BAB 24 : Kritikal

2K 207 34
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 24 : Kritikal

Aku merenung kosong ke arah pintu wad kecemasan. Keadaan Syafiq terlalu kritikal sehingga perlu ditempatkan di Intensive Care Unit (ICU). Kata doktor, pergelangan tangannya retak manakala perutnya penuh dengan lebam seperti ditumbuk.

Kekesalan menimpa diri tatkala itu. Disebabkan aku tidak hadir ke sekolah, Syafiq menjadi mangsa kekejaman Ikhwan. Psiko ke apa lelaki tu? Aku menahan air mata dari terus bergelinang di tubir mata.

To : Iman
Syafiq kritikal, dekat ICU.

Aku ketawa kecil. Hilang akal aku dibuatnya dengan perubahan jejaka itu. Pertama sekali, dia sekat aku dekat WhatsApp. Kedua, dia hiraukan mesej aku dekat ruang mesej? Apa dia benar-benar sudah tidak kisah dengan persahabatan ini? Aku kehilangan kata.

Faiqa
Awak dekat mana?

Aku menerima sebuah mesej daripada gadis itu. Sungguh, aku sudah tidak berdaya untuk ke mana-mana. Kaki aku seakan melekat di ruangan hospital, menanti Syafiq yang selalu ceria bangkit kembali.

Tidak puas dengan hanya menghantar mesej, Faiqa kini menelefon aku pula. Dengan malasnya aku mengangkat panggilan tersebut.

"Awak dekat mana sekarang ni? Ada something saya nak bagi tahu," kata Faiqa di talian.

"Hospital," jawabku pendek.

"Huh? Hospital? Hospital mana? Biar saya pergi sana."

"Dekat dengan sekolah." Aku segera mematikan panggilan.

Ya Allah, dugaan apa yang menimpa diri aku? Tak cukup dengan kehilangan kawan, Kau datangkan pula dengan melihat kawan aku sengsara. Mungkin Allah murka pada aku dek sekian lama aku meninggalkan perintahnya.

"Aku berdosa.."

******

Faiqa berlari-lari di dalam hospital Melur Sentosa. Matanya meliar mencari jejaka yang menerbitkan kebimbangan di hatinya. Tiba sahaja dia ruangan ICU, sebuah figura yang amat dikenalinya duduk merenung kosong ke arah pintu.

Faiqa mendekati jejaka itu. Ternyata pandangannya tidak silap. Farish sedang menangis tatkala itu. Buat pertama kali dalam sejarah dia melihat jejaka bengis itu menitiskan air mata.

"Awak.. awak tak apa-apa ke?" soalnya lembut. Tangan kirinya menyentuh bahu jejaka itu.

Aku tersedar dari lamunan apabila seseorang menyentuh bahuku. Mataku yang ditenggelami tangisan melihat ke arahnya.

"S-Syafiq.." belum sempat aku berkata apa, dia terus menarik aku ke dalam dakapannya. Aku agak terperanjat dengan tindakannya namun aku hanya membiarkan dia memeluk aku.

"Everything's gonna be alright." Suara lembutnya cuba menenangkan aku.

*******

Iman membaca mesej. Matanya terbeliak apabila melihat mesej daripada Farish.

Farish
Syafiq kritikal, dekat ICU.

"Ikhwan!" Amarahnya meledak penuh kebencian.

Nombor Ikhwan pantas didail. Tawa ria jejaka itu di talian seolah-olah mahu menambah minyak ke dalam api. Iman mendengus kegeraman.

"Aku kata jangan sentuh kawan aku!" marah Iman hilang sabar.

"Alaa Man.. aku cuma cubit-cubit manja je dengan dia. Takkan tu pun nak marah," kata Ikhwan, sengaja mahu membangkitkan kemarahan Iman.

"Bodoh."

Panggilan dimatikan dengan segera. Sakit hati dibuatnya bercakap dengan lelaki psiko itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia melaporkan segala perbuatan terkutuk Ikhwan. Namun, dia sedar dia tiada bukti untuk menyokong semua perbuatan itu.

Cermin di sebelahnya ditumbuk sehingga pecah berderai. Sakit di tangan tidak mampu menandingi betapa sakitnya hati apabila melihat sahabatnya bertarung nyawa di hospital.

******

2:00 a.m.

Syafiq dikatakan terpaksa menetap di hospital selama beberapa bulan kerana keretakkan di pergelangan tangan mengambil masa yang lama untuk pulih. Akibat tumbukan yang kuat di sekitar perut, tulang rangkanya juga patah.

Aku merenung seketika ke dalam bilik yang diduduki Syafiq. Jejaka itu masih dalam keadaan tidak sedarkan diri walaupun sudah seharian berlalu. Aku mengalihkan pandangan ke arah Faiqa pula.

"Sebenarnya apa yang kau nak cakap dengan aku sampai perlu datang sini?" soalku kehairanan.

Gadis itu cuba untuk mengingati semula tujuan dia ke mari. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Mata bulatnya merenung aku seperti tidak sabar untuk menceritakan perkara yang ingin disampaikan.

"Semalam, masa awak tak datang sekolah, saya ada nampak sekumpulan pelajar lelaki keluar dari tempat lepak awak. Saya jadi takut bila nampak tangan kawan-kawan dia yang lain berdarah, jadi saya cuba untuk bersembunyi."

Mata aku ralit memerhatinya. "Pastu?"

"Pastu, saya rasa dia nampak muka saya time tu. Bila dia nak kejar saya, pak guard sekolah kita datang untuk ronda sekolah, jadi diorang tak jadi nak serang saya." Bersungguh Faiqa bercerita tentang perkara yang dialaminya semalam.

Hati aku meronta-ronta melepaskan kemarahan. 'Tak guna punya Ikhwan,' monologku. Suasana menjadi sunyi sepi buat seketika.

"Awak rasa mungkin ke dia akan serang saya lepas ni?" soal Faiqa, memecah kesunyian.

Aku mengangguk. "Mungkin. Apa-apa pun, jauhkan diri kau dari manusia-manusia tak guna tu. Kau mungkin kena lebih teruk dari apa yang Syafiq kena," nasihat aku kepadanya.

Faiqa hanya mengangguk perlahan.

"Harini kau tak payah pergi sekolah." Arah aku.

"Tapi.."

"Kau nak hidup ke mati?"

"Hmm yelaa." Dengusan kecil terhasil dari gadis itu.

*******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now