BAB 10 : Imi

2.3K 231 10
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 10 : IMI

Jam menunjukkan pukul lapan malam. Usai mengemas persekitaran dalam kedai itu, Faiqa meminta izin daripada majikannya untuk pulang. Dia mengambil barang-barangannya di loker sebelum bertolak pulang.

Nombor Dahlia pantas didail. "Saya on the way balik ni," katanya di talian.

Dahlia berdehem. "Sebenarnya Faiqa, aku tak ada dekat rumah. Aku jumpa satu rumah sewa untuk kau. Kos murah je tapi--"

Mata Faiqa seakan direnjis air. Mata yang tadinya kuyu, tiba-tiba terbuntang besar apabila mendengar perkataan 'murah' yang diungkap Dahlia. Inilah Faiqa apabila berhadapan dengan situasi mendesak.

"Awak dekat mana?"

"Aku send location."

Faiqa pantas menamatkan panggilan dan segera menyerbu aplikasi WhatsApp untuk melihat lokasi rumah sewa itu. Ianya tidak jauh dari rumah Dahlia dan berdekatan dengan sebuah sekolah.

'Wait ini sekolah aku!' desis hatinya apabila nama Sekolah Menengah Kebangsaan Golden Teen terpampang dalam location yang dikongsi oleh Dahlia. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja Faiqa menolak untuk tinggal di situ. Sudah beberapa hari dia tidak ke sekolah disebabkan ketiadaan pakaian seragam sekolah.

'Satgi aku pakai baju biasa datang sekolah kang, mahu mengamuk cikgu dibuatnya. Lebih baik aku tak datang buat sementara ni,' kata Faiqa di dalam hati. Faiqa tergelak kecil apabila terbayang kejadian dia ke sekolah dengan berpakaian biasa. Tak fasal-fasal orang kata Faiqa sudah di luar tabiat.

"Kalau aku tolak tinggal situ, kat mana aku nak tinggal lagi? Takkan aku asyik nak susahkan Dahlia," gumamku sambil merenung lokasi rumah sewa tersebut.

Tambahan pula, Dahlia sudah bersuami. Tak akanlah aku mahu menganggu mereka pula. Tidak dinafikan aku agak cemburu dengan hubungan mesra antara mereka sebagai seorang yang sudah berkahwin. Tak fasal-fasal jadi third wheels dalam rumah tu.

Faiqa teringat kejadian petang tadi. Kejadian di mana niatnya mahu menumbuk wanita itu terbatal apabila melihat seorang lelaki masuk ke dalam kedai. Lebih teruk lelaki itu adalah lelaki yang memegang takhta 'suami' dalam hidupnya.

"Mesti dia ingat aku ni kak long. Main tumbuk-tumbuk. Ya Allah, malunya aku!"

Tanpa membuang masa Faiqa mengejar bas untuk ke lokasi rumah sewa itu. Segala kejadian petang tadi cuba dilenyapkan sepanjang perjalanan.

*******

Faiwa menonton televisyen di ruang tamu. Rancangan 'Running Man' yang popular di seantero negara itu menjadi kegemarannya sejak dia remaja lagi. Tiba-tiba satu ketukan yang perlahan menerpa pintu utama.

"Umi ada orang ketuk pintu!" Faiwa menjerit dari ruang tamu.

Puan Zafira menggeleng kepala. Pemalas sungguh anak daranya itu. Mahu buka pintu pun nama dia yang dipanggil. "Dahtu, nak suruh umi buat apa? Kamu dah tak ada tangan nak buka ke?"

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now