BAB 22 : Mesej Iman

2K 200 27
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 22 : Mesej Iman

Faiwa mengeluh panjang apabila namanya diseru Puan Zafira. 'Umi tak sah memang kalau tak biar orang bahagia. Asyik aku je yang dipanggil,' bentak hatinya menahan geram. Disebabkan dia tidak mahu wanita tua itu mengulang benda yang sama berkali-kali, dia turutkan jua arahan ibunya itu.

Pintu bilik Fazimi diketuk perlahan buat beberapa kali. Faiwa bertambah geram apabila ketukannya itu seolah-olah dihiraukan oleh Fazimi.

"Abang, umi suruh turun, makan malam." Dia mendengus kasar apabila tiada sahutan daripada lelaki itu.

Dia memulas tombol lalu melihat ke dalam. Bayangan Fazimi tidak kelihatan sebaliknya bunyi pancutan air di kamar mandi kedengaran. 'Tengah mandi rupanya,' bisik hati kecilku.

"Ab--"

Belum sempat aku bersuara, telefon Fazimi di atas katil berbunyi meminta diangkat. Aku membatalkan niatku untuk memberitahu Fazimi tentang makan malam lalu mengambil telefon pintar itu dari katil. Nama Faiqa terpampang di skrin.

Mata Faiwa membesar pada skala maksimum. Sakitnya hati dia apabila mengetahui Faiqa cuba menghubungi abang sulungnya itu. Panggilan itu pantas ditolak. Idea jahat mula melintasi benak fikirannya.

Sejarah panggilan oleh Faiqa itu dipadam agar tidak diketahui oleh Fazimi. Dia meletakkan semula telefon itu di atas katil seperti sedia kala. Fazimi yang baru sahaja keluar dari kamar mandi tercengang melihat kehadiran adiknya itu.

"Kau buat apa dalam bilik abang?" soal Fazimi sambil mengesat rambutnya yang basah dengan tuala kering.

Faiwa berdehem sedikit sebelum menjawab. "Umi suruh orang panggil abang turun makan malam," kata Faiwa sedikit gementar.

Fazimi berdecit. "Abang tak nak turun. Terima kasih aje la ya. Blah dari sini," usir Fazimi dengan muka bengisnya. Perangainya berubah 100% sejak Faiqa keluar daripada rumah. Sifat pemarah dan bengis seakan-akan melekat pada diri.

Faiwa mengangguk perlahan lalu beredar pergi dari situ. Sebaik sahaja dia melepasi pintu bilik Fazimi, hembusan nafas lega dilepaskan. Nasib baik tidak tertangkap. Kalau tidak, seakan menempah mautlah jawabnya.

******

Faiqa tidak mampu tidur malam itu. Susah sungguh matanya mahu lelap. Kata-kata Farish sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Faiqa menjerit kecil di dalam hati.

"Kau ada aku."

Urgh!

"Faiqa sedarlah! Dia cuma simpati pada diri kau. Tak lebih daripada tu." Faiqa menggumam sendiri. Fikirannya melayang pula pada isu lain.

"Kenapa tangan awak tu? Lembam semacam. Awak bergaduh ke?" soal Faiqa penuh curiga. Baru dia perasan tangan Farish lembam sehingga menimbulkan warna kebiruan. Tangan Farish disambarnya tanpa izin.

Farish yang terkedu dengan sambaran secara mengejut itu pantas menarik tangannya semula. Dia menyembunyikan tangannya di belakang.

Budak Setan : Farish Adham ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu