BAB 49 : Kebenaran

1.9K 210 20
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 49 : Kebenaran

"Cakap apa yang kamu nak cakap, kemudian jangan pernah tunjuk muka kamu depan abah lagi." Dingin sekali nada Encik Fahmi ketika berbicara dengan puteri bongsunya itu. Malah, matanya juga tidak sudi memandang wajah Faiqa. 

Faiqa tergamam. Hatinya berbunga-bunga tatkala ayahnya itu membenarkan dia menjejakkan kaki ke dalam rumah semasa mereka tiba. Faiqa memandang aku. Aku hanya mengangguk perlahan. Seraya itu, Faiqa turut mengangguk.

Farhan pula kelihatan cemas dengan suasana sunyi sepi itu. Semakin lama dia menunggu, semakin gementar jadinya. Tangannya mula berpeluh. Fazimi yang duduk bersebelahan dengannya hanya menepuk bahu Farhan, sekadar untuk menghilangkan gentar di jiwa jejaka itu.

"Abah, Iqa minta abah dengar dulu penjelasan Farhan tentang segala apa yang jadi dekat hotel tempoh hari. Hari ni, kebenaran akan terbongkar dan Iqa akan bersihkan nama Iqa dan suami Iqa." Jarinya menunding pada diri sendiri dan kemudiannya ke arah aku.

Kali ini Faiqa benar-benar serius. Wajah cerianya seakan-akan dimakan riak bengis si bapa. Sedari tadi, Faiwa hanya memerhati dengan hati yang tidak puas.

"Penjelasan apa lagi perempuan? Dah jelas haritu dia buat pengakuan yang kau dan jantan tu tidur bersama. Apa benda yang kau nak jelaskan lagi?" Marah Faiwa sekaligus melepaskan rasa tidak puas hatinya.

Fazimi mula bengang. "Eh kau diam boleh tak? Orang nak cakap, dia pun sibuk nak cakap. Mulut tu kalau tak diam memang mati eh?" Sinis kata-kata Fazimi mencucuk Faiwa.

Bebola matanya digulingkan tanda menyampah. "Faiwa, kamu pergi bilik umi. Kesian umi sorang-sorang dalam bilik." Encik Fahmi menepuk bahu anaknya itu perlahan. Dengusan kasar kedengaran. Mata Faiwa beralih pada Faiqa. Renungan tajam dihadiahkan.

"Ini semua disebabkan kau. Kalau kau tak buat masalah, umi takkan jatuh sakit. Puas kau tengok keluarga ni porak-peranda? Itu yang kau nak kan?" Faiwa menjeling adiknya itu penuh kebencian sebelum beredar pergi.

Encik Fahmi hanya mendiamkan diri. Kebiasaannya dia akan meleraikan pergaduhan setiap kali kedua-dua anak perempuannya itu bergaduh. Namun, kali ini dia lebih memilih untuk berdiam diri.

"Apa yang kamu nak cakap?" Pandangannya beralih pada Farhan.

Rasa cemas terus menyerbu diri jejaka itu apabila disoal. Dalam keadaan kelam-kabut itu, dia cuba untuk menegakkan kebenaran. "Sebenarnya pakcik, s-sayalah dalang di sebalik semua perkara yang jadi dekat hotel tempoh hari. Saya bersalah dalam hal ni. Mereka berdua tak bersalah!"

Encik Fahmi berkerut dahi secara automatik. "Apa maksud kamu?"

"Saya letak pil khayal dalam minuman anak pakcik sampaikan dia hilang kewarasan diri. Dia pening, jadi saya tawarkan diri untuk hantar dia pulang ke bilik. Saya tak hantar dia ke bilik dia, sebaliknya saya hantar ke bilik dia." Jari Farhan menunding ke arah aku.

Aku hanya mampu menunduk. Sejujurnya aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan tika ini. Buntu, aku buntu sebuntu-buntunya.

Encik Fahmi terkejut. Dia memandang Farhan, Faiqa dan aku silih berganti. Wajahnya jelas mempamer riak tidak percaya. Tangan mula menggigil.

"Betul ke semua ni?"

Dalam sesaat, semua mata memandang ke arah figura yang berdiri di tangga.

******

"Umi minta maaf sebab tuduh kamu macam-macam. Umi minta maaf juga sebab langsung tak percayakan kamu. Umi seorang ibu yang teruk." Tangisan mengalir di pipi lalu menitik mengenai tangan Faiqa yang berada di dalam genggamannya.

Faiqa menggeleng perlahan. Sejujurnya kata-kata yang dilemparkan oleh wanita tua itu ketika dirinya difitnah amat menyakitkan hatinya. Namun, keperitan itu seakan-akan bertebaran tatkala air mata keibuan Puan Zafira menitis.

"Tak, umi bukan ibu yang teruk. Iqa tahu tu. Apa-apa pun, Iqa dah lama maafkan umi. Iqa tak sabar nak jumpa umi, nak peluk umi, nak cium pipi umi. Iqa rindu umi," seraya itu air matanya turut menitis kegembiraan.

"Iqa.."

Perhatiannya beralih ke arah suara garau di belakang. Faiqa menoleh. "Abah.."

"Anak abah, abah minta maaf. Abah minta maaf sangat-sangat.. abah—"

Belum sempat Encik Fahmi berkata apa, Faiqa terlebih dahulu memeluk tubuh tua itu penuh kerinduan. Sesungguhnya dia amat merindui ibu dan ayahnya tika ini. Setelah sekian lama hidup berjauhan, akhirnya mereka bersatu semula.

Fazimi, Faiqa dan kedua-dua orang ibu bapa mereka saling berpelukan kegembiraan. Hanya Faiwa yang masih tidak puas hati dengan keadaan itu. Suasana yang amat dibencinya.

Aku berjalan di sebelah Faiwa. Sengaja aku berlaga bahu dengannya untuk mengundang kemarahannya. "They look happy right? Happy ending ever!" Aku ketawa.

Berderai ketawa aku apabila melihat wajah cemberut Faiwa. Farhan yang tadinya masih duduk di sofa bangkit lalu berjalan menuju pintu rumah.

Encik Fahmi bersetuju untuk melepaskan Farhan kerana mendedahkan kebenaran. Dia juga turut mendedahkan orang dalam yang menyuruh dia untuk membuat kerja-kerja sebegini. Dengan itu, Encik Fahmi akan menyaman Hakim dan Hisham di atas kesalahan dilakukan.

"Hey kau jangan takut tau. Aku ada."

Farhan mengangguk sambil tersenyum lemah. Hilang kegusaran di dalam hati apabila mendengar jejaka itu berkata seperti itu. Aku hanya senyum nipis.

******

"Kami nak berjumpa dengan pesakit ni."

Jururawat di situ memerika data di dalam komputer. Selepas beberapa saat, dia berkerut dahi.

"Kenapa?" soal Hakim.

"Maaf encik, pesakit ni telah daftar keluar petang tadi. Ada lelaki datang ambil pesakit." Kata jururawat itu.

"Farish." Hisham menduga.

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now