BAB 43 : Dikejar Lintah Darat

1.8K 198 4
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 43 : Dikejar Lintah Darat

Aku berhenti di sebuah kedai serbaneka berdekatan kawasan perumahan aku untuk membeli makanan. Sewaktu rehat tadi aku langsung tidak menjamah sebarang makanan kerana tiada selera. Aku kagum dengan orang yang sentiasa bersama makanan walau apa pun situasi yang dihadapi.

Stres, makan.

Sedih, makan.

Gembira, makan.

Sakit, makanan tetap masuk perut.

Kebiasaannya aku hilang berat badan secara ekstrem ketika berhadapan dengan penyakit kerana nikmatnya makanan tidak terasa saat itu. Kesimpulannya, aku amat cemburu akan orang yang sentiasa berselera ketika makan.

Telefon dibawa keluar. "Banyak gila mesej and call daripada budak ni. Spam ke apa ni?" Diri aku tertanya-tanya.

"Rindu aku laa ni." Aku tersenyum sendiri.

Setelah seharian suntuk aku bekerja, akhirnya aku berjaya merehatkan segala tubuh badan. Sekarang aku sedar betapa peritnya menjadi seorang suami. Keperitan ini menyedarkan aku bahawa pelajaran merupakan perkara paling penting dalam kehidupan seorang manusia.

Ilmu membawa aku ke arah yang lebih jauh malah ia menentukan masa depan aku sama ada baik atau buruk. Walau sesusah mana kehidupan aku, aku berjanji tak akan tinggalkan pelajaran. Tahun lepas aku main-main, dapat keputusan gempak dalam SPM ; straight G.

Seperti yang diketahui umum, Yazid bersama karakter keibuannya tidak dapat dipisahkan. Dia berjanji untuk menanggung pelajaran aku dan menyuruh aku untuk ulang SPM semula.

Seperti pelajar tingkatan lima, aku terpaksa belajar semula. Ada sesetengah bab aku rasa macam aku tak pernah lihat, sentuh mahupun belajar. Sudah kukata, zaman SPM aku dahulu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti tak bermoral.

Pemergian ibu benar-benar menghempap diri aku sehingga aku berubah dalam satu malam sahaja. Sekolah di Kuala Lumpur membuatkan aku benar-benar liar. Ketika itu, aku berdiri dengan kaki aku sendiri.

Aku bekerja sambilan untuk bayar yuran sekolah. Bila aku berjumpa dengan Iman dan Syafiq, aku jadi malas nak ke sekolah. Mereka mungkin membawa pengaruh buruk kepada aku, namun tatkala aku susah mereka sentiasa ada untuk membantu. 

Nombor telefon Faiqa ditekan. Pengubat segala kepenatan aku akhirnya mengangkat panggilan itu. Tinggi sungguh nadanya tatkala berbicara denganku. Bebelan kedengaran di sepanjang perbualan sehingga aku langsung tidak berpeluang untuk bercakap.

"Awak? Kenapa awak senyap je? Awak dekat mana?"

Sengihan sinis terbentuk. Aku harap dia nampak sengihan sinis ini. "Dah kau asyik nak cakap je sampai aku pun tak berpeluang nak cakap. Aku dekat kedai bawah. Kau dekat mana sekarang?" soal aku sebaik sahaja dapat bercakap.

"Dekat hati awak.."

"Serius boleh tak? Ketuk kang!" Marah aku walaupun hakikatnya aku tersenyum di dalam hati.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now