BAB 8 : Diuji

2.5K 235 14
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 8 : DIUJI

"Umi sayang Iqa sangat-sangat. Jangan lupa tu."

"Baik umi. Iqa takkan lupa tu."

Air mata menitik kerinduan. Selembar bulu matanya kini dibasahi air mata. Sejak minggu lepas, tiada khabar berita daripada kedua-dua orang tuanya itu. Faiqa hampa sendiri. Faiqa termenung sambil memikirkan nasibnya yang akan datang.

"Hello? Miss?"

Lamunannya terhenti tatkala suara garau seorang lelaki berbangsa Cina menegurnya. Faiqa terkebil-kebil melihat lelaki itu. Apabila diperhatikan barang-barang yang memenuhi kaunter itu barulah Faiqa faham. Ada pelanggan rupanya yang mahu membuat pembayaran.

"Maaf ya," ujar Faiqa memohon maaf sebelum tangannya pantas memasukkan barang-barang ke dalam beg plastik selepas diimbas harga.

Lelaki Cina itu hanya mempamerkan ekspresi jengkel. Faiqa pantas menekan-nekan butang-butang di skrin sebelum mendapat jumlah harga barangan tersebut.

"Lima belas ringgit, tiga puluh sen."

Lelaki itu memberi sejumlah wang kepadanya sebelum keluar daripada situ. Terpinga-pinga Faiqa dibuatnya. Wang di tangannya diperhati. Dua puluh ringgit yang diberi lelaki itu terlebih dari jumlah asalnya.

"Ehh encik! Baki ni tak nak ke?" Faiqa menjerit memanggil jejaka Cina itu namun sia-sia. Jejaka itu terlebih dahulu meninggalkan supermarket yang menjadi tempat kerjanya tika ini.

Faiqa bingung.

"Haish! Cepatlah sikit. Buat kerja pun lembab," marah seorang perempuan dalam lingkungan 30-an. Faiqa pantas memohon maaf kepada perempuan itu sebelum memulakan kerjanya.

"Bodoh betul buat kerja," kutuk perempuan itu apabila melihat Faiqa terkial-kial menjalankan tugasnya.

Berdesing telinga Faiqa dibuatnya. 'Haih, sabar Faiqa. Dahlia dah susah payah dapatkan kerja ni untuk kau. Sabar.' Faiqa terus tersenyum walaupun hatinya sakit apabila mendengar kutukan perempuan itu.

Faiqa cukup beruntung Dahlia tinggal di Kuala Lumpur. Kebetulan Dahlia bercuti di Pahang dan mereka bertemu. Selepas beberapa hari mereka pulang ke Kuala Lumpur. 

Terima kasih pada Dahlia, Faiqa akhirnya mempunyai pekerjaan untuk menyara hidup. Ketika ini Faiqa tinggal bersama dengan Dahlia sementara mencari rumah sewa. Sesungguhnya dia tidak mahu menyusahkan Dahlia walau sekecil zarah pun. Dia segan dengan perempuan sebaik Dahlia.

"Sila datang lagi," ucap Faiqa dengan senyuman plastik.

Perempuan itu tersenyum sinis. "Bodoh betul. Siapa je nak datang lagi kalau hadap pekerja lembab cam dia?"

Faiqa menggenggam penumbuk.

******

Seminggu sudah berlalu sejak aku berkahwin dengan seorang perempuan yang langsung aku tidak kenali peribadinya. Perkahwinan ini langsung tidak seindah kisah novel malah setaraf neraka. Yazid pula asyik bertanyakan soalan sama sejak aku pulang dari Pahang.

"Woi, pak jemah. Kau okey tak ni?" soal Yazid dalam kebimbangan.

Aku menggeleng perlahan. Katanya, tabiat aku berubah. Aku sudah tidak banyak bercakap seperti mana aku yang dahulu.

"Lantak kaulah weh. Berbuih mulut aku tanya. Bukan kau nak jawab pun. Ni kau tak pergi sekolah ke hari ni? Rilek je nampak." Yazid duduk bersebelahan denganku setelah putus asa untuk bertanyakan soalan yang sama.

Remote dicapai sebelum jari-jemari mula menari-nari menekan butang remote untuk mengubah saluran yang ditonton. Aku berdecit geram apabila saluran kegemaranku diubah Yazid.

"Aku malas nak pergi," ujarku pula.

"Terserahlah weh. Hidup kau. Nak pergi, pergi. Tak nak, tak naklah," balas Yazid apabila mendengar jawapanku.

Baru sahaja aku mahu masuk ke dalam bilik, tiba-tiba telefon aku berdering kuat. Al-maklumlah, nada dering yang dipasang pada kadar maksima. Yazid mengendahkan deringan itu. Pandangannya lebih asyik ke arah kaca televisyen.

'Syafiq hantar mesej?' hatiku mula curiga.

Bro, lepak jom.

Tanpa banyak soal, aku pun membalas mesejnya.

No hal.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik dan bersiap-siap untuk keluar. Memang sudah menjadi tabiat aku untuk tidak berlengah apabila membuat sesuatu. Aku bukan seorang lelaki yang akan menghabiskan masa hanya untuk memilih pakaian. That's not my style.

Lagipun, nak jumpa kawan je pun. Tak perlu bergaya bak Fatah Amin. Aku yang hanya memakai sweater hitam dan seluar jeans segera menyarungkan kasut sebelum bertolak pergi.

"Woii nak pergi mana?" soal Yazid.

"Jumpa kawan!" jeritku kembali.

Ada masanya aku terfikir. Yazid ni emak aku ke apa? Setiap kali aku keluar dari rumah mesti ditanya destinasi aku. Haih, Yazid oh Yazid.

******

Aku berdiri sendirian di hadapan sebuah kedai serbaneka berdekatan dengan pawagam. Riuhnya suasana ketika itu. Orang ramai bersesak-sesak masuk ke dalam panggung selepas tiket diperiksa oleh beberapa orang pekerja di situ.

Aku mengerling jam. Janji Syafiq tidak pernah tepat. Kata mahu jumpa pada pukul 1 petang. Sampai sekarang aku tak nampak batang hidung. Inilah yang dikatakan janji Melayu.

Memandangkan aku haus, aku masuk ke dalam kedai serbaneka di belakangku. Bunyi loceng kedengaran di pintu menandakan kehadiranku. Mataku membulat apabila ternampak seorang perempuan yang dikenaliku cuba untuk menumbuk seorang wanita yang sarat dengan barang-barangan.

Ketika itu mata kami bertaut. Niatnya terus terbatal apabila melihat kehadiranku.

"Ermm dik,  tepi sikit. Akak nak lalu," ujar perempuan itu apabila melihat aku menghalang laluan keluar.

Aku segera memberi laluan kepada wanita itu tanpa sebarang reaksi wajah. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arah perempuan itu. Logo pada bajunya diperhati. Nampaknya dia pekerja di sini.

"Kau--"

Belum sempat aku berkata apa, seorang lelaki tua keluar dari sebuah bilik berdekatan dengan kaunter pembayaran. Aku agak itu adalah pengurus kedai serbaneka ini.

"Faiqa, ikut saya!" Lelaki itu memberi arahan dengan suara keras.

Faiqa kelihatan buntu. Mahu atau tidak, dia ikutkan jua arahan majikannya itu. Bodohnya dia kerana terlalu ikutkan perasaan tatkala itu. Barangkali Encik Hazlan sudah memerhati segala gerak-gerinya di dalam rakaman CCTV sebentar tadi.

Aku mempedulikannya. "Whatever. Now where is water?"

******

TBC

Diedit semula pada 24 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now