BAB 15 : Bebal

2.2K 201 3
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 15 : Bebal

Pagar yang berkunci itu dibuka perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Dengan penuh berhati-hati, aku memasukkan kunci ke dalam lubang tombol pintu lalu memusingkannya dan pintu itu terbuka.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah lalu menutup semula pintu bersama pagar yang dibuka tadi. Sebaik sahaja kakiku menjejak dapur, kedengaran suara merdu seorang lelaki memberi salam. Aku melihat ke arah ruang tamu. Memang sah, itu Yazid.

"Assalammualaikum warahmatullah."

Yazid meraup wajahnya setelah selesai menunaikan solat Subuh. Dia kemudiannya duduk bersimpuh lalu berdoa kepada Allah. Hati aku terusik sedikit dengan perilaku Yazid namun cepat-cepat menolak perasaan itu.

"Lambat balik? Kepala tu. Berbalut bagai dah kenapa?" soal Yazid sebaik sahaja habis berdoa.

Aku tidak menjawab. Aku mengatur langkah ke ruang tamu setelah mencapai segelas air untuk menghilangkan dahaga di tekak. Yazid kelihatan pasrah apabila pertanyaannya tidak mendapat jawapan.

"Kau dah solat Subuh?" soal Yazid penuh lemah-lembut.

Aku menjeling sejadah. Kemudiannya aku melihat Yazid semula. "Nantilah. Aku nak mandi dulu."

Yazid hampa. Itu bukan kali pertama aku menolak untuk menunaikan solat Subuh apabila dia menyoal. Setiap kali azan Subuh berkumandang, tubuhku seakan-akan melekat di atas katil dan selimut yang menyelubungi tubuh terasa hangat menyuruh aku untuk kekal lena.

Aku bukanlah bad boy idaman.

******

Bzz.. bzzz..

Deringan telefon di sebelah mengejutkan aku dari terus hanyut dalam lena. Aku pantas mengambil telefon itu walaupun tubuh amat penat. Kepala yang terasa berdenyut-denyut pada pagi tadi kini kian berkurang.

Sebaik sahaja aku menjawab panggilan itu, aku baru sedar yang telefon itu bukanlah milik aku. Aku menghiraukan segala perkara yang bermain di minda dan terus fokus pada suara pemanggil.

"Assalammualaikum. Jawab pun akhirnya adik. Tahu tak---"

Belum sempat dia menghabiskan percakapan, aku terlebih dahulu memotong. "Kau ni siapa?" soalku dengan nada kasar.

Si pemanggil itu terdiam sebentar. Bingung agaknya apabila suara lelaki yang menjawab panggilannya. Aku berjalan menuju ke ruang tamu lalu menghenyakkan punggung di sofa. Bayangan Yazid menghilang entah ke mana. Kerja barangkali.

"Ini bukan ke telefon Faiqa?" soalnya pula.

Aku melihat skrin telefon semula. Soalan jejaka itu dibiar tergantung sepi. Aku pantas meletak panggilan. Membazir masa aku saja jawab panggilan dia.

Baru sahaja rasa mamai dalam diri aku mahu menghilang, tiba-tiba telefon milik Faiqa itu berdering lagi. Aku mendengus kasar. 'Bape banyak lagi orang nak call kau ni? Lamak!' Hati aku menggerutu.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now