BAB 6 : Perkahwinan

2.8K 249 17
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah





°~°

BAB 6 : Perkahwinan

Puan Zafira memalingkan wajah daripada terus melihat puteri bongsunya itu. Linangan air mata semakin lama semakin membasahi dataran pipinya. Kecewanya dia apabila melihat intan payungnya itu sanggup menconteng arang pada wajahnya.

Suasana ketika itu amat kelam. Faiwa menjeling-jeling adiknya itu tatkala cuba menenangkan Puan Zafira sementara Faiqa duduk menunduk ke lantai. Sudah berpuluh kali Faiqa menjelaskan keadaan sebenar kepada Puan Zafira namun wanita tua itu enggan mempercayai kata-katanya.

Tambahan pula, jejaka bersebelahan dengannya itu langsung tidak memberi sebarang tindak balas. Segala tuduhan dan fitnah ini seakan-akan diterima begitu sahaja olehnya. Faiwa akhirnya mengambil tempat di sebelah kiri adiknya itu. Tubuhnya didekatkan bersama Faiqa.

"Puas kau? Puas kau buat umi menangis sebab perbuatan tak senonoh kau ni? I never think I has a shameless sister like you," ujar Faiwa. Seperti biasa, mulut puakanya menyakitkan hati Faiqa.

"Kalau kau tak tahu keadaan, kau diam. Tak perlu memfitnah, menambah dosa je nanti," balas Faiqa pula. Dalam keadaan begini dia tidak mahu dirinya dipijak-pijak oleh Faiwa.

"Memfitnah apanya kalau dah ada bukti? Macam mana kau nak jelaskan semua tu?" soal Faiwa bernada sinis. Dia kemudiannya berpeluk tubuh sambil memerhati dua orang pegawai di hadapan mereka.

******

Aku merenung kosong ke arah sneakers berona biru tua yang disarungku. Organ pendengaranku sempat menangkap bunyi pergaduhan antara tiga orang anak-beranak itu. Bergaduh besar nampaknya mereka bertiga dibuatnya.

Aku mengeluh perlahan.

"Kau ada bukti aku ngan dia buat maksiat?"

"Ada. Saya ada saksi yang mengatakan awak berdua melakukan maksiat."

'Daripada mana datangnya saksi tu? Daripada mana datangnya perempuan ni? Entah-entah perempuan ni pisau cukur.'

Aku kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala statik. 'Aku miskin je. Kenapa pula dia nak kikis duit aku pula? Kalau aku orang kaya aku fahamlah. Hmm, mesti perempuan ni ada agenda dia. Mesti dia cuba perangkap aku dengan semua permainan bodoh ni,' hatiku mula membuat andaian sendiri. Kebanyakkan daripadanya adalah negatif berbanding positif.

"Woi, perempuan!" aku menjerkahnya tanpa amaran.

Terhenjut bahu si gadis apabila terdengar jerkahanku itu. Faiqa menoleh ke arahku tanpa sebarang kata. 'Bakal isteri yang baik. Konon,' bisik hati kecilku.

"Kau memang sengaja nak perangkap aku kan? Apa agenda kau ha?" soalku bengang.

Faiqa terpinga-pinga sendiri. Dia sendiri tidak tahu keadaan sebenar. Belum sempat Faiqa mempertahankan dirinya, Faiwa pantas mencelah.

"Dah buat, pura-pura tak tahu pulak. Pastu nak tuduh-tuduh orang. Tak tahu malu betul. Action je lebih," perli Faiwa tanpa berlapik.

Darahku menyirap apabila terdengar suara gadis bertubuh sedikit gempal itu. Kata-katanya sungguh menusuk kalbu. 'Tak tahu malu?' Aku rasa dia betul-betul mahu mati.

"Ada tanya kau ke si*l?" aku pantas menikam pandangan gadis itu dengan jelingan maut. Setelah gadis itu terdiam, aku pantas berpaling menghadap gadis di hadapanku semula. Sesungguhnya dia tidak layak digelar 'gadis' sedangkan ada nama yang lebih sesuai.

'Perempuan s**dal"

"Awak dengar dulu ya. Saya tak tahu apa-apa pun pasal benda ni. Semalam--" belum sempat Faiqa menghabiskan kata-katanya, aku terlebih dahulu menghentam habis-habisan.

"Kau tak tahu? Jangan buat lawak dengan aku. Kaulah perempuan paling sundal yang pernah aku jumpa. Disebabkan kau aku kena kahwin time umur muda macam ni. Nice!" Wajahku merah menahan amarah. Darah-darah kelihatan seperti menyerbu wajah ketika itu.

Faiqa mengetap giginya.

"Dah tak payah nak gaduh. Esok perkahwinan akan dijalankan walau apa pun yang akan terjadi. Umi balik dulu," sampuk Puan Zafira ketika itu. Faiqa terpinga-pinga melihat tingkah laku ibunya itu. Dalam sekelip mata sifat periang ibu berubah menjadi dingin sedingin iceberg.

"Aku tak nak!" Aku membantah keras.

Wanita tua itu terpaku melihat sikapku. Aku dengan beraninya membahasakan diri sebagai aku dan bukannya saya apabila berbicara dengannya. Wanita tua itu menanti apa yang ingin disampaikanku.

"Aku tak buat apa salah. Anak kau yang tiba-tiba masuk bilik aku malam tu!" ujarku dengan nada yang tinggi.

Puan Zafira mengulum senyuman namun sinis. Mahu tergelak hatinya mendengar penjelasan anak muda itu. "Tak bersalah? Dah ada bukti, masih mahu berdalih? Tak takut Tuhan ke kamu ni? Dahlah, saya malas nak berdebat dengan kamu. Faiwa, jom balik," ujarnya dingin. Langkah diatur ke luar dari kawasan itu.

"Dengar cakap umi. Berubah ya. Masih belum lambat untuk bertaubat," kata Faiwa sambil tersenyum sinis. Faiqa menggenggam penumbuk. Kalau mahu diikutkan kehendak hati, tentu wajah tembam Faiwa lunyai dikerjakannya.

Aku menjelingnya. "Dahtu kau tak nak bertaubat ke? Islam tapi show-off aurat? Dah hilang erti aurat ke dalam kamus hidup kau?"

Faiwa terkedu sendiri. "Kau diamlah," ujarnya sebelum berlalu pergi dari situ. Faiqa yang sedang berdiri jatuh terduduk sebaik sahaja kelibat ibu dan kakaknya itu menghilang dari pandangan.

Aku memerhati buat seketika. Perlahan aku rendahkan keadaan badanku agar seiring dengannya. Aku mendekati wajahnya lalu mengatakan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan Faiqa tergamam apabila mendengarnya.

"Aku akan buat kau menyesal lepas kahwin dengan aku."

******

Pada hari penuh bersejarah itu, aku akhirnya selesai melafazkan akad nikah hanya dalam satu percubaan. Ironinya, aku tidak gagap meskipun ini kali pertama aku melakukannya. Setelah membaca doa, acara membatalkan air wuduk pun bermula.

Faiqa masih menunduk dalam sedu-sedan. 'Haih, sikit-sikit nangis. Meluat aku ngan perempuan ni,' kata hati mula mengutuk gadis di hadapanku.

Aku langsung tidak memandang ke arahnya ketika itu. Para hadirin tidak terlalu ramai kerana majlis ini diadakan tanpa pengetahuan saudara mara mereka. Perkahwinan diadakan di dalam sebuah masjid di Pahang.

"Awak.."

"Ha.." balasku tanpa melihat ke arahnya. Aku mempamerkan ekspresi sedingin-dinginnya.

"Nak salam," pintanya dengan tangan dihulurkan.

Aku tersenyum sinis sebelum berpaling ke arahnya. "Nak salam? Aku tak rela tangan aku kotor disebabkan kau. Jijik," bidasku kejam. Aku bangkit dari posisi duduk sebelum beredar daripada situ tanpa perasaan.

Termangu-mangu Faiqa dibuatnya. 'Ya Allah, dugaan apakah ini?'

******

TBC

Diedit semula pada 24 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now