EPILOG

3.3K 263 94
                                    

Beberapa tahun kemudian...

Aku melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di negeri kelahiran aku. Kenangan aku bersama arwah ibu dan abang sentiasa terlayar di minda. Aku bersyukur umi dan abah masih menganggap aku sebagai menantu walaupun aku sudah tiada kaitan dengan mereka. Malah, segala perbelanjaan pelajaran aku ditanggung oleh mereka. Syukur.

"Hey cik abang! Jauh mengelamun." Salah seorang daripada kawan sekuliah aku menegur penuh ramah.

Aku hanya tersenyum melihat si dia. Daripada jauh aku ternampak Iman dan Syafiq baru masuk ke dalam dewan kuliah. Alhamdulillah, walaupun kaki sudah menjejak zaman universiti persahabatan kami kekal utuh. Minat kami sama iaitu kejuruteraan elektronik.

Awalnya diorang masuk, fikirku. Biasanya selagi pintu dewan tak tutup, selagi tu tak sampai. Aku membalas lambaian mereka yang begitu bersemangat.

"Farish, hari ni kau kata kau nak perkenalkan aku dengan someone. Mana dia?" soal Hairi yang tadinya menegur aku.

"Ouh ya, nanti aku kenalkan. Dia comel gila. Aku dah terpikat dengan dia do!"

Hairi ketawa. "Ok, tak sabar nak jumpa. Aku nak tengok juga, comel dia tahap mana sampai kau jadi macam ni," kata Hairi pula.

"Hui, borak apa?" Syafiq yang baru tiba menegur.

"Ni haa Farish nak kenalkan awek cun."

"Ouhh.." Syafiq memandang Iman.

Iman hanya angkat bahu.

******

Hati aku berdetak laju. Walaupun setiap minggu aku datang ke sini, hati aku tetap berdegup kencang. Hairi pula daripada tadi asyik memandang aku dengan pandangan aneh. Syafiq dan Iman pula daripada tadi asyik mendiamkan diri.

"Farish, kenapa kau bawa aku ke sini pula? Kata nak jumpa awek!" Hairi mula bengang.

Aku tersenyum. "Aku tak tipu. Awek ni sumpah comel. Tu kat sana."

Kami berempat segera ke sana. Iman membentangkan tikar di hadapan sebuah pusara seseorang. Mereka berempat duduk di situ. Lama aku menatap kubur itu. Hati aku mulai sebak.

"Faiqa Fadwa? Siapa dia ni?" Tulisan pada batu nisan itu dibaca.

Aku menahan air mata daripada mengalir. Aku dah berjanji yang aku tak akan nangis lagi. Aku kuat.

"Perkenalkan, ini Faiqa Fadwa, perempuan paling comel yang pernah hadir dalam hidup aku A.K.A. isteri aku," senyuman terukir di bibir tatkala aku mengungkapkan kata itu.

Hairi bingung. "Apa maksud kau, isteri kau? Kau dah kahwin?"

"Aku rasa kau patut masuk tadika balik ni Hairi. Isteri pun tak tahu ke? You know wife?" Aku ketawa. Tiba-tiba tawa aku berubah menjadi tangisan. Iman dan Syafiq memeluk aku.

"Aku ingat aku kuat. Aku ingat aku mampu teruskan hidup tanpa kau. Tapi aku silap.

Aku lemah

Aku tak kuat.

Aku tak mampu teruskan hidup tanpa kau.

Aku tahu kau akan marah aku kalau aku cakap macam ni. Katanya macam orang hilang pergantungan pada Allah.

Kerana Allah, aku relakan pemergian kau.

Jangan berduka, aku tak apa-apa.

Kau kata aku kuat.

Kau kata aku tak lemah.

And yes, aku akan buktikan semua tu kerana aku Farish Adham,

lelaki yang mencintai kau kerana Allah.

- THE END -

Sis tak pandai buat ending

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sis tak pandai buat ending. Tak puas hati, sila laa meroyan sana.
Bye. Hahaha.

Budak Setan : Farish Adham ✓Where stories live. Discover now