BAB 37 : Kerja

1.8K 198 2
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 37 : Kerja

Jam di tepi TV dipandang sekilas. Sesekali aku menguap kebosanan dek cerita yang ditonton langsung tidak mampu menarik minatku. Masuk hari ini sudah dua hari aku digantung dari sekolah.

Sementara menunggu pukul 2 tiba, aku hanya berbaring layu di atas sofa sambil membelek-belek laman sosial yang memaparkan suapan berita terkini.

Kalau mahu difikirkan semula, sudah hampir seminggu Yazid tidak pulang ke rumah. Apabila ditelefon, susah sungguh mahu diangkat. Habis kredit telefon aku semata-mata mahu bertanya keberadaan dia.

Walaupun aku sangsi akan hal itu, namun aku tidak ambil pusing kerana aku pasti Yazid pandai menjaga dirinya tidak kira di mana sekalipun dia berada. Jadi, tidak perlulah aku terlalu risau akan dirinya.

Apabila aku melihat semula jam, lagi beberapa minit masih berbaki sebelum jarum pendek menghala tepat pada angka dua. Aku bangun lalu memulakan langkah ke arah pintu rumah.

Kunci motor di dalam bakul kecil berdekatan suis lampu dapur diambil. Sudah agak lama aku tidak menunggang motor. Minyak pun masih berbaki. Aku turun ke bawah kawasan perumahanku lalu mencari-cari motor milik arwah abang aku.

Walaupun sudah lama digunakan, deruman enjin masih kedengaran lantang seperti motor baharu. Motor ditunggang menuju ke sekolah. Lambat ambil nanti mengamuk pula budak pendek tu.

******

"Faiqa, awak dah janji nak tengok wayang dengan saya. Awak dah lupa ke?"

Faiqa tersentak apabila teringat perjanjiannya bersama Aryan tempoh hari. Dia berjanji untuk tengok wayang bersama Aryan pada minggu itu namun sengaja dia mengelak.

Walau Nana ikut sekalipun, dia tetap rasa tidak selesa. Dia sedar bahawa dirinya sudah berpunya. Jadi tidak manis kalau kelihatan bersama lelaki lain. Katakan Nana ingin ke tandas, bukankah ia akan menampakkan mereka seperti bertemu janji?

Faiqa sedaya upaya mahu mengelakkan kejadian itu daripada berlaku. Dia tidak mahu orang lain salah faham akan hubungan dia dan Aryan lebih-lebih lagi Farish.

"Maaf Aryan. Saya ada kerja lepas ni," ujar Faiqa sengaja memberi alasan. Padahal hari Rabu merupakan hari cutinya.

"Awak kerja?" Aryan terkejut. Dia tidak pernah menyangka gadis itu bakal bekerja sambilan pada usia muda sebegini. Pelbagai persoalan muncul di benak fikiran. Orang susah ke Faiqa ni?

Perlahan Faiqa mengangguk. Tidak mahu keadaan itu berlarutan, Faiqa meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Aryan hampa. Dalam hati dia berharap dapat berbual dengan gadis pujaannya itu buat jangka masa yang lama.

"Macam mana? Dapat tak?" soal Amirah yang muncul entah dari mana.

"Tak. Dia kerja." Jelas terpampang di wajah Aryan bahawa dia hampa apabila permintaannya ditolak. Nasib baik permintaannya tidak ditolak kasar. Kalau tidak tentu berparut sakit di hati.

"Kerja?"

Aryan mengangguk sekali. Amirah tersenyum. Otaknya pantas mencerna keadaan kini. "Kalau macam tu, apa kata kau pun kerja sekali. Bolehlah date dengan crush time kerja tu," Amirah memberi cadangan.

Aryan berkerut dahi. "Mak aku tak bagilah."

"Anak mak. Well kalau kau tak bagi tahu mak kau, mak kau takkan tahu. Harap je ketua pengawas tapi otak sempit." Gadis itu berpeluk tubuh sambil mengangkat kening.

"Tapi dia kerja apa ek?"

"Manalah aku tahu. Kau tanya aku kenapa?" Amirah memicit kepala. Macam manalah si Aryan ini layak ditabalkan sebagai ketua pengawas. Musykil Amirah dibuatnya dek kesempitan cara pemikiran jejaka itu.

"Dahtu kau nak aku suruh buat apa? Stalk dia?"

Amirah mengangkat kening lagi.

"Takkanlah..."

"Wujud ke manusia yang tak stalk crush?"

******

Seperti yang diberitahu, aku menunggu Faiqa di kedai bunga berdekatan sekolah. Katanya tak mahu pelajar lain beranggapan buruk terhadap perhubungan mereka jika ternampak aku mengambil dia pulang.

Dari jauh aku boleh nampak Faiqa melambai-lambai aku. Penampilannya kurang terurus tidak seperti awal-awal dia ke sekolah namun kuasa cinta melenyapkan segala kekurangan itu.

Bagi aku dia masih cantik meskipun muka sudah dipenuhi minyak. Kecantikan semula jadi, itu yang aku suka fasal Faiqa.

"Ohoi.. termenung apa tu?" Faiqa menyapa.

"Ohoi.. termenungkan masa depan."

"Masa depan kita berdua ke?" Faiqa tersenyum seraya mempamerkan muka berharap.

"Haah, masa depan kita berdua. Tapi masa depan tu tunjuk kau jadi mamazola. Kerja asyik nak marah je," kataku, mengusiknya. Faiqa sudah mula cemberut apabila disamakan dengan mamazola.

"Oh ya, awak bawa motor hari ni?"

"Taklah. Kereta. Tak nampak ke ni?" Aku memerli sinis. Sekali lagi gadis itu memuncungkan bibirnya  dengan wajah cemberut. 'Farish tak pernah tak mengusik,' bebel dia di dalam hati.

"Jom balik. Malas nak gaduh dengan awak."

"Haih cepatnya mengaku kalah." Aku berkata dalam nada sedikit terkejut kerana kebiasaannya perempuan susah nak kalah dalam bab perang mulut ni. Asyik lelaki sahaja yang perlu mengaku kalah dek kekurangan idea dalam perbahasan.

"Saya tak nak disebabkan pergaduhan kecil ni, hubungan kita retak."

Aku terkesima. Akhirnya aku menguntum senyum apabila mendengar balasannya. Pipi Faiqa dicubit lembut. "Uwuu dah besar dah budak kecik ni," kata aku sambil ketawa. Mencebik Faiqa dibuatnya apabila aku mencubit pipi dia.

"Dah jom balik. Ke nak lawat Syafiq? Iman ada dekat sana."

"Aik? Laju betul Iman pergi hospital lepas balik sekolah." Faiqa musykil.

"Siapa kata dia pergi sekolah harini? Kalau aku tak pergi, dia pun tak pergilah jawabnya." Aku menjawab penuh bangga. Ini friendship goals.

"Kuat betul ikatan persahabatan korang ni." Faiqa ketawa sejurus mengungkapkan kata itu.

*******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now