahnya di dalam hati. Disebabkan tak mahu terlalu melayan kata hati, dia terus beredar dari situ.

Setibanya dia di sekolah, seorang pengawas perempuan bertudung singkat menyapanya. Muka nampak agak sombong, tapi hei.. Kita perlu husnuzon.

"Assalammualaikum, maaf lambat," ujarnya kerana terlewat seminit.

"Waalaikumsalam. Tak apa, seminit je pun. Memandangkan murid-murid lain dah masuk kelas, better awak cepat-cepat catch up masuk kelas awak," pengawas itu berkata selamba.

Walaupun tiada senyuman yang menghiasi wajah, kata-katanya yang bersahaja membuatkan Faiqa tersenyum. 'Sekurang-kurangnya akak pengawas ni tak adalah sombong tahap kronik.'

Anggukan kecil diberi.

******

Aku merenung tepat pada wajah Akma. Susah nak menerima hakikat aku tertangkap dengan dia. Kalaulah Syafiq tak berdrama tadi, kami tak akan ditangkap guru disiplin di situ juga. Di tengah-tengah pelarianlah, Syafiq jatuh tergolek. Akma nampaknya tersenyum puas kerana aku kini berada di dalam genggamannya.

Kedua-dua belah tangan aku letakkan di atas meja diikuti oleh Iman dan Syafiq. Akma mengangkat rotannya. Jujur aku kata, tiada walau sedikit pun rasa gentar di dalam diri saat aku dirotan di punggung. Dah lali barangkali. Setiap kesalahan yang aku lakukan mendapat hambatan di punggung. Never tired of this.

Lainlah Syafiq dan Iman..

"Adoii cikgu! Saya minta maaf. Saya tak buat dah. Imanlah ni ajak," Syafiq terus meletakkan kesalahan pada Iman.

Terbeliak mata Iman dibuatnya. "Eh kau. Melampau nampak? Semua salah aku. Ini semua salah... Farish!" mereka berdua memandang aku serentak.

Namun, pandangan aku lebih berbisa hingga mereka berdua cepat-cepat mengalihkan pandangan. Akma menghentam meja dengan rotannya. Aku menjeling ke arahnya.

"Kamu jangan nak banyak cakap dekat sini ya. Kamu tahu tak Kamal dah cedera teruk disebabkan kamu?" wajah jejaka awal 30-an itu kelihatan bengis berselang serius.

"Dahtu cikgu nak suruh kami buat apa? Mintak pada tuhan, suruh dia disembuhkan ke?" aku berkata selamba. Aku dapat merasakan darah menyerbu wajah guru bujang itu.

Akma memandangku seakan tak percaya. "Bukan itu yang cikgu maksudkan. Kamu tahu tak membuli ni satu kesalahan yang besar? Kamu tahu tak membuli ni boleh bawa kesan negatif pada seseorang tu? Tak kira fizikal, tak kira mental, dua-duanya boleh jadi parah hanya kerana buli. Kamu tahu tak semua tu?"

Aku hanya mendiamkan diri. Syafiq dan Iman kelihatan menahan diri daripada memukul guru muda itu sewaktu dia membuka sesi kaunseling. Tergelak hebat aku di dalam hati.

"Cikgu, cikgu tahu tak? Memfitnah orang tu kesalahan yang besar di sisi Islam tau." Iman cuba mencelah.

"Maksud kamu?"

"Maksud kami, kami ni tak--"

"Shut up your mouth, Iman. Don't waste your time with talking shit with him. He won't trust you," aku pantas memotong kata-kata Iman.

Akma berdehem. "Saya tak tahu apa yang kamu semua cakap tapi sebagai denda, saya nak kamu semua basuh tandas. Got it?"

"All the toilets?" Syafiq berkata.

"Yes"

"Includes girl's?" kali ini aku pula menyoal.

"Lol, Farish dirty minded," Iman mencelah.

"I'm just asking, Iman."

"Hanya tandas lelaki. Sekarang silakan jalani hukuman kamu. Saya akan hantar beberapa orang pengawas untuk awasi," ujar Akma sebagai penyudah.

Kami bertiga keluar dari situ.

******
TBC

Diedit semula : 3 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now