BAB 20 : The Truth

2K 204 10
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 20 : The Truth

"Hai, nama aku Syafiq. Aku sekelas dengan Farish." Syafiq memperkenalkan diri lalu tangannya dihulur untuk berjabat tangan.

Faiqa tidak menyambut huluran itu. Aku pantas menepuk tangan Syafiq sehingga membuatkan jejaka itu menarik semula tangan yang dihulur. Faiqa mengukir senyuman kelat.

"Hai, nama saya Faiqa."

"Kalau tak silap aku, kau ni lah yang bergaduh dengan Farish depan tandas hari tu kan?" Syafiq menyoal dengan tangan mengusap dagu.

Mata aku terbeliak. 'Depan tandas?'

Faiqa tidak tentu arah. Sesekali dia memandang ke arah aku. Peristiwa pergaduhan kami di hadapan tandas lelaki beberapa minggu lalu kembali berlayar di minda.

"Jadi kaulah perempuan gila tu!" Aku berkata. Jari aku dituju ke arahnya.

Faiqa tersenyum kekok. Dia hanya mampu mengangguk perlahan. Syafiq tergelak kecil melihat kami berdua.

"Tak sangka kau kahwin dengan perempuan ni Farish. Itulah, bergaduh lagi. Kan dah jatuh suka," seloroh Syafiq pula.

Aku ketawa sinis. "Suka? Siapa suka dia. Disebabkan dia, aku kena kahwin dengan dia. Bodoh."

Syafiq terpinga-pinga. Dia menatap wajah Faiqa yang kian merah menahan marah. Air mata mula bergenang.

"Berapa kali saya kena jelaskan semuanya pada awak? Saya tak buat, saya tak tahu macam mana saya boleh ada dalam bilik awak. Bukan saya yang perangkap awak. Kenapa awak tak boleh percaya semua tu!" Faiqa benar-benar kecewa dengan sikap jejaka dingin itu.

Atmosfera berubah sekelip mata. Syafiq hanya diam. Kalaulah mulut dia tak celupar sangat melepas kata, mesti mereka tidak akan bergaduh sebegini.

"Itulah alasan yang selalu perempuan 'murahan' macam kau selalu kata. I'm so sick of it." Aku melempar pandangan ke arah tingkap. Tiba-tiba hatiku panas apabila teringat kejadian di hotel.

"Err korang. Janganlah macam ni." Kata Syafiq, cuba menyelamatkan keadaan.

Faiqa pantas berdiri. "Ceraikan saya kalau awak rasa saya ni hanyalah perempuan murahan dan bukannya isteri awak. Saya tak tahan asyik dipersalahkan. Assalammualaikum," kata Faiqa sebelum beredar pergi dari situ.

Aku terdiam. Syafiq menepuk bahu aku lembut. "Kenapa kau cakap macam tu dekat dia weh. Walau apa pun yang jadi time kau bercuti hari tu, aku tak rasa dia perempuan murahan macam yang kau cakap. Kau kata kau tak nak jadi macam ayah kau. Kau takkan sakitkan hati isteri kau," ujar Syafiq sekadar mahu menjelaskan keadaan.

Aku menoleh ke arah Syafiq. Mataku merah menahan tangis. "Aku jauh lebih baik dari jantan tak guna tu! Kau tak berhak nak samakan aku dengan dia."

Syafiq mengeluh hampa.

******

"Tak guna punya Farish. Aku perempuan murahan? Ada aku pakai seksi-seksi ke time tidur dengan dia? Tudung pun tak buka, tiba-tiba dia cop aku perempuan murahan."

Budak Setan : Farish Adham ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن