BAB 40 : Tak Hadir

1.8K 198 8
                                    

FARISH ADHAM

Aku juga mampu berubah

°
°
°
°
°~°

BAB 40 : Tak Hadir

Hari-hari berjalan seperti biasa selepas kejadian tragis itu berlaku. Aku langsung tidak membenarkan Faiqa untuk ke rumah aku kerana bimbang gerombolan lintah darat itu datang menyerang rumah aku lagi. Jikalau mereka tidak berpuas hati, biarlah aku seorang sahaja yang menjadi mangsanya.

Yazid menghilang tanpa jejak. Nombor telefonnya juga sudah tidak aktif. Banyak kali aku menghubungi dia namun semuanya berakhir dengan balasan suara operator. Aku buntu akan keberadaan Yazid tika ini.

Duit rumah sewa juga masih tertangguh sehingga sekarang. Banyak kali tuan empunya rumah datang meminta duit sewa namun aku sering menghampakannya dengan alasan kekurangan duit.

"Macam mana? Dah boleh bayar?" soal mak cik Khadijah, tuan rumah yang didiami aku sekarang.

"Maaf mak cik. Gaji saya belum masuk," ujarku pula. Serba salah aku dibuatnya apabila melihat riak wajah mak cik Khadijah yang jelas penuh kehibaan.

"Sebenarnya, rumah ni ada orang lain yang nak sewa. Malah, dia tawar harga lagi tinggi dari kamu. Kalau kamu tak bayar dalam masa tiga hari ni, mak cik akan halau kamu dari sini. Kamu faham tu?" Mak cik Khadijah lantang berbicara.

Aku menelan liur perit. Dengan senyuman nipis di bibir, aku mengangguk perlahan. Mak cik Khadijah terus berlalu pergi dari situ sebaik sahaja melihat aku mengangguk kepala.

"Kau jangan risaulah. Kita duduk rumah ni, kita bayar sama-sama. Kau separuh, aku separuh. Barulah adil kan?"

Bayangan Yazid ketika di awal perkenalan kami menjelma di minda. Ternyata jejaka itu tidak berpegang pada kata-katanya. Aku hanyalah seorang pelajar biasa yang tiada ibu bapa. Aku bersetuju untuk tinggal bersamanya kerana dia pernah berjanji untuk hidup susah dan senang bersama-sama.

Tergamak Yazid meninggalkan aku keseorangan tatkala ini? Mana janjinya? Aku semakin bingung. Memiliki seorang gadis bergelar isteri meletakkan tanggungjawab yang lebih berat ke atas diri aku. Malah, si dia dibuang keluarga sehingga terpaksa berdikari menyara hidup.

Perempuan sebaik dia tidak layak bersuamikan lelaki seperti aku. Aku serba salah. Aku tahu aku banyak kekurangan. Sesungguhnya aku tidak layak untuk memiliki si dia.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami!

******

Seminggu sudah berlalu dan tempoh gantung sekolah yang terpaksa diterima oleh Farish berakhir. Faiqa menanti di hadapan pagar sekolah.  Kebiasaannya dia akan ke sekolah bersama-sama Farish namun semalam dia menerima mesej daripada jejaka itu untuk ke sekolah bersendirian. Malah, Farish turut meminta maaf kerana tidak dapat ke sekolah bersama-sama dengannya.

Beberapa minit selepas perhimpunan bermula, kelibat Farish tidak juga kelihatan sebaliknya kelibat Iman pula yang menjelma di pagar sekolah. Jelas jejaka itu kelewatan sehingga ditulis namanya di buku kehadiran lewat.

"Eh Iman.."

"Faiqa.. kau buat apa dekat sini? Perhimpunan dah start kan?" soal Iman kehairanan.

Faiqa mengangguk perlahan. "Awak ada nampak Farish tak? Atau dia ada mesej awak yang dia tak datang sekolah ke.. apa-apa ke?"

Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Setahunya teman karibnya itu langsung tidak kelihatan dalam talian semalam. Malah, mesej yang dihantar kepada Farish juga tidak dibaca.

"Tak adalah pulak. Kenapa? Bukan korang selalu ke sekolah sama-sama ke?" Iman pelik. Kebiasaannya di mana ada Faiqa, di situ ada Farish. Hubungan mereka tidak ubah seperti isi dan kuku. Susah mahu melihat mereka berenggang. Maklumlah, pasangan bahagia dilamun cinta.

Faiqa menggeleng pula. "Dia suruh saya pergi sekolah sendiri hari ni. Itu yang saya pelik," jelas Faiqa dilanda kerisauan.

Iman menepuk tepi bahu Faiqa sekilas. "Kau tak payah risaulah. Farish tu tak akan buat benda-benda pelik. Dia tak akan apa-apa."

"Tapi--"

"Kamu berdua yang dekat sana, pergi masuk barisan kelas masing-masing. Perhimpunan dah mula!" Belum sempat Faiqa berkata apa, salah seorang daripada pengawas yang berjaga di hadapan pagar sekolah menegur.

Iman melambai ke arah Faiqa. Senyuman nipis ditayang seraya membalas lambaian itu. 'Aku akan pergi jumpa Farish lepas habis sekolah ni.'

******

Fazimi keluar dari biliknya selepas selesai bersiap-siap. Kebetulan dia bertembung dengan Faiwa. Naik menyampah pula dia apabila melihat Faiwa yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah selepas apa yang berlaku.

"Sejak dua menjak ni abang dah tak lekat dekat rumah. Abang jumpa adik ke?" tanya Faiwa musykil.

"What if I said yes?"

"Oh no! Abang betul-betul jumpa Faiqa ke?"

"It's none of your busnisses. Need to go. Assalammualaikum!" Anak tangga dituruni satu per satu dengan penuh berhati-hati.

Enjin kereta dimulakan sebelum kereta itu meluncur laju di permukaan jalan raya. Faiwa bengang apabila diabaikan begitu sahaja. Perkara yang lebih membakar jiwanya adalah abang sulungnya itu sudah bertemu semula dengan Faiqa.

Menyampah!

"Jangan ingat aku akan biarkan kau jejak semula kaki dekat dalam rumah ni. Never!"

******

TBC

Diedit semula pada 25 Mac 2019

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now